♥Assalamualaikum♥
Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit dan Khasiat Anggur Bagi Penghadaman.
Kali ini lady nak berkongsi berkaitan dengan buah epal pula, iaitu sebagai salah satu buah yang mampu melancarkan perjalanan proses penyahtinjaan manusia..
Buah epal sangat terkenal dan kaya dengan serat dan zat
antioksida. Ia juga kaya dengan vitamin C.
Rahsianya terletak pada
kandungan karoten dan pektinnya (serat larut dalam air yang baik sekali
dalam menurunkan paras kolesterol.
Pektin merupakan
salah satu jenis serat kasar yang berfaedah. Ia berbentuk gel dan boleh
membantu memperbaiki otot pencernaan pada saluran pembuangan.
Selain
itu, pektin juga dapat menyerap lebihan air dalam usus dan bertindak
untuk melembutkan najis serta memadatkannya dan menghilangkan toksin
dalam usus.
Jus epal boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan cirit birit.
Di
antara unsur kimia yang terdapat pada buah epal ialah potassium,
fosforus dan magnesium. Jus epal sesuai diambil segelas sehari iaitu
pada waktu pagi. Penyediaan jus ini memerlukan sebanyak 2-3 biji buah
epal.
Manfaat lain buah epal terhadap kesihatan ialah :
♥ Mengawal berat badan
♥ Membantu melambatkan proses penuaan
♥ Mencegah arthritis (radang sendi)
♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Menurunkan tekanan darah
♥ Meningkatkan HDL
♥ Menstabilkan kandungan gula dalam darah
♥ Sebagai ejen anti kanser
♥ Sebagai penawar sakit jantung
Tips Memilih Epal :
♥ Pilihlah epal yang segar dan keras, warnanya terang, serta tidak kecut.
♥Aroma dan rasa bergantung kepada jenis, tahap kematangannya semasa
dipetik dan cara penyimpanannya semasa dipetik, dan cara penyimpanan
buah tersebut.
Buah epal tidak murah harganya bagi yang tidak mampu.. Lain kali insya-Allah lady akan berkongsi buah-buah lain pula untuk sistem penghadaman kita.. Insya-Allah.. Mungkin salah satu daripada buah2an tersebut mampu dimiliki oleh orang yang tidak mampu..
p/s : Epal hijau yang masam tidak bagus untuk kesihatan otak.. tetapi epal hijau juga turut mengandungi khasiat yang tidak kurang pentingnya untuk kesihatan.. Pengambilan dengan kadar yang sederhana adalah baik.. Dalam ape2 jua keadaan, situasi.. pemakanan.. sederhana itulah yang paling baik daripada yang terbaik.. Allahua'lam..
Rujukan Minda Hebat
Rujukan Minda Hebat
21 ulasan:
Ada yang mengatakan Epal hijau adalah lebih baik khasiatnya.
Epal hijau tidak baik utk otak?
Baru tau info ni....
Dlam misi diet saya, epal hijau sangat membantu;)
terutamanya dr segi penghadaman....
saya suka epal hijau, kalau epal merah suka warna yg tak terang sgt merahnya. setuju pasal semua khasiat epal tu especially utk diet.
semua buah atau sayur ada kelebihan memasing.dalam masa yang sama terdapat kelemahan meskipun sedikit.
Salam Lady,,
My son pun ckp green apple is not good for brain.
Tapi pepatah inggeris kata " an apple a day keeps the doctor away". Epal merah la tuh... :)
order jus epal je la lepas ni
Pernah dgr dulu org kata kalo nak diet, elok makan epal sebijik sebelum makan dan sebijik lagi selepas makan. Tapi tu la.. macam lady kata la.. epal ni tak murah juga harganya kalau nak dijadikan amalan harian. So, sekali sekala boleh la. Lagipun... erkkk... jemu jugak kalo nak makan setiap hari ye tak? Apa-apa pun info ini berguna. Dan saya suka epal sama ada hijau atau merah. Sebab saya mmg hantu buah-buahan.
selalu makan pisang je, lady
hampir setiap hari sekarang ni
hehe
suke la baca blog ni...banyak tips tips yang menarik dikongsi...bagus bagus pulak tu...heheeh
setailo la LB! "D
khasiat epal....sedap. tapi tak makan epal sgt la...lebih minat pada buah yg mudah nak makan spt pisang
suka minum jus2 dari buah2an ni,yang pasti buah2an biasa memang banyak khasiat..kita je malas nak telan^^
#akaun flickr takde,baru buat tadi..hheeh tQ~
selmat pagi^^
Trima kasih berkongsi;)
dulu atok ponah suka makan epal hijo, tapi bila dpt tahu x bagus untuk otak....atok kurangkan
epal antara buah yg kite tak suka sangat..
tapi masih bole makan..
cuma x menjadi pilihan utama..
teringat pepatah kat klinik dr asri:"sebiji epal sehari boleh menjauhi diri anda dari doktor"..
buat jus pun sedap!
suka makan dan memang bagus untuk perut...thanks for info
jom singgah ke blog kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2012/02/jawapan-daripada-wordless-wednesday-27.html
nice info tp dah lama dah tk beli epal..pasaipa tk tau :)
BARU SEMALAM KAK BUI BELI EPAL HIJAU SEBAB ORG KATA EPAL HIJAU BOLEH KURANGKAN KADAR KOLESTROL DLM DARAH..
TP MMG BETUL,SEMUANYA JGN BERLEBIHAN..SEDERHANA ITU LEBIH BAIK..*__*
Kalau ambil sebiji Epal setiap hari.. Sakit pun kurang.. Jadi amalkan kehidupan yang sihat anda digalakan ambil Epal.
Catat Ulasan