Wednesday, February 22, 2012

1 Litre Of Tears

Assalamualaikum... ♥

Tadi time usaha membalas jejak dan mengomen blog.. lady terjumpa satu blog melalui blog Mr Mario. Blog tu mengisahkan diri beliau iaitu tuan punya blog yang diberi nama 1 Litre Of Tears. Boleh klik nama blognya untuk terus ke blog beliau. 

Siapa yang pernah menonton rancangan Korea yang bertajuk 1 Litre Of Tears pasti dapat agak apakah isi kandungan blog tersebut. Sebuah kisah yang sangat-sangat sedih yang pernah lady tengok, setiap episod dan setiap apa yang berlaku dalam movie tersebut amat menyedihkan. Dan lady sangat2 sedih seolah-olah sedang memerhatikan kehidupan lady sendiri sedang ditayangkan di situ.

Tetapi lady bersyukur sangat2 kerana lady tidak diberi ujian hebat seperti itu untuk dilalui. Tetapi tidak bagi kak Cahaya, iaitu pemilik blog tersebut. 


Lady sebenarnya tidak memahami sangat penyakit yang dihidapi oleh beliau, namun lady rasa lady memahaminya kerana sebahagian yang kak Cahaya lalui pernah lady lalui. Tetapi lady sukar untuk mengisahkan kehidupan sendiri sebegitu telus.

Tetapi, bila baca nukilan beliau satu persatu.. dari awal entry sehingga ke akhir entry beliau lady baca dan ade jugak yang lady tinggalkan komen. Secara tidak langsung beliau banyak memberi semangat pada lady. Alhamdulillah..

Part yang paling sedih bila beliau tuliskan tentang perkahwinan.. Bagi orang yang sakit, part itulah yang paling memeritkan selain daripada setiap episod kehidupannya perlu ditempuhi dengan ketabahan dan semangat yang luar biasa.

Namun begitu, lady kagum sangat2 dengan ketabahan beliau.. Beliau titipkan semangat kepada lady untuk meneruskan hidup. Setiap orang lain cabarannya, setiap orang lain episod kehidupannya.. dan setiap orang berlainan cara mendepaninya. dan semestinya setiap orang memerlukan cara yang berbeza untuk menasihati dan memuhasabahi dirinya.

Syabas Kak Cahaya.. :D.. gambate Kudasai sis.. Walaupun lady tak kenali akak.. x pernah bertegur sapa dengan akak.. tapi, lady dapatkan sesuatu dari akak.. ♥

Semoga Allah memberi keringanan dan bantuan kepada akak untuk meneruskan hidup dengan cabaran yang tidak pernah bertepi. Tiada seorang pun yang mengetahui deritanya.. andai diri sendiri tidak kuat, pasti kesudahannya terlalu sukar tuk dibayangkan. Yang penting ketabahan di dalam diri.. keyakinan dalam hati.. Allah tetap bersama orang2 yang sabar.. Insya-Allah..

Pemotivasi yang terbaik adalah diri kita sendiri.. Andai diri tidak kuat, tidak redha.. apa jua nasihat yang dituturkan pasti tidak berkesan. 

Kepada sahabat yang memberi nasihat kat entry bawah ni.. terima kasih sangat2.. nasihat kalian akan lady semat di dalam hati.. dan akan dipraktikkan slow2.. insya-Allah..

23 comments:

chii said...

hurm..thanks..bleh la k.chii berkenalan ngan owner blog tu..

kadang2..bila kita dgr masalah org lain..ia akan membuatkan diri kita kuat sebabnya..kita akan berfikir..sebenarnya ada org lain lg yg lebih hebat dugaan nya daripada kita :)

fiza said...

Setiap orang di duga dgn dugaan yang berlainan. Nak gi terjah blog dia jap ☺☺

teha said...

bile menghadapi ujian , kite mesti lah sabar kan :)

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
Yumida said...

sedih dgr kisah di atas...berat bahu memandang, berat lg bahu memikul nya kan..setiap org di bri ujian yg berbeza...

c'axoera ヅ said...

blogwalking merapatkan lagi siraturahhim :)

naim said...

Insha Allah akak..

^^

insan_marhaen said...

ada singgah blog Mario dan baca, ari tu!

Yatie Awang said...

dugaan dan cabaran setiap insan berbeza..dan sebagai hamba-NYA..kita sama2 perihatin antara sesama...InsyaAllah...akak pun nak jenguk juga nanti

Puan Kutu said...

setiap drkita diduga dengan dugaan yg berbeza cara dan tempatnya..kagum juga dengan ketabahan lady mengambil semangat dr pemilik blog tersebut...

aKu oKu said...

dah telak link blog dia dah... mekasih iza :) :)

Nizam Ijam said...

banyakkan bersaba..hehe

Ayie Abas said...

kesedihan..memang bahagian dari kehidupan manusia. yg penting hati kena tabah dan cekal menghadapinya.

Ninja Jepang said...

Dah tgk belum drama tu? Kena tengok. Baru feel. Leleh2 air mata. :D

Al-Farosyah said...

Salam. Syukran atas perkongsian.
[peringatan utk diri sendiri dn juga yg membaca] : sbg muslim, kita ada pegangan dan iman. apa jua yg Allah turunkan pada kita dlm bentuk ujian sakit, bencana, kesedihan, dan sebagainya tp kita harus ingat kita adalah muslim, berbeza dgn pegangan anutan yg lain. kita ada 'faith', kepercayaan dan keyakinan bahawa semua bentuk ujian itu ada manfaatnya pd hidup kita di dunia dn di akhirat sana. hanya perlukan kesabaran. Islam tak menganjurkan kita terlalu dn selalu berkeluh kesah, terlalu memikirkan bebanan yg kita lalui seolah-olah tiada akhirnya dn tiada hikmahnya. hingga beransur-ansur hilang keyakinan kita pd yg menurunkan ujian tersebut, yakni Allah swt. ianya perit, tetapi itu bermaksud 'mujahadah' kita sudah bermula utk kita hadapinya dgn sabar. moga Allah memberi ganjaran atas mujahadah kita selama ini. kalau org yg tak sakit pun, ujian nya berat hanya empunya diri yg tau. bezanya bagaimana setiap individu menghadapinya dgn cara yg pelbagai. Indahnya Islam, dlm hal kesulitan hidup pun ada penganjurannya sendiri.
Imam Ghazali pernah berkata : "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, Jika kau tidak temuinya juga, berdoalah pd Allah, pinta hati yg BARU".
Selamat maju jaga ladyBird, moga Allah merahmatimu dn merahmati kita semua. Ameen.

Aku Dan Teksi said...

Dlm meneruskan kehidupan berbagai dugan harus ditempuh.

Woofer Storm said...

dugaan datang bertalu2,jika tak teguh pasti dengan mudah kita terjatuh..

semangat semangat semangat !!

slmt mlm lady..entry kamu pun best2 ni..

Deru Ombak said...

Singgah baca n3.
Anty harap lady sehat Dan ceria hari ni..
Nak terjah blog kejap..

L said...

c dia pun berpenyakit.. urmmm.. semoga setiap orang tabah mnghadpi ujian masing2..

Mr.Clive said...

jgn kita putus asa sebelum ke medan perlawanan... :)

~CAHAYA~ said...

timekasih sgt2 ats doa n nasihat dari lady tu....kak cahaya amat hargainya...semoga lady juga tabah menghadapi hidup ini...:)

suri said...

sush nak tangkap bacaan enrti kli ini sdih sb apa? sakit ker huhu..

Suhami Ahmad said...

setiap dugaan tu tandanya Allah sayangkan hambaNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...