Sunday, February 12, 2012

Jawapan Teka Teki - Bulan Lebih Besar

♥ ..Assalamualaikum.. ♥ Semoga kalian semua sihat sejahtera sokmo ♥

Terlebih dahulu lady memohon kemaafan di atas keterlewatan untuk menunaikan janji lady berkaitan dengan teka teki di sini. Kali ini lady akan bincangkan teka teki berkaitan dengan Bulan ♥. 

Kenapa bulan kelihatan besar ketika hendak terbit tetapi menjadi kecil ketika berada di tengah-tengah langit?

Berdasarkan soalan ini ada dua jawapannya, yang pertama adalah disebabkan ilusi optik, dan yang kedua adalah fenomena Supermoon.

Ilusi Optik

Keadaan pertama :

Kita akan nampak bulan terbit di gigi langit lebih besar jika dibandingkan jika ia telah berada di tengah-tengah langit. Jika kita perhatikan dari waktu Maghrib sehingga tengah malam, kita dapati bulan semakin kecil.. kecil dan semakin mengecil..  

Keadaan kedua :


Apabila bulan melepasi sesuatu yang seperti pokok, bangunan, bukit.. ia akan kelihatan lebih besar jika dibandingkan ketika bulan berada di dada langit.

Penjelasan :

Ini sebenarnya adalah permainan mata kita atau dikenali sebagai ilusi optik/ optical illusion. Apabila bulan terbit atau melepasi sesuatu, maka mata kita atau otak kita akan mentafsir bahawa bulan itu besar.

Apabila di hadapan sesuatu yang jauh contohnya bulan ada jasad lain yang lebih kecil.. benda-benda yang jauh akan cenderung nampak lebih besar. 

Misalnya, apabila kita melihat bulan muncul dari pepohonan, bulan akan dilihat lebih besar kerana otak kita secara tidak sedar membandingkan ukuran jasad depan (pohon) dengan bulan di belakang. 

Jika bulan berada betul-betul di langit, bulan akan dilatari dengan warna biru gelap langit yang maha luas.. maka otak atau mata kita akan mentafsir bulan itu menjadi kecil walaupun pada hakikatnya saiz bulan tidak pernah berubah.

Fenomena Supermoon (PERIGEE)

Jika supermoon (perigee) terjadi, jarak di antara bumi dengan bulan akan lebih dekat (rujuk gambar di atas) dan boleh dikatakan memang akan nampak besar.

Apogee dan Perigee merujuk kepada jarak daripada bumi ke bulan. Ketika Apogee, bulan berada pada titik paling jauh daripada bumi, sementara ketika Perigee, bulan berada pada titik paling dekat.

Ini adalah disebabkan bulan mengorbit bumi dalam bentuk elips iaitu bukan bulat sempurna.

Saiz Bulan akan berbeza pada saat Apogee (kecil) dan Perigee (besar), tetapi adalah agak sukar untuk kita melihat perbezaannya dengan menggunakan mata kasar.

Ini adalah jawapan yang telah lady karang.. moga2 memudahkan untuk sahabat2 lady di sini faham.. dan semoga soalan teka teki berkaitan dengan bulan tersebut telah terjawab sudah... Insya-Allah..

Lady ingin mencari pemenang kepada soalan kuiz tersebut.. mohon sahabat untuk memilih seorang pemenang.. dan hadiah akan menyusul nanti.. insya-Allah.. ♥

Oh ya.. buat pengetahuan sahabat semua, bulan pernah kelihatan jauh lebih besar daripada sekarang.. iaitu kira-kira 530 juta tahun dahulu. 

Ini adalah kerana jarak bulan dari bumi hanya berada pada jarak 22 530 kilometer. Keadaan itu menyebabkan bulan kelihatan sangat dekat dengan kadar 15 kali ganda lebih besar daripada sekarang.

Coretan Ladybird's Life

27 comments:

Papa Mifz said...

oooo...baru tau...:)

Mr.Clive said...

wahhh,,,detail giler jawapan...setailo la :)

Mohd Zaki Bin Ismail @ Aboh husna said...

hahaha...x ada jawapan yang tepat.yang hampir tepat ada 2 orang.

Mohd Zaki Bin Ismail @ Aboh husna said...

kalau tengok kepada jawapan.2 orang yang hampir tepat.

Tihara said...

alhamdulillah..indah sungguh jawapan nya itu..thanks dik :)

Suhami Ahmad said...

15 ganda lobih besar? gulppp...
atok ponah mimpi bulan besar....

Telor Power said...

....tapi apa kaitan nya dengan awan dalam soklan entri yg lepas.

Telor Power said...

yumida jawapan yg hampir tepat

Deru Ombak said...

O HOO... Lady!!
Detail dan padat..

Psst: Lady, kakya tak layak....everyone will respect your decision.

Aine Ainun said...

Perkongsian yang baik...

Lama da, mmg x amek tau pasal ni:;)

baru study semula

ZWAN SABRI said...

nice info.. thanks for sharing.. :)

aimaniman said...

oow, baru akak taw, kalau anak tanya kenapa bulan kecik, mama mudah je jawab tu anak bulan, cucu bulan, mak bulan.. etc,.. lepas ni boleh la bg tau yg sebenar, tp faham ke dia orang, masih kecik lagi kot...

akubiomed said...

Saya pernah lihat ada ketikanya bulan kelihatan besar.

semutsengal said...

oh,

baru semalam adik aku tanya,

"bang, kenapa bulan tu besar"

Abd Razak said...

Assalamualaikum LB..

Moga sihat hendaknya..

Indah keterangannya...

LydSunshine said...

Saya rasa mcm saya terlepas je teka teki Lady ni. Nnt buat lagi ye. Nak join jugak. Perigee tu macam perigi je hehe.

mario said...

ok thanks..kena bc byk kali bru faham.hikhik

Bui Junaidi said...

BERMAKNA JAWAPAN KAK BUI SALAH LAH NI..HEHE..MMG TAK BERBAKAT LANGSUNG NAK JAWAB TEKA TEKI

TP SUKA LAH TENGOK GMBR BULAN TU,TENANG PERASAAN..*__*

Ungu Violet said...

tak penah tengok bulan besar...bulan kecik je..huhu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nice n3
sharing is caring rite
baru tahu hari ni ngeee

Hanamiko Sakura said...

kejadian ALLAH banyak hikmahnya... subhanallah

Nizam said...

penjelasan yang bagus ni kak... :)

Cikgu Ma said...

terima kasih atas jawapan =)

Yumida said...

cm xde yg tepat...yg hampir2 2 ade la...sy nk vote semua menang! yeah!

tehr said...

penerngan yang sangat baik, lady
baru tahu dan faham
thanks

missSenget said...

owh bulannnnnn....


kite x dapat jawap pun.. hurmm

Bidadari Syurga said...

wahhhh..... adik, bintang plak? kenapa kedip2...

ps: akak ni mls google....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...