Wednesday, February 15, 2012

Adil Allah Tidak Terjangkau Pemikiran Manusia

Assalamualaikum dan salam sentosa.. salam bahagia.. salam sejahtera sokmo.. ameeeeennn..


Hari ini lady nak berkongsi sesuatu yang indah bagi lady pada kalian semua.. Sesuatu tentang kemanisan sebuah kehidupan yang tidak terjangkau dengan akal seorang manusia yang terbatas..

Pengajaran yang diambil daripada rancangan TV al-Hijrah. Ditayangkan setiap hari kira2 jam 6 petang.. baru semalam lady tengok.. macam kisah dalam citer Doraemon gitu..♥ Pintu Ajaib ♥

Dalam slot rancangan tersebut, terdapat tiga jejaka tampan mencari erti sebuah keadilan. Jejaka A, B, dan C. Mereka bertemu dengan seorang hakim pencen untuk mengetahui hakikat sebuah keadilan. Hakim tersebut pernah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada jejaka C.

Setelah mengetahui hajat kedatangan mereka, si hakim meminta semua duit yang ada pada ketiga-tiga jejaka tersebut untuk diberikan padanya. Tanpa banyak soal, mereka bertiga memberikan kesemuanya kepada hakim tersebut.

Kemudian hakim tersebut bertanya, andai diberi pilihan.. cara bagaimanakah mereka ingin si hakim membahagikan duit2 tersebut secara adil kepada tiga jejaka tadi. 

Adakah dengan cara Allah ataupun dengan cara keadilan manusia. 

Mereka memilih adil dengan cara Allah.

Maka si hakim mengambil duit tadi dan mencampurnya, secara rawak si hakim membahagikannya kepada dua tanpa mengetahui bilangan sebenar duit tersebut dan memberikannya kepada jejaka A dan jejaka B. Jejaka C tidak mendapat satu sen pun daripada pembahagian tersebut.

Jejaka C memprotes dan mempersoalkan pembahagian yang tidak adil baginya. 

Si hakim menerangkan, itulah pembahagian Allah yang maha adil, tidak terjangkau dengan pemikiran logik akal manusia yang terbatas.

Pada harta sang kaya, tersimpan hak org miskin padanya. Maka memang kewajipan si kaya mengembalikan harta si miskin yang ada padanya dengan cara memberi zakat atau bersedekah.. itulah keadilan Allah.

Begitu juga bagi setiap kelebihan yang Allah berikan kepada setiap manusia itu bukan milik mereka.. dan mereka perlu gunakannya untuk membantu yang lain.

Contohnya bagi yang sempurna fizikal, ada milik hak orang yang tidak sempurna di situ. Dan mereka perlu mengembalikannya dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan..

Itulah keadilan Allah....

p/s : cube click link Doraemon yang lady tinggalkan di situ. Lady suka lagu tu.. buat lady rasa enjoyyy.. 

21 comments:

Aine Ainun said...

Perkongsian yg baik ladybird:)

Mr.Clive said...

indeed... ;)
can never put them in better words to describe about Him

Bui Junaidi said...

SANGAT SETUJU..KAK BUI SANGAT PERCAYA SETIAP APA YANG ALLAH BAGI PADA HAMBANYA,PASTI ADA SEBAB DISEBALIKNYA..

Hana Faza-same person said...

salam Lady:)

Hana pon suka dgr citer tu..

nak tanya (out of topic ni:P)
tau tak lagu kat tv alhijrah yg memuji2 Rasulullah tu..setiap kali nak keluar selingan Sheikh Nuruddin Al Banjari pasal cinta pada rasul, akan kluar lagu tu..

Hana dah lama nak cari lagu tu, tp tak tahu siapa yang nyanyikan..sedap sgt muziknya..rasa rindu sgt pada Rasulullah s.a.w dengar puji2 kata lirik tu

Fatin Mraz said...

subhanallah...begitu jua pada ujiannya kan..

LydSunshine said...

Ye tak ye la kan... adilnya Allah tu kita takkan faham. Selalunya kita hanya nampak bungkusan sebelum mengetahui isinya. Sbb tu sedih bila ada org kaya yang tak ingat hak org miskin dlm harta dia.

Bersemangat gile pompuan tu nyanyi lagu doremon.

Cik Aini Lavender's said...

Satu perkongsian yg baek utk kita trs mpercayai apa jua yg Allah lakukan adalah yg terbaek dan adil utk suma umatNya.

Btw thanks ye sudi jenguk CL pnya blog..salam kenal :)

ZWAN SABRI said...

btol tu btol.. setuju sangat ngan entry ni.. btw, umah zwan x boleh nk tengok al hijrah la.. HUHU

Yumida said...

doraemon tu..mengingatkan daku pd muzik tema die...

kisah yg harus kita baca n jdkn iktibar kan...

akubiomed said...

Allah Maha Adil seperti didalam 99 Nama Allah SWT Asmaul Husna

MULAN said...

pernah curi2 tengok tapi time tu busy kat dapor..

Kamsiah said...

salam lady...mmg tak terjangkau dek pemikiran manusia disebalik apa yg telah DIA tentukan utk kita...

Deru Ombak said...

Salam Lady..

Dengan bersedekah Akan dapat meringankan banyak perkara. InsyaAllah .

P/s. Terimakasih mendoakan kesihatan kakya. Menghargainya. :)

cIk JanNah said...

salam, nice sharing. sesungguhnya Allah swt maha Adil terhadap hamba-hambaNya

btw,salam kenal :)

insan_marhaen said...

bijaknya Hakim itu menghakimi...

A retarded kitty said...

oh, baru faham.

ngee

ajak said...

asalam ... sharing yang baik ... i like ...tq.

tehr said...

Rahsia dan rahmat Allah tak terjangkau oleh pemikiran manusia

Woofer Storm said...

salam..akal fikiran manusia ini memang terbatas..Allah maha adil,kekadang diri kita susah nak terima hakikat itu..selamt malam lady bird..best entry ni..


#dah upload,tapi dua tiga gmbar je.ada bnyk nanti sy gtau..malu gambar biasa2 je,,ehhee

Telor Power said...

salam Lady. menari lah entri nie,

Allah itu maha adil kan.
dan kini tersedar kembali... terlupa plak hak org lain.

(huhuhu dah lama x bersedekah walau pada sembahyang jumaat)

amirah said...

betul tu lady..dalam bahagian kita ada juga bahagian untuk org lain sbnrnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...