Rabu, 1 Februari 2012

Ciri-Ciri Akal Menurut Rasulullah SAW

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada semua.. 

Alhamdulillah sehingga ke hari ini, 1 Februari 2012 kita masih diberi kesempatan untuk menyedut oksigen di bumi Allah ini.. Semoga peluang yang diberi ini digunakan sebaik-baiknya.. Insya-Allah.. Esok belum tentu kesempatan kita masih ada..

Lady dah mula ketandusan idea bila otak sedang stress.. Tapi nak update jugak blog ni.. sedih je tengok bila blog tidak ter-update.. xbersemangat untuk berblogwalking.. peluang untuk aktif tuk bw hanya pada hari Jumaat.. Tetapi bermula 17 hb ni, jadual lady terpaksa diubah untuk memberi peluang kepada kuliah plak.. Insya-Allah andai diberi umur panjang..

Kali ini lady nak kongsikan bersama berkaitan dengan akal.. Akal manusia ini pemberian yang paling bererti oleh Allah.. menandakan kasih sayang Allah pada kita.. Apalah bezanya manusia dengan binatang andai akal tiada..

Dengan akallah manusia boleh bertindak dengan betul.. Dengan akallah manusia dapat handle semua masalah.. dengan akallah manusia dapat belajar.. Andai tanpa akal.. hidup kita umpama makhluk Allah yang lain, yang hidup tanpa pedoman dan agama.. hanya berpandukan ilham kurniaan Allah untuk melangsungkan hidup seharian..

Di sini lady kongsikan ciri-ciri akal menurut Rasulullah saw. untuk tatapan bersama.. :) Semoga kita menggunakan akal anugerah Allah dengan sebaik-baiknya. Hanya orang yang tidak berakal akan berusaha merosakkan akalnya dengan meminum arak, menghisap ganja, dan menghisap rokok.. pengambilan ubatan berlebihan juga termasuk dalam aktiviti merosakkan otak..


Ciri-Ciri Akal Menurut Rasulullah SAW

♥ Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal.

♥ Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal.

♥ Setiap sesuatu ada tiang, dan tiang agama adalah akal.

♥ Setiap sesuatu ada tujuan dan tujuan bagi hamba Allah ialah akal.

♥ Setiap kaum mempunyai penyeru, dan penyeru bagi kaum yang beribadat adalah akal.

♥ Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan, dan harta kekayaan orang rajin ialah akal.

♥ Setiap keluarga dalam sebuah rumah mempunyai orang yang membiayainya dan orang yang membiayai rumahtangga orang siddiqin ialah akal.

♥ Setiap suatu yang runtuh ada ada bangunannya dan bangunan bagi akhirat ialah akal.

♥ Setiap manusia ada kesudahan yang disandarkan dan diingatkan dan kesudahan yang menjadi sandaran dan ingatan bagi orang siddiqin ialah akal.

♥ Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang mukmin ialah akal.

[Riwayat Ibn Mahbar daripada Ibn Abbas]

Rujukan : Buku Rahsia Minda Hebat

17 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Thanks for sharing.

Jgn stress2 lady, nnt terganggu kesihatan.

Unknown berkata...

perkongsian menarik...tq

si kiut lavender berkata...

akal...begitu nikmat dan sangat indah pada manusia..

malangnya,,nikmat itu dipandang enteng sehinggan menjadikan sesetengah manusia disamakan dengan binatang..

keistimewaannya pula kadang kala tidak digunakan sebaiknya

Telor Power berkata...

ladybird : thanks 4 sharing, so sweet. patut la ALLAH anugerahkan akal pada manusia. hebat betul taraf akal nie

Nizam berkata...

akak ni asik stress je kan...x elok tau... gunakan akal untuk atasi kestressan akak.. ;)

sud@is berkata...

tq Lady
jalan2 cari ilmu disini
subhanallah semoga Allah menjaga kewarasan akal yg dianugerah pd kita

L berkata...

insyaallah akan save in memory.. SUbhanallah... pemikiran pemimpin Agung...

Deru Ombak berkata...

...dengan itu gunakan lah akal dengan sebaik mungkin..

Dinar berkata...

Subhanallah...syukur kita kerana dikurniakan akal telah membezakan kita dengan golongan ruminan...

Unknown berkata...

klu ado otak tapi takdo akal, susah juga kan...

Unknown berkata...

AKAL LAH YG MEMBEZAKAN MANUSIA DGN BINATANG..JADI,GUNAKANLAH AKAL DGN SEBAIKNYA..*___*

Miss Purple Ungu berkata...

akal tu la yg membezakan kita dengan haiwan
tp ada jugak yg salahguna pd tempat2 yg x sepatutnya...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum LB..

Moga sihat hendaknya..

Tugas akal yang paling mulia ialah apabila ia digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Apabila melihat kepada kejadian alam yang begitu hebat, tersusun dan indah ini, sewajarnyalah terdetik di hati kita ingatan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agong yang mencipta alam ini.

semutsengal berkata...

kalau stress pergilah melepak dekat lereng bukit. HAHAH



semua pun punya akal, tapitapi tak ramai yang pandai gunakan akal sepenuhnya. termasuk saya. huh.

Hanis MY berkata...

Berbaloi bc arigatou lady...

Woofer Storm berkata...

masih atas perkongsian..

#bgus la,pndai atur masa dgn baik...

Puan Kutu berkata...

akal anugerah terindah dari Allah utk manusia..gunalah sebaiknya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...