Tuesday, February 14, 2012

Yayang Insan HEBAT

♥ Assalamualaikum ♥ kepada sahabat lady semua.. dan salam sejahtera..

Pagi tadi sahabat lady yang lady panggil Yayang telefon lady.. Lady jumpe beliau time berprogram di Marang. beliau orang Kemaman, Terengganu.. Beliau banyak bagi sokongan moral pada lady.. 

Tadi pun beliau banyak memberi nasihat pada lady.. Beliau kata, hidup kita ini tidak lama.. sekejap je Allah beri peluang untuk kita kecapi hidup ini.. dan alangkah malangnya nasib kita andai kita gunakan peluang keemasan ini dengan menangisi nasib dan berkeluh kesah.

Sekali pandang.. tiada bezanya beliau dengan sahabat lady yang lain.. cuma beliau memakai tongkat tangan.. beliau seorang yang sangat cantik.. Alhamdulillah sudah bersuami.. memiliki suami yang manis dan baik.. Suami dia alhamdulillah seorang yang sempurna fizikal dan hati.. Alhamdulillah..

Jarang lady jumpa seorang lelaki normal ingin berpasangan dengan perempuan yang dalam kategori Kelainan Upaya.. Beliau sangat-sangat bertuah..

Berbalik kepada kisahnya.. beliau sebenarnya kemalangan.. dari luaran memang tiada bezanya Yayang ni.. tetapi sebenarnya setelah lama lady berkawan dengan beliau.. barulah lady tahu kaki kiri beliau kudung, bermula dari pangkal paha.. Beliau kemalangan sewaktu balik kerja.. Time tu beliau menaiki motorsikal.. bila sedar dari koma, beliau dapati kaki beliau tiada....

Tetapi, Allah masih memberi peluang kepada beliau untuk hidup.. berdasarkan cara kemalangan.. agak mustahil untuk beliau hidup, kakinya terpaksa dipotong, dan tulang belakangnya rosak teruk.. andai hidup, dia kemungkinan akan lumpuh seluruh badan..

Namun beliau tidak patah semangat.. pada awalnya, beliau terpaksa hidup menggunakan kerusi roda.. dan kehidupannya jauh telah berubah. Corak kehidupannya semuanya bergantung pada keluarga.. 

Time tu beliau telah bertunang.. Keluarga tunangnya terlalu menyokong dan mempercepatkan proses pernikahannya supaya suaminya nanti dapat membantunya.. Jarang keluarga seorang lelaki yang seperti ini. Satu dalam 10 juta kot..

Jarang sangat untuk menemui seorang lelaki dan keluarga yang sanggup membiarkan anaknya mengahwini wanita cacat. Ya Allah, lady amat-amat kagum.. Allah memberi ujian hebat pada yayang, dan dalam waktu yang sama Allah memberi 'intan berlian' yang amat tinggi nilainya berupa sebuah keluarga yang HEBAT.

Berkat kegigihan dan sokongan daripada keluarganya dan keluarga mertua.. Alhamdulillah, kehidupannya jauh lebih baik.. Alhamdulillah.. dan beliau tidak pernah menangisi nasib yang menimpanya.. dan berkat usahanya.. beliau berjaya memakai tongkat dengan dan dapat menyesuaikan diri dengan 'kaki baru'nya..

Lady amat-amat kagum dengannya.. Betul, Allah tidak pernah kejam.. Dia menarik sesuatu.. dan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lain..

Kenapa tidak kita berfikiran seperti Yayang? Bersyukur dengan kehidupannya.. dan bangkit balik daripada kegagalan silam.. Inilah insan HEBAT yang lady amat-amat kagumi..

Betul kata Yayang, hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi.. Kalau kita derita.. orang lain lagi derita.. dan Yayang tetap mampu bangkit selepas melepasi episod tragis dalam hidupnya.. 

Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan dan keringanan kepada Yayang sekeluarga dan dikurniakan anak-anak penyeri hidup.. dan tidak lupa juga kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. Yayang dan suami.. ♥ 

Marilah kita sama-sama bangkit daripada kegagalan silam.. daripada kenangan silam.. daripada cubaan dan ujian hidup.. 

Tadi time cari gambar untuk dimasukkan untuk entry ni.. lady terjumpa satu link blog seorang OKU. (click tulisan).. Inilah kehidupan sebenar yang terpaksa ditempuhi oleh OKU. Mereka tidak mampu bangkit jika Orang 'Normal' terus MENGHIMPIT.

..Alangkah Indahnya Andai Kehidupan Manusia Mencontohi Kehidupan Semut Yang Tidak Lekang Daripada Bekerjasama.. Semut Itu Allah Hadirkan Untuk Dicontohi Oleh Manusia-Manusia Berakal..
p/s : Lady panggil dia Yayang sebab suami dia panggil sayang.. romantik sangat..

29 comments:

guest said...

kagum jugak....beliau sungguh beruntung krn mendapat suami yg camtu...semoga dorang murah rezeki... dan bahagia hingga keakhir hayat....

Kakzakie said...

Seperti kata Lady kakak pun kagum dgn keluarga tunang dan kini mertua Yayang tu... besar ganjaran dia menggalas tanggungjawab diberi.

Syukur.... sungguh Allah maha penyayang...

munna said...

untung nya dia dpt suami yg baik sebegitu... pasti sahabat lady tu seorg yang baik

Hana Faza-same person said...

Subhanallah, semoga Allah melindungi dan terus melimpahkan kasih sayang utk mereka sekeluarga..amin

Dinar said...

hebat kisah hidup kawan lady...rupanya utk menjadi insan hebat kita mesti lulus ujian...Yayang telah berjaya melaluinya...tahniah!

Pen Biru said...

Tesentuh hti bca kisah ni..

Deru Ombak said...

Yayang sungguh bertuah mendapat mertua yang baik dan sayang dia. Begitu juga suaminya... Alangkah indahnya hidup ini kalau manusia hidup saling mengerti Dan berkarok sayang.. Alhamdulillah.

HeNRieTTa JoSe said...

Bertuah yayang mendapat suami dan keluarga mertua yang baek...

kata orang " wanita yang baik utk lelaki yang baik"

mestinya yayang juga seorang yang baik...

Adry@Daun said...

As salam Lady...,
Setiap apa yg berlaku ke atas kita samada baik atau buruk, manis atau pahit semua ada hikmah disebaliknya.

Abd Razak said...

Assalamualaikum LB..

Ya benar, hidup kita di dunia ni memang singkat dan kalau dibandingkan dengan masa di akhirat tak sampai satu hari...Allahu Akhbar.

Hebat suaminya kerana mengetahui akan kehendak Yang Maha Pencipta

Mr.Clive said...

post ni menaikkan semangat aku dan menyedarkan betapa yang lain termasuk aku skali perlu rasa bersyukurr sangat sangat...biler kite ingat kite malang,ada lagi yang lebih susah...

AmirFX said...

Semoga Allah memberi perlindungan kepada keluarga tersebut.. InsyaAllah...

MulutPayau said...

betuahnya yayang dapat suami yg baik dan memahami...
Semua yg berlaku ada hikmahnya....

teha said...

bagus family lelaki tu.. xpandang rupa pon.. :)

semutsengal said...

cinta akhirat bukan sbb paras rupa dan fizikal.


=)

Telor Power said...

sokong dgn kata mr.Clive ...

yang rakan2 lain pun sokong juga.... :)

Aine Ainun said...

Memang hebat....

Suka kata-kata:
hidup bukan untuk ditangisi!

Allah maha mengetahui, allah anugerahkan suami yang baik untuk dia, alhamdulillah...

akubiomed said...

Saya sendiri mendapat peluang ke-2 tak kala tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.

Alhamdulillah peluang tersebut dimanfaatkan dan saya berada di kedudukan sekarang.

atuk said...

Assalamualaikum Lady

moga mereka bahagia hingga ke Syurga

Yumida said...

hope kita semua saling membantu n saling memerlukan ant 1 sm lain...spy tiada beza antra kita...bertuahnya yayang...

Anonymous said...

salam, waaah, lama tak datang sini

semoga sihat-sihat ye sis..

motivasu untuk kita yang konon-konon normal ini hee

sekian

bro m aka hantu

Hanis MY said...

kagum sgt! semoga mereka bahagia dunia akhirat... syukurilah dan hargailah segala nikmat dari-Nya...

Gen2Merah said...

ya Allah.. bergenang air mata saya membaca kisah ini... betapa Allah itu maha adil untuk insan yang tabah dengan khidupan...

semoga kisah ini memberi peringatan buat saya yang kadangkala berkeluh kesah dengan kehidupan..

terima kasih kak berkongsi kisah ini..

Ayie Abas said...

kisah yang menarik...memang ramai insan oku punya semangat yg kuat untuk menjalani kehidupan...abg ayie juga telah menyaksikannya.

Yatie Awang said...

lady..citer ini lebih kurang sama dengan penghidupan akak, rasa macam kebetullan pulak..cuma yg bezanya..suami akak yg oku

dan masa akak kenal suami akak dia memang sudah begitu, juga kerana kemalangan

insan_marhaen said...

sempat singgah blog shukri dan kagum dengan semangat juangnya. IM dah linkkan ke blog IM.

eiela said...

beruntungnya kakak tuh, dpat keluarga yg mcm tuh. tak ternilai harganya. Allah tu tak sia-sia.

missSenget said...

kuat betul semangat dia..

berharap ada semangat yg kuat jugak..

tehr said...

dua2 sama hebat
si isteri hebat dengan semangat
si suami hebat dengan kasih sayang

moga2 mereka sentia mendapat rahmat dari allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...