Monday, February 27, 2012

Sakaratul Maut dan Kematian

Assalamualaikum kepada semua.. ♥

Semoga sihat sejahtera sokmo.. sekarang di Terengganu sedang diadakan Pesta Buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang bertempat di TTC, bermula dari 23 Februari sehinggalah 29 Februari ini.. Alhamdulillah sambutan amatlah mengujakan. Alhamdulillah.. Jemputlah ke sana yer bagi yang berada di Terengganu sekarang. ♥


Lady sebenarnya teruja untuk berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan perkara di atas. Panduan ini lady ambil daripada sebuah buku yang bertajuk Panduan Menguruskan Jenazah. Lady beli di pesta buku tersebut.

Bagi lady, ilmu ini sangat2 penting memandangkan kematian itu boleh berlaku tidak kira di mana-mana, dan kita perlu bersedia untuk menghadapinya.

Seandainya kita berada di samping orang yang telah sampai ajalnya, di samping berdoa agar Allah memudahkan dan mengampunkan dosa-dosanya, terdapat perkara-perkara lain yang digalakkan untuk kita melakukannya. Antaranya adalah :

1. Mentalqinkannya

Iaitu mengajar menyebut Lailahaillallah secara tenang dengan sebutan yang mantap supaya mudah untuk diikuti. Jika sudah diikuti dan kelihatan lidahnya sudah bergerak mengikutinya, maka tidak perlu diganggu lagi.

Andai dia bercakap atau meminta sesuatu selepas itu, maka perlu diajar lagi supaya khalimah yang terakhir yang disebut sebelum ajal menjemput adalah khalimah Lailahaillallah..

2. Menghadapkannya ke arah kiblat

Badan pesakit sebaiknya dihadapkan ke arah kiblat, dalam keadaan berbaring pada sisi badan yang kanan, kepalanya ke arah utara dan kakinya ke arah selatan.

Jika dalam keadaan telentang, kepalanya mengarah ke timur, dan agak ditinggikan sedikit dengan memakai bantal, sementara kakinya ke arah kiblat.

3. Menjemput orang soleh

Sunat menghadirkan orang-orang soleh yang diharapkan keberkatannya ke tempat orang yang hampir mati dan sunat mendoakannya mendapat keampunan dan keringanan di saat itu.

4. Membaca surah Yasin

Disunatkan membaca surah Yasin di samping orang yang sedang nazak.

5. Menutupkan kedua matanya

Bagi seseorang yang telah meninggal, banyak perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya adalah menutupkan matanya andai ia terbuka, mulutnya andai terbuka perlu ditutupkan, kakinya dan badannya perlu diluruskan, dan tangannya hendaklah dilipat ke pusat seperti orang yang sedang mengerjakan solat.

6. Menyelimutinya

Orang yang sudah meninggal perlu ditutupi badan keseluruhannya untuk mengelak orang ramai melihat rupanya yang telah berubah.

7. Segera menyelenggarakan pemakamannya

Orang yang sudah meninggal dunia hendaklah segera diuruskan jenazahnya, termasuk memandikan, menkafankan, menyembahyangkan, sehinggalah menguburkannya.

8. Membayar hutangnya

Orang yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai hutang, sepatutnya jangan dikuburkan dahulu sebelum hutangnya diselesaikan.

9. Berdoa dan mengucap Istirja'

Kita disunatkan mengucap Istirja' tatkala mendengar berita kematian orang Mukmin iaitu Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun.

10. Memberitahu kematiannya

Kalau terjadi kematian, kita disuruh memberitahukannya kepada ahli keluarga dan saudara mara si mati, begitu juga kepada kawan-kawannya dan orang soleh. 

Tujuannya supaya mereka turut sama mendoakannya dan juga memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pahala yang besar, yakni menyelenggarakan jenazahnya.

Ini kerana, menguruskan jenazah sehingga penguburannya adalah sangat besar pahalanya.

Ini antara tindakan yang perlu dibuat sewaktu berlaku kematian. Lady ingin membuat sedikit tambahan berkaitan dengan membaca surah Yasin. Sepatutnya apa yang lady belajar, kita membaca surah yasin dengan suara yang perlahan dan hanya seorang sahaja yang menguatkan suara dan bertindak menjadi ketua dan beliau hendaklah berada berhampiran pesakit. 

Ini adalah untuk memudahkan pesakit dapat menghayati bacaan yasin tersebut dan keadaan tenang, tetapi apa yang lady perhatikan sekarang adalah, bacaan secara beramai2 dan setiap org membaca ayat yg berlainan dan menyukarkan untuk mendengar patah2 bacaan Yasin tersebut.

Seelok2nya bacalah dengan suara yang perlahan dan hanya seorang sahaja yang menguatkan suaranya untuk didengari pesakit. Allahua'lam.

35 comments:

Adry@Daun said...

As salam Lady,
Entri Lady kali ni menginsafkan kita tentang kematian. Kematian adalah suatu yg pasti cuma kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana...

Papa Mifz said...

mmg penting sgt ilmu nih...tq coz sudi share yer...

Bui Junaidi said...

YANG NO 8 TU MCM MANA YER..HUHU

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Lady..

Terima kasih berkongsi info. :)

missSenget said...

yg tentang bacaan yasin tu baru je tau lady..

tengs ye.. :)

naim said...

kepada yang bertanya pasal no 8 itu. keluarga si mati kena uruskan .

qasanya sebelum jenazah di bawa ke tanah kbur.

Wallahualam

----------------
Ia sangat bagus dan banyak intipati

jom baca:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/02/majalah-q-anda-answer.html
p/s: best ganu ada pest buku. huhu

~CAHAYA~ said...

tq lady.......mati pasti tiba.....

Yatie Awang said...

sebenarnyakan setiap orang perlu tahu cara menguruskan jenazahkan..ilmu yg berguna ni, mekasih lady

Ckin Kembaq said...

tak penah lagi berada di sisi org yg menghadapi sakaratul maut.. +_+ inshaAllah jika ada kelak, boleh digunakan...

p/s : tengok kbur pun dah takut..apath lagi nak masuk...Allahuakbar....

akubiomed said...

Kematian itu pasti tidak dilambatkan dan dicepatkan walaupun sesaat. Sama-sama kita mempertingkatkan amalan untuk bekalan ke alam yang lebih kekal.

L said...

info yg bagus.. urm kene belajar.. utk masa depan.. takutnyer

suri said...

suri suka lagu ini sering kalidegar suatu ketika dulu..skrg jatuh kasih pd lagu opik sdap gak..

suri said...

bila mati d jemput kita tak bisa lawan dg apa2 cara sekalipun..

dwaty said...

NICE INFO LADY....

Yumida said...

thanks kak..utk info terakhir tu...

perkongsian yg amat bermakna

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
Gen2Merah said...

semoga ianya menjadi renungan buat kita bersama..

AmirFX said...

Salam.. Semoga semua mendapat manfaat dari apa yang disampaikan...

S..U..D..@..I..S said...

yang pasti adalah mati
bila2 masa boleh terjadi

tq lady ilmu yg perlu dipelajari

Noorieda said...

I'm following here..

Saya suka pasal agama..terima kasih..:D

Semua ni perlu dipelajari oleh semua orang Islam..

Cikgu Ma said...

mati itu pasti...tapi berapa kerat yg bersedia utk mati..

najmi^^ said...

wuu..baru ku ketahui..haaha

Aishah Jahirah said...

ilmu fardu kifayah....tak ramai yg amek tahu...bagus entry ni.bermanfaat menambah ilmu..:)

teha said...

serius takot .. btw , great info :) like !

Norasikin said...

Assalamualaikum,
baru first time singgah sini dah terpaksa baca entri mengerikan mcm ni. hadoi

Ayie Abas said...

berhutang tu yang sulit...hutang dgn manusia lebih2 lagi hutang dgn Allah...iaitu hutang solat yg sengaja ditinggalkn..puasa..zakat...haji yg mampu dikerjakan...dan lain2...ermm

wallahuallam.

Abd Razak said...

Assalamualaikum LB..

Moga sihat hendaknya..

Sebaik-baiknya keluarga yang terdekat menguruskan jenazah seperti anak-anak, adik beradik dan seterusnya..

Terima kasih berkongsi..

JR said...

Sesetengah org Islam cuma teringat utk mencari agamawan ketika menguruskan jenazah dan ketika mahu nikah. Masa-masa lain ramai yg leka, sibuk mengumpul harta dunia hingga terlupa kewujudan surau dan masjid yang cuma terletak di sebelah rumah...

nurkaloi said...

talqin shingga betul-betul akhir nafas

Ejam said...

sebab tu ejam tersentuh bila awek ejam, ingatkan supaya "mengucap sebelum tido" takut2 nanti Izrail menjemput ketika kita tido...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

mengingat mati itu wajib :)

Ungu Violet said...

mmg takut apabila mengingati mati..takut tak cukup bekalan utk dibawa ke alam barzakh...tapi kita perlu sentiasa mengingati mati..:)

Suhami Ahmad said...

entry ni memang terkesan dalam hati atok....atok baru saja kehilangan sahabat semalam...Al-Fatihah

Yumida said...

salam..sis...sy dh dpt hadiah dri sis..thanks bebyk...

tiefazatie said...

tq 4 sharing dear..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...