Selasa, 14 Februari 2012

Petua - Hilangkan Batuk Berkahak

Ini adalah antara petua untuk menghilangkan batuk dan kahak :


► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.


► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.


► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.


► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah lalu diminum.


► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada leher dan dada.
 
► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.


► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.


► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. 
Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

[sumber : facebook]

22 ulasan:

Unknown berkata...

seriously thanks untuk artikel ni...tak tau pulak pisang boleh bantu...hehehe

Shila berkata...

tgk yg pisang tu, terbayang pengat pisang pulak..

hhiih..sedap..

semutsengal berkata...

kalaulah mak ada sekrang ni, mesti dia dah sediakan.



HAHAHAHAHAHAHAH

Telor Power berkata...

wah bagus....biasa nya saya akan pakai limau dan madu jer.

akubiomed berkata...

Ketika kecil ibu saya akan rendam kerak nasi untuk diminum airnya bagi menyejukkan badan yang panas.

Puan Kutu berkata...

bagus petua ni.lebih2 lg tentang madu tu,sbb yg tu paling senang nak buat.hehe..

ctpayong berkata...

Assalamualaikum wbt.

Ade yg biasa tahu...tapi banyak yang kakCT tak tahu. Thank you for sharing.

mie berkata...

banyak petua ni..
ehehehee

Ibuhani berkata...

Tq 4 d petua!

Acik Erna berkata...

assalam lady..terima kasih bagi petua..

Ayen... berkata...

time kasihlaa sbb sudi berkongsi info gini,bagus.kebanyakkan yg kat atas tu,ni baru sy tau....huhu

Mario berkata...

limau dgn madu tu sll buat..mmg berkesan

LydSunshine berkata...

Canner nak hilangkan batuk kena sapu kat punggung? Heheh. Pastu yg daun pudina tu kalo buat, mesti best rasa dia. Saya suka pudina.

Dan tip yg last sekali tu... nak letakkan oren tu kat tengah2 macam timbus ke atau just letak je atas permukaan nasik?

ieja amieja berkata...

thanx 4 sharing!! bagus petua tu dan diantaranyer akk dah tahu..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Lady...
Terimakasih berkongsi info..sgt berguna untuk dipraktikan.

Hana Faza-same person berkata...

salam LB

wah , xsangka banyak sekali petua nak hilangkan batuk..terima kasih sudi berkongsi

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

nice n3
sharing is caring rite???
owh rindunya nak makan pegaga

blog-tips-kurus berkata...

gula melaka..

eiela berkata...

bagus petua nih bleh try. dulu pernah try mkn gula melaka, lg teruk dibuatnya.

.: wawa :. berkata...

Banyak cara semulajadi. Boleh try nie & mmg tengah dilanda batuk berterusan nie T_T

Farrah berkata...

Memang tengah cari petua2 merawat batuk. Nice sharing... Boleh cuba petua kat sini.

Tanpa Nama berkata...

bagus la petua ni.. kdkd kalau batuk dh teruk, berbotol2 ubat doktor tak reda gak.. baik amalkan petua camni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...