Sabtu, 18 Februari 2012

Khasiat Jambu Batu Bagi Penghadaman

♥Assalamualaikum♥

Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit, Khasiat Anggur Bagi Penghadaman dan Khasiat Epal Bagi Penghadaman. Kali ini akan berkongsi info berkaitan buah yang seterusnya iaitu buah jambu batu.. juga bagus untuk sistem penghadaman manusia..

Jambu Batu
Kalau zaman lady kecik2 dulu.. sangat suka makan buah jambu ni.. Pokok jambu pun banyak di keliling rumah.. Kalau dulu, makan tanpa buang biji.. tapi sekarang bimbang untuk telan mcm tu jerk.. tkt nanti bijinya tersumbat kat apendiks.. haru plak.. huhu..

Buat pengetahuan semua, serat yang terdapat pada jambu batu cukup baik untuk melancarkan proses pencernaan. 

Pencernaan yang lancar akan membawa kotoran-kotoran yang tidak terserap oleh usus sehingga menyebabkan masalah pada saluran pencernaan.

Jus jambu batu ini diminum satu gelas (200ml) sehari sekali pada waktu pagi sebelum sarapan. 

Di antara masalah pencernaan yang boleh diatasi dengan pengambilan jus jambu batu ialah cirit-birit, gastrik dan sembelit.

Untuk menghasilkan satu gelas jus memerlukan satu gelas jus memerlukan sebiji jambu batu yang besar.

Tips Memilih Jambu Batu

♥ Pilihlah buah yang sudah masak
♥ Mempunyai isi yang tebal dan lembut, rasa yang manis dan tidak busuk.

Manfaat Lain Jambu Batu Terhadap Kesihatan ialah :-

♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Sebagai ejen antioksidan
♥ Melawan virus

Inilah sedikit sebanyak info tentang jambu batu.. lady ambik dari buku mane ntah.. lupe dah.. buku tu dah selamat lady hantar kat pustakaan awam trg..

28 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

Aiseyh, ruginya zwan sbb tak makan buah.. HUHU

insan marhaen berkata...

kalau keluar PLUS ke Taiping, byk dijual air jambu batu+asam boi

blog-tips-kurus berkata...

< minat jambu batu kecuali yg rangup. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam akak

rupanya manfaat juga buah ini. hehe

Telor Power berkata...

as,salam LB

kalau makan buah begitu saja adakah ianya berkhasiat lain dari buat jus jambu?

MsDila berkata...

minum kordial jambu batu je bole tak?hahaha.. jambu batu keras la.. x suka makan. nanti sakit gigi.

Pen Biru berkata...

wuiii..cicah dgn serbuk asam boi ni..huhuhuh..tak hengat la..

Unknown berkata...

seriously thanks untuk tips memlih jambu tu! nice! had difficulty sebelum ni...kahkahkahhh

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

lama x mkn jambu batu kt sini x jmpa plak....

akubiomed berkata...

Sedap kalau buah jambu yang dibuang biji tabur dengan serbuk jeruk.

Acik Erna berkata...

assalam lady..acik kena pi cari jus jambu batu ni..kolesterol tinggi

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Lady..

Sgt suka cicah jambu batu .. Juga jus nya.

Ada kawan mengatakan jus jambu batu tak elok di minum ketika cuaca panas terik.. Akan menyebabkan sakit kepala.. Tak pasti kebenarannya.

RHI berkata...

masa zaman kecik2 dulu memang suka makan, dengan bijinya sekali..sekarang dah tak berapa gemar

L berkata...

dah jadi blog kesihatan plak akak.. huhu.. baru tau pasal jambu2 nih..=)

jom baca sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

Hans Hanis berkata...

lama xmakan jambu batu nih

fieda berkata...

selain sedap dimakan bersama serbuk asam rupanya byk khasiat jambu ni ye..

Woofer Storm berkata...

jus jambu best apa,dulu time stdnt kat damnsara.ulang alik dari gombak,pasti lalu sblm tol gombak beli air jambu n jambu..teringin lagi ni..

AnakPakZohar berkata...

saya suke .. saya suke.. ^^

Dinar berkata...

pink guava sama ke khasiatnye cik lady?

Miss PIJAOSIX berkata...

Salam,

Ruginye akak sebab tak mkn jambu pun..

Ckin Kembaq berkata...

dulu kecik2 panjat pokok jambu ni..hehe sampai abg marah..org gi slat jumaat, kita atas pokok..hehe

Unknown berkata...

SEDAP NI KALAU DI MAKAN DGN SERBUK SAMBOI...*__*

mummyrinazone beauty berkata...

mmg sangat2 suka buah jambu=)

munna berkata...

kak munna skrg ni suka sgt minum air jambu..lagi2 ada org jual kat bawah ofis tu....

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

dulu depan rumah ada pokok jambu batu..hehe...suka sangat jambu batu..

Unknown berkata...

salah satu fav buah2an tempatan k.chii..kadang2 sblm g opis..k.chii akan beli 2 inggit untuk bekalan di masa tgh hari..ehehe..

Orang biasa tapi bukan biasa biasa berkata...

hihihi..i mmg suka mkn jambu batu..bnyk kbaikannya..

mizzura berkata...

Thanks for info...ritu borong jambu batu tapah...tak abis ni nk buat jus jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...