Assalamualaikum.... ♥
Terima kasih kerana sudi menjawab soalan teka teki lady di entry sebelum ini.. Sebelum ini lady dah letakkan teka teki tersebut di Facebook Planetarium Terengganu.. dan alhamdulillah terdapat di kalangan sahabat2 lady di situ berjaya menjawabnya..
Korang boleh buka di situ untuk mencari jawapannya.. :) Nanti lady akan buatkan satu artikel lain untuk menerangkan fenomena tersebut insya-Allah..
Kali ini lady nak berkongsi info untuk melancarkan proses penghadaman.. Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang mampu melancarkan proses penyahtinjaan manusia..
Sebagaimana entry terdahulu yang menerangkan punca sesuatu penyakit itu adalah berkaitan dengan masalah dalam sistem penghadaman.. kali ini lady akan kongsikan cara untuk mengatasinya pula..
Sebahagian besar buah-buahan membantu dalam proses penghadaman.. antaranya adalah anggur..
Anggur mempunyai kandungan magnesium yang tinggi.
Magnesium merupakan elemen yang diperlukan untuk pergerakan feses
(najis) sehingga boleh mencegah keradangan.
Kulit
anggur merupakan bahan yang baik untuk melancarkan pembuangan air kecil.
Selain berserat, di dalam buah anggur terdapat zat catechin. Kedua-dua
zat ini sangat baik dalam menurunkan kadar kolesterol.
Pada buah anggur terdapat potasium, kalsium dan magnesium.
Masalah
pencernaan yang boleh dicegah atau dirawat dengan pengambilan jus
anggur ialah sembelit.
Amalkan minum jus anggur segelas sehari setiap
pagi. Anggaran 500 gram buah anggur merah segar diperlukan untuk
menghasilkan segelas jus anggur.
Selain daripada melancarkan sistem penghadaman.. manfaat lain buah anggur terhadap kesihatan ialah :
♥ Mencegah osteoporosis
♥ Melawan virus dan infeksi kuman
♥ Membantu mencegah kanser
♥ Membantu fungsi ginjal
♥ Menurunkan kadar kolesterol
Jadi, kepada yang berkemampuan.. amalkanlah memakan buah anggur.. dan cara yang terbaik adalah memakannya satu persatu..
49 ulasan:
sedap kan anggur...byk khasiatnya
suka anggur hitam yg kecil tu.. :)
lady..insyaallah nak cuba pulak..acik memang ada masalah..dah cuba betik dan pisang..tak tau pulak anggur rupanya
Anggur mmg sedap=)nyummyyyy!
Lagi laju makan anggur tanpa Biji=)
ayen suka buah anggur...
anggur mmg best....tapi nak buat jus tu yang leceh sukut tu....event kat kedai2 pun xder jual jus anggu
Saya suka Anggur Hijau. Waktu pagi biasanya saya akan bersarapan pagi sebelelum ke tempat kerja hanya dendan Oat yang dicampur buah kismis kering bersama madu Tualang.
banyak yea khasiat anggur..nk p korek jawapan tekateki tu..hihiks :)
khasiat anggur banyak, dan baik untuk penghaman serta pencernaan. Syukran atas perkongsian yang baik ini.
jemput ke blog untuk menimba dan menyebarkan ilmu, insyaAllah
Salam LB..
Anggur Mmg sedap.. Tapi harga ya agak mahal sikit.
Pssst: akk xde acc FB..
mcmana nak minum jus anggur pagi pagi, bangun pun lewat.
Err.
huhu, L suka mkn anggur.. sedap43..
jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html
lama udah saya tak makan anggur... kali terakhir pun minum air ribena.. ehehe
buah anggur ni sedap
tapi manis sangat la
anngur ada khsiat,tapi tak mampu nak beli ari2..ehehe
#maseh atas komen membina tu..masalah kita mungkin sama,mungkin juga tidak.. keserabutan diri membuat sy letih tidak bermaya..ermmm
terliur juga sekejap.. :)
byk jgk khasiat anggur nih ye.suka jugak makan anggur, tak kira la warna merah atau hijau.
lamo lak raso tak makan anggur...huhu
Assalamu'alaikum LadyBird
Benar berkhasiat.. bila dijadikan kismis pula menambah cerdik.. insyaAllah
suka anggur hijau & hitam yg x de biji..yummy yummy
Perkongsian yg bagus.. ibu yusuf pun baru tahu tentang khasiat anggur dan penghadaman.. :D
suka gak mkn anggur nih..tapi mahal la sikit..:)
Yumida :
sedap.. lady suka.. rsnye mengujakan.. hihihi~
atie aizam :
atie, anggur hitam tu antara anggur termanis kan..
Achik Erna :
Achik cubalah.. kalau berhasil achik bgtahu lady ek.. :).. kalau lady alhamdulillah.. berjaya..
Ayen :
Lady pun suka.. :D..
Aine Ainun :
btl2.. xyh buang biji kan? trus je mkn..
Telor :
sebab mahallah.. sebab tu xde org jual jus anggur..
akubiomed :
sarapan yang best.. kali pertama lady dengar.. mesti byk khasiatnye kan..
Tihara :
ok.. silalah gi korek.. tp kene selongkar semualah.. br akan jumpe jwpnnye..
Ad-Dien :
sam32.. insyaAlalh, nanti lady ke sana.. :D
Deru Ombak :
Wsalam kak.. akak xde akaun fb ke? xpe2.. nanti kalau berkesempatan dan jika Alalh kurniakan idea.. lady akan nukilkan tentangnye nanti.. insya-Allah..
semut sengal:
xpe2.. buat malam, minum pagi.. hihihi..
L :
sedap3x..
Gen2Merah :
hehehe.. makanlah anggur.. :D..
tehr :
cikgu x suke mns ek? cikgu belilah yg masam.. tp nanti effect kat otak plak..
Woofer Storm :
sangat2 betul.. x mampu nk beli hari2.. lbh2 lagi jika keluarga besar..
jebengotai :
malam ni mimpi makan anggur ek.. :D
Eila :
byk... :D.. tp makah.. suke jugak.. tp yg msm tu agak kureng sikit..
papa Mifz :
belilah papa :D.. beli kat mifz..
Werdah :
Waalaikumusalam wbt kak..
a'ah.. kismis mencerdaskan otak..
ieja :
suke jugak kak.. yg hitam paling mns.. :D.. terliur jap bile bygkan..
Zefa :
time kasih ibu yusuf :D..
Ungu Violet :
a'ah.. btl2.. tp xleh beli acp2 kan? nnti kopak..
anggur mmg feveret umah ni..
PETANG NI JUGAK KAK BUI BELI ANGGUR..HEHE
TERIMA KASIH LADY ATAS INFO YG BERGUNA..*__*
atok baru tahu khasiat anggur!
tapi boleh tahan mahal dia kan akak... ;)
hurm..bleh la k.chii beli buah anggur ptg ni kat pasar malam..selonggok..5 inggit je =)
Catat Ulasan