Khamis, 2 Februari 2012

Jangan Memberi, Kami Prihatin

Assalamualaikum kepada semua sahabat LadyBird's Life..
Korang pernah dengar tak kempen "JANGAN MEMBERI, KAMI PRIHATIN"?

Di bawah ini adalah ucapan daripada Presiden SBM.. Mungkin orang "SEMPURNA" tidak mengalami permasalahan ini, tetapi golongan ini boleh membuka sedikit hati untuk melihat permasalahan mereka walaupun hanya sedikit cuma.
.......................................................................................................

Hj Mohammed Nazari Othman
Assalamualaikum wr. wb. rakan-rakanku yang dirahmati Allah SWT dan disayangi Nabi Muhammad SAW.

Isu Kempen Gila JKMWP : Jangan Memberi, Kami Prihatin, KL Sentral, 31 Januari 2012

Pertamanya, SBM ingin menyampaikan rasa kesal dan dukacita di atas kempen gila JKMWP baru-baru ini. SBM melihat JKMWP telah gagal melaksanakan fungsinya sebagai sebuah agensi kerajaan di dalam menangani isu pengemis yang melata di Bandaraya KL.

Suka saya memaklumkan juga kepada rakan-rakan OKU penglihatan, satu usaha telah digerakkan oleh SBM pada bulan Jun 2011 di dalam menangani isu ini. SBM bertegas bahawa OKU penglihatan bukanlah pengemis atau peminta sedekah. SBM mengistilahkan rakan-rakan kita ini sebagai penjaja bergerak asalkan rakan-rakan ini membawa bersamanya barang atau produk untuk diniagakan.

Natijahnya, berasaskan memorandum yang dikemukakan oleh SBM pada bulan Jun 2011, satu perbincangan telah diadakan di KPWKM pada bulan Ogos 2011 yang turut disertai oleh NCBM dan MAB. Melalui forum ini, SBM dan NGO-NGO yang disebutkan tadi bertegas mempertahankan rakan-rakan yang menjadikan 'perniagaan bergerak' ini bukanlah pengemis atau peminta sedekah malahan ianya adalah hak pekerjaan mereka. Ini telah dipersetujui oleh KPWKM.

Pada bulan Oktober 2011 pula, setelah mendapat Minit Perbincangan bersama KPWKM itu, SBM mengambil langkah untuk berbincang sesama rakan-rakan NGO lain termasuk PPOBM, PKB selain NCBM dan MAB tadi. Ada beberapa perkara yang di'highlight'kan dalam perbincangan itu, malah KPWKM dalam suratnya mengemukakan beberapa perkara untuk mndapat maklum balas dari kami.

Antara perkara yang dikemukakan itu, kami hanya bersetuju pada 2 perkara sahaja iaitu :-

i) BERSETUJU agar rakan-rakan kita yang menjalankan kegiatan penjaja bergerak ini meletakkan tanda harga pada produk atau barangnya.

ii) BERSETUJU agar rakan-rakan kita tidak menggunakan warga asing tanpa izin (tidak sah) di dalam membantu rakan-rakan kita bergerak.

Perkara-perkara lain, kami TIDAK BERSETUJU sama sekali. Antaranya :-

i) rakan-rakan kita yang berjaja secara bergerak ini memakai uniform

ii) memberi maklum balas berkaitan Akta Orang Papa 1997, dimana kami menganggap rakan-rakan kita yang berjaja secara bergerak ini bukanlah Orang Papa seperti selalunya tindakan penguatkuasaan JKM.

Malahan, antara perkara baru yang kami cadangkan secara tegas ialah supaya rakan-rakan kita ini diberikan lesen untuk menjaja secara bergerak sepertimana yang dibuat oleh MPK, MBPJ dan MBSA.

Sudah pasti isu ini akan melibatkan agensi kerajaan lain seperti DBKL, KPDNKK, Jabatan Imigresen, JKM sendiri selain KPWKM.

Kami telah kemukakan jawapan dan ketegasan kita dalam hal ini kepada KPWKM dengan harapan yang besar agar isu ini segera diselesaikan. Memang JKMWP gila... Kami sepatutnya berada di Pusingan Kedua bagi membincangkan isu ini namun JKMWP telah membelanjakan wang rakyat secara gila untuk membuat kempen ini yang dilancarkan oleh Senator RNC sedangkan tuntutan-tuntutan kita masih tidak diberi respons lagi.

Saya percaya JKMWP mendapat tekanan dari tangan-tangan politik diatas sana. Lupakah mereka, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen KPWKM telah kalah dalam PRU-12 yang lalu. Orang yang kalah itu dilantik sebagai Menteri lagi. Apahal... Bukan nak jaga OKU tapi jaga .....

Sehubungan itu, saya berharap rakan - rakan kita bertenang dan bersabar.. Anggaplah ini ujian maha hebat dari Allah SWT.. Bekerjalah seperti biasa .. Kita harus terus hidup untuk meneruskan survival diri dan keluarga.. Biarkan kempen JKMWP itu sebagai kempen yang akan hilang ditiup sang bayu..

SBM terus-terusan mengiktiraf anda sebgai penjaja bergerak. Ketahuilah hak pekerjaan ini tersedia seadanya oleh Akta OKU 2008. Pihak SBM akan terus meneruskan perbincangan dan desakan kepda JKMWP khususnya KPWKM dalam isu ini.

SBM akan mengemukakan bantahan rasmi kepda Pengarah JKMWP pada 3 Februari 2012 yang juga disalinkan kepada Menteri KPWKM dan Menteri KWPKB.

Ayuh... Sama-samalah kita berdoa kearah kesejahteraan hidup kita di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Salam kasih sayang,

HJ. Mohammed Nazari bin Hj Othman
Presiden SBM

24 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Tidak semua yg celik mata juga celik hati tapi ada juga yg buta mata dan buta juga hatinya...

Deru Ombak berkata...

Secara kebetulan saya ada di KL Sentral semasa kempen ni di jalankan. LB Ada disana juga ya?

Tie HT berkata...

simpati kat orang oku..kadang 2 diorang jd alat pada org yg suka ambik kesempatan...hmm mcm2..

fieda berkata...

salam kenal...saya dtg follow sini..

Aine Ainun berkata...

Lady bird,
1st time dengar kempen ni...

uncle gedek berkata...

kita pon kadang kadang buta...

kan?

tehr berkata...

tak tahu pulak ada kempen macam tu
salah ke menjaja secara bergerak?
makin lama aku rasa makin pelik je

fatin berkata...

saya baca 2 kali.. tapi x berapa faham.. ngeee...

semutsengal berkata...

aku mcm nak pergi masa tu, tapi ada hal pulak.


Err.

dwatyKNY berkata...

terkadang org yang 'kurang' ini lagi kuat semangatnya banding orang yang 'cukup'... semoga kita prihatin...

BlogS of Hariyanto berkata...

waalaikumsalam, izin mampir ziarah menyapa sahabat...ingin berbagi komentar tapi sungguh ku tak paham walau membacanya berulang kali....salam :-)

Unknown berkata...

FIRST TIME DGR PASAL ISU NI..

Hanis MY berkata...

Pertama kali tahu pasal kempen ni...

Acik Erna berkata...

acik dapat tau dari LB..terima kasih.

akubiomed berkata...

Saya kurang faham dengan isu yang ditimbulkan tapi mengharap ada jalan penyelesaian.

sud@is berkata...

Semoga dipermudahkan apa2 urusan dengan OKU, kita membantu kadar termampu

Unknown berkata...

kempen yang patut digalakkan. :)

Woofer Storm berkata...

tak pena dgr pun kempen ni..

#time tu sy tkde kat sana..slmt pagi ye^^

Woofer Storm berkata...

tak pena dgr pun kempen ni..

#time tu sy tkde kat sana..slmt pagi ye^^

ghost berkata...

aku semakin keliru dengan hal begini.

Tea berkata...

Setiapnya ada pndangan yg berbeza.. Kekadang kita keliru dengan rakyat atau bukan rakyat yg berjaya mencari rezeki di tanah air sendiri... Tiba masanya melihat kepada masalah diri... Mengharapkan terus dibantu.. Walhal warga asing semakin bermaharaja lela...
OKU perlu ada saluran yg betul. Yang tidak mudah dimanipulasikan... Tidak mudah diambil kesempatan...

Puan Kutu berkata...

baru juga tahu tentang info nie..tq ye lady..

eiela berkata...

tak patut diorang buat mcm tu, kenapa perlu pakai uniform plak kan.

Nizam berkata...

susah kak kalau orang tak faham ni...
harap diorang boleh faham dan ubah mana yang patut...walaupun OKU mereka masih sama seperti orang biasa punya hati dan perasaan..punya hasrat dan cita-cita...tak ggitu kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...