Jumaat, 17 Februari 2012

Cara Makan Sunnah Nabi

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasulullah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". 

Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui. 


Setelah google banyak artikel/ blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/ catatan sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/ Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/ mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/ selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Sumber : Blog Kesihatan

24 ulasan:

Tie HT berkata...

Seronok baca entry ni..tq lady :)

RHI berkata...

info yg bagus ni...boleh cuba pelan2

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

kita ikut Sunnah
Insyaallah
selamat dunia dan Akhirat

Unknown berkata...

ohh susu xleh campur gitu ehhh...ooo

Nizam Ijam berkata...

cba untuk praktikkan..

akubiomed berkata...

Makan ikut sunnah Nabi bukan setakat untuk baik kesihatan dapat juga keberkatan dan pahala.

shameel Iskandar berkata...

salam Lady.
Sesetengah dari tips ni pernah saya baca dan ttg lalat masuk dlm air tu mmg dari hadis yg sahih

Telor Power berkata...

rasanya ini dah betul tapi nak kepastian kena rujuk yg pakar lah. mcm para alimin dan ustaz2 serta ulama

Yumida berkata...

indahnya klo semua tu kita leh bt..tp sy sllu mkn hingga merasa betol2 kenyang...eee..tamak tol..haha

LYAfrina berkata...

tq 4 sharing..info sgt2 bhrga

semutsengal berkata...

seronok bila dpt tambah pengetahuan pasal sunnah.



=)

insan marhaen berkata...

makan sebelum zohor. lepas kenyang selalunya mengantuk. lepas solat zohor, tidur.

ikut sunnah, kononnya.

Aine Ainun berkata...

Info sgt baik....

Erm, saya sgt suka makan mak yg panas2..kalo sejuk x suka...

Nampaknya.....
Kena cuba berubah....

si kiut lavender berkata...

cara minum tulah yg selalu sgt gagal nak buat....klau minum mmang suka minum satu nafas habis satu cawan..hehhee

kiwi berkata...

thnks for sharing info ni..hihi..cuba jgk nk ikut slow2..^^

Unknown berkata...

teruskan berkongsi ilmu yang bermanafaat seperti ini =)

mie berkata...

alamak!!
cara gue banyak salah..
thankz kerana saling kongsi mengngsi..

CIK TOM berkata...

info yg bgs..boleh cuba dipraktiskan dlm kehidupan seharian..

Addien berkata...

Assalamualaikum, ada yang tepat dan ada sedikit dari entri yang tidak tepat..tapi banyak yang benarlah berdasarkan sunnah dan hadith..

tahniah atas keprihatinan terhadap sunnah , semoga istiqamah dalam mengamalkannya, barakallahufikum :)

p/s- rujuk syamail muhammadiah untuk maklumat lanjut sifat makan Rasulullah :)


jemput ke laman WADi untu menimba dan menyebarkan ilmu insyaAllah.

Wujudkah Isi Dan Kulit Dalam Ajaran Islam ?

والله أعلمُ بالـصـواب

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Jom amalkan.. :)

A retarded kitty berkata...

tengah cuba amalkan

mummyrinazone beauty berkata...

cuba amalkan..tak taupun ttg lalat 2.tq sangat sudi kongsi

Cik Jannah berkata...

wah terima kasih share entry nie. insyallah jannah cuba amalkan sunnah2 tu.

Unknown berkata...

bab mkn buah tu..kadang2 terlepas pandang gak..pas abih mkn nasi baru dok makan buah yg ada..sedangkan sepatutnya seblm makan makanan berat kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...