Lady nak kongsikan bersama sahabat di sini.. Berkaitan dengan aurat wanita.. Lady edit sikit2 ayatnya..
Kawan A : Pernah tak kau terfikir satu perkara?
Kawan B : Ape??
Kawan A : Hmm.. pakaian aku ni xsempurna tutup aurat.. macam x tutup jerk..
Kawan B : Ko jangan cakap camtu. Aku pun..
Kawan A : Aku kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Tudung pakai camtu-camtu je. Tak pakai anak tudung.. Tak pakai stokin. Ak risau la.. dah la kadang2 aku pakai baju sendat.. macam x pakai baju..
Kawan B : Kiranya kau nak cakap yang kau dah tak selesa la erk bila pakai camtu??
Kawan A : Hmm.. Aku tingin nak berubah sebenarnya.. Tapi.. aku risau orang tak leh nak tima perubahan aku nanti. Ko tau kan geng kita tu camne.. Fashionable..
Kawan B : Bagi aku, kalo ko betol-betol nak berubah go ahead. Aku faham apa yang kau cakap tu. Memang dah tanggungjawab kita kan tutup aurat. Tapi, kau dulu la berubah. Aku tak dapat hidayah lagi. Tak sampai seru orang cakap.
Kawan A : Aku bukan nak bagi ceramah dekat ko.. Tapi, aku pernah tepikir camni tau. Konon-kononkan kita pegi jalan-jalan kat mall mane-mane la kan, dalam keadaan kita tak tutup aurat. Nak dijadikan cita, sampai sudah ajal kita time tu. Kita maybe accident or mati dengan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat nak mengucap and mati dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tak tutup aurat. Sebab aritu aku ada baca kat fb, ustaz mane tah cakap, "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)
Kawan B : Amboi ko, sekali ngan hadis kau kasik erk.
Kawan A : Aku cuma nak bagi evidence je. Kau jangan salah faham pulak. Hmm.. Kalo nak tunggu hidayah, memamg takkan datang free-free. Kita kena carik hidayah tu. Aku rasa kita kena berubah sekarang.
Kawan B : Diam..
Kawan A : Aku takut hidayah atau pun apa yang aku dan kau rasa sekarang ni, cuma datang sekali saja. Rugilah kita kalo tak sambut seruan Allah ni. ="(
Kawan B : Aku pun rasa camtu gak. Tapi, aku tak tau nak start camne.
Kawan A : Apa kata kita start dengan stop pakai baju lengan pendek, seluar ketat.. Then, kita cuba pakai tudung yang tak jarang and menutup dada. Pastu kita biasakan diri dengan pakai stokin pulak. Amacam??
Kawan B : Okey jugak cadangan kau tu.. Aku setuju. Insya-Allah. Mudah-mudahan kita mampu berubah menjadi yang lebih elok. Amin.
Kawan A : (Tersenyum) Insya-Allah. Kalo kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. Amin. Permudahkanlah kami Ya Allah.. Jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia.
P/s : Kepada yang ada terdetik di hati untuk lebih menjaga diri dan menutup aurat selengkapnya, lakukanlah perubahan tersebut. Ingat. bukan redha manusia yang kita cari. Bukan manusia tu yang akan bagi kita masuk syurga atau neraka.
Tabahkan hati. Mohon lah pada Ilahi. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sapa yang betol-betol berkeinginan, Insya-Allah Allah akan tolong. Percayalah.. moga Allah redha.
"perempuan yang memelihara auratnya memang awesomeee !"
Sumber : abcpenahatiku
32 ulasan:
betul tu..jagalah diri baik2 naa.. ^_^
haah, berubah lah secara..perlahan2, Insya Allah berkekalan :)
Suka dialog di atas...
redho dan rahmat Allah yang kita harapkan
thanks sis sharing bende ni..tersentuh hati membaca nyer
yang tak tutup aurat, cepat2 tutup..yg dah bertutup, jaga akhlak..kesempurnaan adalah milik wanita solehah
yayaya,
mgkin yang terdetik tu lah hidayah Allah kan.
siapa tahu =)
btol tu, kadang kita nk berubah tp tkut pd ape org kata...huhu
Apapun,mesti nawaitu lillahi taala, baru awesome!
tutupa aurat wajib.. :)
berimaginasi video ustad azhar. hehe
Alhamdulillah sekiranya terbuka pintu hati ke arah kebaikan. :)
selamat beramal....
biasalah orang kita buat sesuatu takut org lain kata bukan takut Allah murka!!
tq 4 sharing sis..=)
semoga kita sentiasa mndapat hidayah drpNya..:)
Ungu dh bg tau kat kiut lavender dah..:)
jujur skl ckap memang skl nak berubah.meskipun tlah bertdung litup..tapi tetap terasa kekurangn...cam da benda yg xkena..
terdetik jugak nak berubah..klau kluar pkai stokin then hand sock...tdung size xxl...tpi bila disuarkan pda insan terdekat digelak oleh skl...sadis woowoot..
nak brubah nih boleh,,bila2 masa boleh cuma bgi insan yg lembik cam skl nih memang memerlukan supportive dri skeliling..xtermampu owt nak berubah sendri...
ungu dah sampykan pesan..skl xpasan pun hal nih..ada cdangan x?
kongsi artikel ni kat fb. :)
moga kita semua makin improve.. :-)
bukan setakat menjaga aurat, akhlak pun kena jaga.... (n_n)
Assalamualaikum Lady
kalau cerita ini benar
moga A dan B dlm pemeliharaan Allah hendaknya
Tuto aurat adalah kewajipan dan bukannya pilihan.
doakan aku...
Semoga semua mendapat manfaat.. InsyaAllah...
Hidayah sudah Allah berikan kepada setiap orang....
5 hidayah bagi seorang muslim....
taufiq .. memang kite kena berusaha ... untuk mendapat taufiq.. lakukan segala hidayah yg Allah dah berikan kepda kita...
salah satu hidayah kita.. termasuk hidayah islam ...
sebagai islam wajib menutup aurat dengan sempurna.. no compromise!!
usah berdalih menyalahkan hidayah @ taufiq bila tidak mahu membuat kewajipan...
hidayah Allah dah lama beri.. sejak lahir islam... ttp nafsu membakar diri.. hingga terlupa berjalan di bumi yang milik Allah.. ttp engkar kepda Allah..
*** Mungkin saat terakhir sebelum di masukan ke dalam kubur baru mereka yg banyak memberi alasan untuk menolak kewajipan ini akan merasa menutup aurat dengan sempurna
Assalamualaikum, entri yang baik sekali, moga istiqamah hendaknya, amin. Hadith diatas tidak lengkap, diambil dari pertengahan sanad, namun ia tidak menjadi kesalahan. saya bawakan matan hadith tersebut untuk rujukan:
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ: صِنْفَانِ مِنْ اَهْلِ النَّارِلَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِيَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلَاتٌ مَاىِٔلَاتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَاىِٔلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَاتَجِدْنَ رِتْحَهَا وَاِنَّ رِتْحَهَا لَيَوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَاوَكَذَا. رواه مسلم
barakallahufikum
Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak
Wajib hukumnya berdosa kalau x buat..........nauzubillahminzalik!
klu dha niat kena buat heee..tapi org skrg tutup aurat sb fesyen..ttp para dada tak ada apa2 makna klu still nama pk bonggol dua hurm..sush2 klu org bertudung byk alasan nak ttp dg sempurna..
Assalamualaikum...
Menutup aurat itu hak Allah, jika golongan wanita gagal menurut perintah ini maka mereka mengundang bencana yang besar di alam barzakh nanti..
merenung diri sendiri...dah sempurnakah aku menutup aurat??insyallah..perlahan2...
MASIH DLM USAHA MEMPERBAIKI DIRI..
Islam itu mudah. Selalu gunakan pendekatan apakah hikmah dan balasan kebaikan apabila menutup aurat. Ini selalu Ustaz dan Uztazah berpesan supaya memberikan gambaran indah balasan di akhirat nanti.
Bila dah terdetik dpt hati nak berubah, itu pun dah dapat pahala, paling penting jangan buat sesuatu perubahan (wpun utk kebaikan) disebabkan paksaan. Lebih baik dibuat atas kesdaran dan redha
Catat Ulasan