1. Mil Oat dan Kulit Oat (Bran Oat)
Mil oat mengandungi serat
mudah larut yang mengurangkan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL),
iaitu kolesterol tidak baik. Serat larut juga boleh didapati dalam makanan
seperti kacang merah, epal, buah pear, psilium, barli dan buah prun.
2. Ikan dan Asid Lemak Omega-3
Kajian
telah menyokong bahawa memakan ikan berlemak boleh merendahkan tahap
kolesterol kerana asid lemak omega-3 yang tinggi. Asid lemak omega-3
juga mengurangkan tekanan darah dan risiko darah bergumpal. Bagi pesakit
jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 mampu mengurangkan risiko
mati tiba-tiba.
3. Walnuts, Badam
Kajian telah
membuktikan walnuts boleh mengurangkan kolesterol darah. Kaya dengan
asid poli tak tepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah
sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam, menunjukkan satu peningkatan
ketara dengan hanya empat minggu.
4. Minyak Zaitun
Minyak
zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh
mengurangkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar
kolesterol baik (HDL). Disarankan mengambil dua sudu makan (23gram)
minyak zaitun sehari. Boleh juga gunakan minyak zaitun dalam masakan.
5. Makanan yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan atau stanol
Makanan
yang diperkuatkan ini mampu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin,
jus oren, dan minuman yogurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan
boleh mengurangkan kolesterol LDL lebih 10%. Amaun sterol tumbuhan yang
diperlukan setiap hari ialah sekurang-kurangnya 2 gram, sama dengan 237
mililiter jus oren yang diperkuatkan oleh sterol tumbuhan.
30 ulasan:
Assalamualaikum Lady
selalu makan oat 3 in 1...he he
terima kasih penerangan
oat mmg terbukti berkesan menurunkan kolestrol..pengganti nasik...ikan tu mmg ikan berkualiti n mahaiiiii..yg ke-5 tu yg x tahan..sdap wooooooo
Suka sungguh bab ni lady bird;)
Sarapan pagi saya sebelum tempat kerja adalah oat. oat terbukti penyerapan lemak umpama span sepanjang saluran penghadaman.
thanks ladybird...pasni nak cari olive oil dan oat. hehehe mmg skrg makan benda2 begini jer.nak kasi LDL tu ke tahap bawah giler.
tu minyak zaitun bagus sgt tp mahal.. :)
Roasted almonds as snacks, asyikk..
stenol tu baru first time dgr. Nnt kalo nak beli yogurt or marjerin kena check la dulu. Thanks ladybird.
suka makan ikan. bukan sahaja berkhasiat,bagus untuk otak tapi sedap pulak tu...thank u for sharing.tapi yg xsuke makan mil oat tu la...walaupun bagus, tapi mm...tasteless.... :'(
mujo laa kite suke mkn walnut.. hihi
nice info lah.. thanks ye.. :)
Salam LB..
Mknn kesihatan sume mahal.. :)
Alhamdulillah. setakat ini ana makan semua nya yang halal dan dengan gaya hidup yang sihat, Alhamdulillah tiada masalah... :)
adapun makanan yang disenaraikan oleh ukhti memang diakui kebaikannya..mabruk :)
Hadith Maudhu' 02: Tuntut Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad
oat..akka takleh telan kalau mcm tu ja...blend dgn epal baru leh jalan hehe...
kurang kolestrol, kurang risiko pnyakit jantung yaww !
asalam lady..acik dah 2 bulan sekali kena ambik darah untuk kolesterol.dah 7.5 kolesterol nya.
sis sweet lady.....tertunggu2 gak jwpn tentang teka teki bulan n awan tu...terseksa batin ni menunggu :)
oat...hanya mampu bertahan untuk 1 tahun saja.dan selepas itu,mulai jemu dan muak -_-"
oooo...
kena amalkan ni..
selalu amik pil salmon yang de oega 3 je..
ehehee
Salam, lady, buat la craft felt tu. boleh tenangkan hati. Beli kain tu kat internet. Saya beli kat http://www.mycraftnhobbies.com/
kalo guno minyak zaitun utk mkn sedap ke tak ek??
akak kalau ikan makanlah..tapi bukan ikan yg kat gambar tu hahahaha...
Semua jenis makanan yg bukan dari negara kita. Sebenarnya makanan/hasil tanaman kita juga berkhasiat utk kesihatan tp kurang pendedahan dan kajian saintifik.
badam tuh mmg bgs, org yg cerdik pndai di dunia ini mereka amalkan mkn badam dan juga kacang, tp tak tawu plak kacang per
feel free to visit me at speechless009.blogspot.com
http://wanwidget.com
terima kasih
NAK TRY MAKAN OATLAH NNT SBB NAK TURUNKAN KADAR KOLESTROL DLM BADAN..*__*
akak..minyak zaitun tu kalau minum camtu bole ke?or dia rasa cam minyak biasa je?hehe
atok amalkan makan quaker oat tiap2 pagi
ok akak akn pilih aiskrim dari skng.. haaahahahhaha.... thnks untuk info ini
Info yang best.
TQ dear.
Mmg apa pon, lebih baik amalkan makanan yang semulajadi untuk mengurangkan kolestrol dalam darah.
IbuCergas
Catat Ulasan