Jumaat, 15 Oktober 2010

Lalat oh Lalat

Kali ni lady nak citer sal mikroorganisma baik lak.. sebab en kuman terasa hati dengan lady kerana lady asyik citer sal "kuman" jahat jerk.. sedangkan "kuman" baik pun ader.. Maaf yer en kuman... Oleh sebab itu, kali ini lady akan menceritekan pasal (kuman) mikroorganisma baik lak.. Allah ni maha adil, Dia menciptakan yang 'jahat' dan yang 'baik'.  Setiap sesuatu itu diciptakan supaya manusia berfikir dan bersyukur dengan setiap kejadian-Nya. Kali ini, lady akan menceritekan kisah virus yang dibawa oleh lalat.

Lalat biasanya dikenali sebagai agen penyebar mikroorganisma pelbagai jenis penyakit. Antaranya kolera, diare, disentri, tifus, dan virus penyakit saluran pencernaan. Mikroorganisma yang melekat di kaki, sayap, akan ditinggalkan  pada makanan apabila lalat tersebut hinggap pada makanan yang terhidang. Disebabkan itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang tidak ditutup untuk mengelakkan penyakit menular disebabkan oleh pembawaaan lalat. Walau bagaimanapun, terdapat hadis sahih daripada Rasulullah saw yang  berkaitan dengan lalat.
"Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya" 
(HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
"Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya obat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan obatnya"
(HR. Ahmad, Ibn Majah)

Ulama Islam membolehkan meminum air itu dengan syarat lalat yang jatuh harus dibenamkan lebih dahulu. Sedangkan para doktor menolaknya, mengharuskan agar air itu dibuang saja.

Di sisi yang lain, hal ini juga menjadi isu menarik bagi orang  bukan Islam untuk memperlekehkan ajaran agama Islam tentang hadis mengenai lalat ini sehingga masalah ini menarik untuk dikaji.

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di dalam perut lalat.

Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk koloni yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh mikroorganisma penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Pada tahun 1947, Ernestein juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa Fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai jenis bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Mikroorganisma yang dapat membunuh bakteria itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh bendalir. Bendalir ini  akan menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma "baik" sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma "baik" dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.

Begitulah keistimewaan lalat diciptakan.. Lalat  yang dulu terkenal dengan penyebar "kuman" jahat dan sekarang telah terbukti juga merupakan pembawa agen penawar kepada penyakit. Kalau tidak salah lady, sekarang penyelidik sedang membuat penyelidikan berkaitan mikroorganisma 'baik' tersebut untuk digunakan dalam perubatan moden.  Semoga suatu hari nanti, ia  mampu membuka mata golongan bukan Islam untuk menerima Islam.

p/s : Diolah kembali oleh LadyBird bersumber rujukan internet.

25 ulasan:

CIK TOM berkata...

wah info yang memang berguna..
kalau xde lalat..
berlambak2 la sampah di muka bumi ni..
kita kena bersyukur dan menghargai semua yg Allah ciptakan tue ade kelebihannya..

L Bro M berkata...

uiiit, jgn sebut kuman2,, sensitif sbb masik sy kecik2 budak2 suka panggil sy kuman hehehe

Unknown berkata...

waaaa... ada entry unutk kuman baik.. sib baik aku kuman baik (cewah) trimas trimas... kena mai selalu nih.. slalu mmg buang jer air yang dah m=dimasuki lalat nih.. geli...
Kuman "isteri." Entry

sud@is berkata...

indahnya ciptaan ALLAH, diciptanya sesuatu yang beracun dilengkapi dengan penawarnya

LadyBird berkata...

Tomato :
Kalau xde lalat, pasti dunia xkan seimbang.. pasti org suke buang sampah merata2 sebab xde lalat yg akan menghurung..

Bro M :
Kenapa? adakah perangai bro M macam kuman? :P

LadyBird berkata...

Kuman :
kalau lady pun.. lady geli dah nak minum.. lady buang jerk.. tapi kalau org miskin yg xde air dah.. kene buat seperti hadis tu la.. leh minum lagi.. kuman semua dah mati.. :)

Sudais :
betul3x..
Allah cipta penyakit beserta dengan ubatnya..

Jemanberagas berkata...

semua benda ni ade baik & buruk nye...bagi aku baik buang je air 2...bukan xde air lain atau xde lagi air pas 2...utk mengelak kan malapetaka...

LadyBird berkata...

gdoupt :
lady akn buang.. tp bukan tkt malapetaka.. tapi sebab geli.. x sanggup untuk minum air tu..

Tanpa Nama berkata...

menarik...pas tue ulat lalat nie bole mkn bakteria buruk..tgk kat majalah 3 ari tue.huhuhu..

mehmed berkata...

MEHmed™ minum je...
sedaaapppp...


hahahahha =.="

LadyBird berkata...

RuSd D :
Lalat leh makan bakteria buruk?
ermmm... ye ke RuSh D..
nanti lady search..

mehmed :
mung minum lu depan aku..
pas tu aku follow..
hahahahaha..

Tanpa Nama berkata...

bkn lalat.. ulat drpd telur lalat..

nie ada cite cikit..

http://aarecomel.blogspot.com/2010/07/ulat-lalat.html

LadyBird berkata...

RuSh D :
ooo patutpun rasa mcm x logik tadi..
confuse jap..
tQ ye en RuSd D, nanti lady gi baca di situ :)

Unknown berkata...

kak lady!
i've learn genetics, but we only views lalat buah, the drosophila melanogaster... boleyh applied ke rase2nye?
the disgust side is, banyaaaaaaaaaaaaak sgt kutu kat punggung die, kdg smpai atas syp..

(im so 'allergic' bila lalat buah yg kecik tu hinggap food) heeeehe

sy ade gambo lalat kat durian, cantik, ade kat facebook...feel free to see=)

LadyBird berkata...

Syami :
akak wat huraian tu bersumberkan internet.. seumber tu x menyebut lalat spesis ape.. bergantung kepada spesis kot..

hahaha.. akak gune lalat buah jugak.. yg kecik2 tu.. tp tak checkla plak gutu dier.. just tuk tujuan mengawan jerk.. mata merah ;)

mane link facebook syami.. akak nak tgk..

Mario berkata...

wah bagus lady ni...thanks ye... ingat jgk pasal hadis tu tapi baru tau ada kajian ni...hehe

LadyBird berkata...

Mario :
mario puji2 ni , lady xde hadiah nak bagi ni.. :P
keh keh keh..
xdela bagus.. just nak share pengetahuan jer.. sikit2..

YuSeNzE - KniGhT berkata...

tak kire.. tetap nak tegur pasal ejaan.. nyampah je baca penulisan dengan ejaan yang nampak seakan mengada2 walaupun isi kandungannya menampakkan unsur yang bermanfaat..

Encik MamaT berkata...

dalam sunnah ada kejayaaan... :D

LadyBird berkata...

Yusenze :
Terima kasih Saudara Yusairah di atas teguran itu. Akan diperbaiki dari semasa ke semasa. :)

(p/s : ada aku kisah :P )

Encik Mamat :
betul2 :)

Unknown berkata...

link fB, lalat ehh..jap
...
http://www.facebook.com/?sk=messages&tid=1438603438262#!/photo.php?fbid=1532237705334&set=a.1496768778633.67004.1216526729

LadyBird berkata...

sYami :
xleh masula dik.. die tulis cenggini :

"This content is currently unavailable"

kucokelat berkata...

seyes tak suka lalat taw!!

LadyBird berkata...

Qu :
lady pun xsuke llt.. :) tp x benci lalat :)

Adam berkata...

Hehe. lalat2. Dalam racun, ade penawarnye kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...