Friday, October 1, 2010

Antibiotik oh Antibiotik

Pasti kebanyakan daripada kita pernah ke hospital/ klinik kan? Apabila pulang daripada hospital atau klinik pasti dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat, termasuklah antibiotik. Dan Dr. pasti akan berpesan untuk menghabiskan antibiotik tersebut mengikut waktu2 yang ditetapkan. Dulu lady pernah dijangkiti bakteria disebabkan tidak menjaga kebersihan sewaktu bertugas. Sebenarnya bukan disebabkan tidak menjaga kebersihan, tetapi disebabkan kecuaian yang sedikit, dan kesannya banyak. :P hihihihi

Kali ini lady nak bercerita tentang antibiotik. Adakah antibiotik ni adalah sejenis ubat? Kenapa antibiotik perlu dihabiskan? Kenapa antibiotik perlu diambil mengikut bilangan jam yang telah ditetapkan? Penyakit yang bagaimanakah memerlukan antibiotik? Apakah kesan jika antibiotik diambil dengan berlebihan? Adakah antibiotik sesuai diberikan untuk semua lapisan umur?

Antibiotik adalah sejenis ubat yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia akan membunuh bakteria yang menjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk kepada tubuh itu sendiri. Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh bakteria,  ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan membahayakan tubuh kita. 

Antibiotik digunakan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan bakteria sahaja. Ia tidak dapat merawat penyakit yang melibatkan jangkitan virus. Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada cara ia bertindak samada membunuh bakteria (bactericidal) ataupun merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut.

Kebiasaannya, antibiotik boleh diberikan kepada semua golongan, termasuk kanak-kanak. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan.

Antibiotik perlu dihabiskan mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk memastikan bakteria yang dijangkiti dapat dihapuskan sepenuhnya. Andai tidak dihabiskan  dibimbangi bakteria tersebut akan rintang terhadap antibiotik yang diberi dan tidak akan berkesan jika jangkitan berulang berlaku.  Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.

Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku. Kesilapan dalam pengambilan antibiotik boleh menyebabkan kematian. Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, badan mempunyai sistem keimunan yang secara semulajadi berperanan untuk melawan jangkitan penyakit. Merangsang keimunan badan sendiri jauh lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan. Pengambilan ubat-ubatan secara berterusan boleh menyebabkan keimunan badan menjadi lemah dan badan perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat. Untuk merangsang sistem keimunan badan sendiri supaya mampu bertindak balas dengan baik terhadap penyakit, amalan hidup yang sihat diperlukan.  Amalkan pemakanan seimbang dan sentiasa melakukan aktiviti fizikal perlu diamalkan.
p/s :  Saya hanyalah seorang pelajar, jika salah tolong perbetulkan yer.. peace.

Rujukan :
Kesan Sampingan Antibiotik
Antibiotik, Satu Perkongsian
Kerintangan Antibiotik

20 comments:

Encik MamaT said...

sekarang encik mamat dah tak makan ubat kemikel dah.... cari alternatif lain pulak... hehe...

LadyBird said...

Encik Mamat sakit ape? kalau x mkn ubat nanti sakit tmbh parah lak kan.. bahayo yop..

YuSeNzE - KniGhT said...

alamak!!! tak pernah abiskan pon.. hahha..

patot la kurus..(-_-") hurm...

LadyBird said...

yus aka yusairah :P :
xde kaitanla ngn kurus.. yus kurus sebabbbbbbbbb.. hehehe, xnak sebut.. kui3x..

wachak said...

Kesian yus. kat cni pun dia kena ... keh33
Dulu masa muda2 leh ar tahan serangan penyakit tapi bila umur dah meningkat terpaksa juga amek antibiotik ni. yg paling penting kena habiskan lah.

LadyBird said...

wachak :
hahaha..tu la pasal.. dah tua, xnak ngaku tua :P
wachak pun x habiskan antibiotik ke?

LuVidA^^ said...

salu x penah abes antibiotik ni.. huhu.. banyak sangat

RuSh D said...

RuSh D baru jer baek dari deman ngan sakit tekak..x sempat merasa antibiotik..huhu..

LadyBird said...

Luvida : kalu dah mule makan, better habiskan.. kalau tak nanti bakteria yg menjangkiti tu akan termutasi.. bukan effect kat luvida seorang, malah org sekeliling. Bakteria tu jd rintang dan jadi semakin kuat.
byk ke ek? biasanya dr akn bg untuk 3 hingga 7 hari jerk.. xkan lebih.. kecuali jika bakteria tu telah rintang disebabkan x ikut aturan dr.

LadyBird said...

RuSH D :

Kalau x silap lady, sakit tekak disebabkan virus, so dr xkan beri antibiotik. :P so xyhla mkn antibiotik :D.. antibiotik hanya tuk jangkitan bakteria only. :P

p/s : kesian RuSh D demam.. sabar yer.. :)

RuSh D said...

owh..mcm tue tp mmg x dpt ubat pn sbb x pergi klinik@hospital..haha..x larat nk bgn smlm..terbaring jer..mkn ubat panadol pas tue tdo..
thanx ladybird..

nuriz said...

kalau kurang vitamin kena amik antibiotik le selalu kena selsema lelama tu doc suh amik antibiotik sbb nak tolng badan kita yg lemah

LadyBird said...

akak, kalau selsema.. akak makan buah limau banyak2.. limau byk vitamin c..

liza sahab said...

salam,
hi, lady, akak suke blog lady. btw akak nak tanya, lady ambik course pharmacy ke.

LadyBird said...

Liza Wahab:
tQ kak kerana suke blog lady.. jazakillah..
lady ambik Mikrobiologi kak.. tapi kehidupan lady xlekang daripada ubat.. so lady berminat tuk berkongsi di blog ni..

liza sahab said...

ohho lady di micbio. akak di Pharmacy that's why akak tanya. boleh la kita kongsi ilmu yg ade. and tQ cz been my follower di blog bodoh2 tu. haha

LadyBird said...

Liza :
insyaAllah kit pakat kongsi di sini.. :) saling sebarkan ilmu.. :)

Anonymous said...

bagus juga tu hahaha..... >_<

Eqa Zulaikha said...

Hmmm kena habiskan ker?.. selalu tak habiskan..klu yang tablet tu boleh lah nak makan n habiskan..kalau yang minum..alahai....

Eqa Zulaikha said...

Hmmm kena habiskan ker?.. selalu tak habiskan..klu yang tablet tu boleh lah nak makan n habiskan..kalau yang minum..alahai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...