Friday, October 22, 2010

Air Kencing Tikus

Melihat tajuk pasti ramai yang sudah tahu berkaitan dengan penyakit "Air Kencing Tikus". Kali ini Lady terpanggil untuk membicarakan berkaitan dengan penyakit Air Kencing Tikus atau dalam bahasa perubatan dipanggil leptospirosis.

LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup di dalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup di dalam air laut.

Pada musim hujan dan banjir, penyebaran bakteria ini semakin meluas dan mudah menjangkiti manusia. Air/ tanah yang mengandungi bakteria leptospira akan menjangkiti manusia melalui permukaan kulit yang terluka, selaput mukosa mata dan hidung yang boleh dijangkiti ketika membasuh muka dengan air yang telah tercemar. Ia juga boleh dijangkiti melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh bakteria leptospira.

Selain daripada tikus, haiwan lain juga turut merupakan  agen penyebar penyakit ini. Namun begitu, tikus merupakan agen utama dan sekaligus penyebar utama penyebab leptospirosis. Beberapa jenis haiwan lain seperti lembu, kambing, kuda, babi, anjing dapat terserang leptospirosis, tetapi potensi haiwan-haiwan ini menularkan leptospirosis ke manusia tidak sehebat tikus. 

comelnye cik tikus ni.. gebu..
Gejala awal infeksi leptospirosis pada manusia antara lain adalah demam tinggi, menggigil, sakit kepala, badan lemah, muntah, mata merah, dan sengal otot. Gejala ini tidak spesifik dan seringkali menyerupai gejala penyakit lain seperti infeksi saluran pernafasan dan demam berdarah. Oleh sebab itu kadangkala sulit untuk mengesan penyakit tersebut. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara empat (4) hari ke sembilan (9) hari selepas jangkitan.  

Gejala-gejala khas leptospirosis seperti warna kuning pada mata dan kulit, ngilu pada betis, serta perdarahan pada air kencing akan timbul setelah bakteria tersebut menguasai badan pesakit .  Kegagalan Ginjal (buah pinggang), jantung berdebar-debar tidak menentu, membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pesakit akan merasa ngilu, batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan, pencernaan, buah pinggang, alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan, lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir.

Untuk mengelakkan jangkitan, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.

Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda, membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran. Pastikan makanan dalam tin dibersihkan dahulu tinnya sebelum digunakan terutama sekali untuk tin minuman.

p/s : Kawan sebaya lady telah meninggal disebabkan penyakit ini semalam, Khamis, 21.10.2010 dan telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameeennn..


Rujukan :
http://www.teratakarmo.com/2010/03/virus-kencing-tikus-leptospirosis.html
http://www.wartamedika.com/2009/02/penyakit-kencing-tikus.html
http://carca-marba.blogspot.com/2010/03/virus-rats-pee-atau-virus-kencing-tikus.html

31 comments:

a i d a said...

clasmet sy pun masuk ward br2 ni sbb suspected penyakit lepto ni..tp alhamdulillah suspected je..hmm..teringat kt arwah Din Beramboi..

p/s: Al-Fatihah buat beliau dan sahabat sis LadyBird..

LadyBird said...

aida :
Terima kasih aida :) semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg trpilih..amennn..

Tomato Gurl's Life said...

rupanya wabak air kencing tikus ni tak reda lagi?al-fatihah untuk kawan ladybird..

LadyBird said...

Cik Tom:
ye cik tom..
tp skrg ni x tahu lagi mcmn die leh kene jangkitan..

tetibe rs takut lak..

She's retarded said...

takziah untuk kawan cik lady.
bahaya jugak kencing tikus ni sampai membawa maut

LadyBird said...

She's retarded :
doakan die agar di tempatkan di kalangan org2 yg beriman yer.. tQ..

Fello Ariza said...

tringat kisah kawan fell dlu dier cter. pak cik kepada kawan dier mniggal sebab penyakit nih. dorg suspek kencing tikus tme dier minum air dalam tin. dier x gne straw & basuh penutup tin tuh..

Al-Fatihah buat kawan miss..

Black_roses92 said...

makin parah ye benda ni.. ingat kan dah reda dah ok.. huhu. takziah tuk keluarga kawan tu..

maCy said...

risaunya dengar byk kes.
dulu ada kakak ipar cerita mati kena, jz sbb mnum susu tin yg tak dibasuh penutup atsnya~

semoga arwah tenang di sana..
al-fatihah..

iszieylyanziy said...

alfatihah

YOUsoF said...

Innalillah..

*same² la kita waspada kan kak.. ;|

dunspeak♥ said...

bahya kan penyakit ini..

al-Fatihah untux arwah :)

Yuni Aisyah said...

al-fatihah...kena jage2..pastikan kebersihan kte dan keluarga terjamin..

l bro m said...

wuuuu bhaya la cik tikus ni kan

LadyBird said...

Fello Ariza :
oo.. maybe tikus yang telah dijangkiti terkencing di situ..
al-Fatihah jugak tuk kawan pakcik fello..

LadyBird said...

Black Roses :
seperti semakin menular je kes ni..
membimbangkan..

MaCy :
kes2 mcm tu la kebiasaannya,..
x menjaga kebersihan.. tapi kdg2 kite pun buat mcm tu jugak.. tapi kalau minum air tin tu, kalau malas sgt nk basuh, minum pakai straw lebih selamat, insyaAllah.. sebab bakteria ni duk luar je kan MaCy..

LadyBird said...

iszieylyanziy :

tQ iszieylyanziy.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..ameeennn..

YOUsoF :
Innalillah.. yer dik YOUsoF.

dunspeak♥ :
al-Fatihah.. bahaya jugak.. lehbawa maut.. moga kite terlindung daripadanya..ameeennn..

LadyBird said...

Yuni Aisyah :
yer Yuni, kene jaga kebersihan betul2 di lebih2 lagi musim penularan wabak penyakit ni..

Bro M :
Bahaya dik, haiwan lain yg dijangkiti bakteria ni pun bahaya dik.. huhuhuhu.. LadyBird je belum bahaya lagi..

nur said...

takziah.. sama2 kita menjaga kesihatan

ALL IN ONE

LadyBird said...

Nur :
Terima kasih nur.. semoga kita semua dihindari daripada penyakit ini. ameeenn..

Cik Aien said...

Al-Fatihah.. xsangka boleh jadi penyakit yg mmbawa maut kan.

LadyBird said...

Cik Aien :
ye la ain, skrg semua bakteria/ virus dah termutasi.. kalau dulu ia tak mampu nak membunuh manusia, skrg dah menjadi sebaliknya.. semua dah rintang..

Asma Jalalyna said...

hamster? saya ada hamster... huhuuu... xsama kan?

LadyBird said...

Asma :
hihihi..kalau hamster tu dijangkiti oleh bakteria tu..maksudnye ia pembawa dan merbahaya jugak.. :P

dik, x semua tikus bahaya.. :) hanya tikus yang telah dijangkiti bakteria brkenaan shj merbahaya kepada kite..

Abhamz said...

salam, sungguh menarik n3 ni, penting utk kita ambil panduan bg mengelakkan terkena jangkitannya.

takziah atas kehilangan kawan..

saya follow blog yg menarik ni n klu sudi follow saya pulak...tq

Ckin Kembaq said...

tak suka..huhu geli maa..

LadyBird said...

Abhamz :
a'ah.. kene sentiasa mengambil langkah berjaga2..

lady dah follow blog awk semalam :).. terime kasih sebab sudi follow blog lady yer.. :)

Ckin Kembaq :
hihi.. akak suke :P.. comel.. cute..

budak_nakal said...

al-fatihah

AngahSayang2314 said...

lady kenapa nie... sedih jer.. jgn la.. sedih2 ye.. apa yg penting bangkit terus ke hadapan... aduhh jgn macam nie

LadyBird said...

budak nakal :
tQ ye dik nakal..

Angah :
ni komen tuk entry "Jangan Kau Tangisi" kan angah? :)
Lady x sedihla angah, lady gembira sebab akhirnyta lady mampu bangkit dari kekecewaan :D..
yes, i like :P.. hihihihihi

fatinamaLinasHukri said...

tgn die cam mnusia ek :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...