Sunday, October 3, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak


Tadi lady gi jalan2, baca2 kat iLuvislam.com.. tengok2 web baru.. kemas.. cantik.. tersusun.. Tahniah kepada semua team iLuvislam kerana bekerja keras tuk menjadi wadah kepada para remaja muslim terutamanya sebagai medan dakwah dan diskusi. Semoga dirahmati Allah hendaknya.

Sambil2 jalan2 tu, lady tertarik dengan artikel berkaitan dengan saraf yang melibatkan otak. Lady kalau hal2 yang melibatkan saraf ni, lady lebih tertarik.. sebab saraf ni memainkan peranan yang penting dalam tubuh manusia. Kerana kerosakan saraf yang sedikit menyebabkan organ2 tertentu tidak mampu berfungsi dengan baik. Walaupun hanya kerosakan yang sedikit. Lady ada satu kisah tentang saraf ni.. tapi lain kali lady citer.. skrg lady nak kongsi artikel saraf ni dulu. Jom sama-sama baca.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

.....................................................................................................................................

p/s : Petikan ini lady ambil daripada laman web baru iLuvislam.
Dijemput semua sama2 memeriahkan forum iLuvislam baru yang telah beroperasi sepenuhnya bermula pada 1 Oktober 2010.
Jika terdapat sebarang artikel yang ingin dikongsi bersama pihak iLuvislam, boleh terus emailkan di iluvislam.artikel@gmail.com.
Marilah kite jadikan iLuvislam sebagai medium/ wadah untuk berkongsi ilmu dan mengukuhkan ukhwah di kalangan masyarakat. 

10 comments:

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

bguss...tnks kongsi..x la nakal sgt pas nie

LadyBird said...

sama2 dik..

hehehe, x salah nakal.. akak suke budak nakal..

Fello Ariza said...

suke bace nih miss :)

RuSh D said...

btol jugak ada ustaz tue cakap.. dia cakap kalo x nk nyanyuk baca al quran slalu..sbb nyer al quran kn byk ayat yg kita ulang2..tue yg otak jd aktif. wallahualam..

LadyBird said...

Fello Arizza :
tQ fello :D

RuSh D:
betul2, lady pun selalu dengar mcm tu.. bukan sekadar bc al-Quran.. baca buku2 pun boleh, untuk merangsang saraf otak bekerja.. kalau x digunakan nanti ia "lumpuh" lak..

Tomato Gurl's Life said...

betul2..lecturer pernah ckp nak tajamkan minda banyakkan baca al-quran dan berzikir..

Uruchimaru @ kf said...

salam dgn izin,bolehkah kirenye hambe share dlm belog hambe?

LadyBird said...

Tomato :
lady pun dgr camtu gak

urushimaro :
silakan :)

omurice said...

bagus...selalu amal kan zikir....patut la makin lama...makin tenang....otak dah berfungsi sikit...

LadyBird said...

omurice :
Alhamdulillah..
zikir penenang hati..
dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...