Disebabkan ketandusan idea,
maka hari ini lady nak kongsi lagu kat kawan-kawan lady di sini :)..
maka hari ini lady nak kongsi lagu kat kawan-kawan lady di sini :)..
Lagu yang berkaitan dengan CINTA.
Nyanyian Tomok
Berlari
Lirik Berlari – Tomok
Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari
Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti
Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Lagu ini sesuai untuk orang yang telah bangkit dari kekecewaan bercinta. Setiap yang bercinta belum tentu bahagia dan suka dengan cinta yang kita tagihkan selama ini. Kadang-kadang cinta yang hadir banyak mengundang kehancuran. Ingin dilepaskan tapi perasaan terikat dengan janji-janji yang telah dilafaz. Namun, apabila hati dengan keterpaksaan sudah pasti hubungan itu akan berakhir jua walaupun bukan kita yang lepaskan. Buat apa cinta dipertahankan andaikata setiap malam menangisi dosa yang dilakukan. Mungkin pada mulanya amat payah untuk melupai, tetapi apabila akal waras telah menguasai diri, pasti terasa begitu bersyukurnya kita kerana kita bukan menjadi miliknya lagi. Rasa bebas sebebasnya daripada kongkongan maksiat yang bermaharajalela bertunjangkan nafsu rakus milik syaitan durjana. Kita pasti melompat keriangan andai itu yang terdetik di fikiran. Yes, aku berjaya membebaskan diri dari terus dirantai nafsu.
Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah melepaskan kita daripada menanggung beban dosa yang sentiasa melingkari hidup kita. Saban hari bebanan dosa yang ditanggung bertambah walaupun bukan dengan kerelaan hati. Alhamdulillah kerana Allah membantu kita untuk melepaskan diri. Oleh sebab itu, jangan sesekali kecewa apabila cinta diputuskan. Sebaliknya berbahagialah kerana Allah sayangkan kita. Dia bukan orang yang sebaik-baiknya untuk kita. Yang bakal menjadi waris kepada generasi kita. Bukan diciptakan untuk menjadi ayah kepada orang yang akan mendoakan kita apabila kita ke "sana" nanti.
Cinta manusia hanyalah pelengkap cinta padaNya. Carilah cinta kerana Allah, kerana hanya itu yang mampu mendekatkan diri kepada-Nya. Bukan cinta nafsu yang perlu ditagihkan. Andai cinta kerana Allah, sudah pasti ia bebas daripada sebarang kecelaan dan kerosakan. Carilah cinta Allah kerana dengan cinta Allah kita akan mendapat cinta manusia. Allahua'lam.
p/s : Teringin menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang mengabdikan diri kepada Allah, berbakti di jalan-Nya. Ya Allah, didiklah diriku dan dirinya untuk menjadi ibu dan ayah kepada generasi yang sentiasa mendahului-Mu di dalam segenap perjalanan hidupnya. Ameeeenn..
Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah melepaskan kita daripada menanggung beban dosa yang sentiasa melingkari hidup kita. Saban hari bebanan dosa yang ditanggung bertambah walaupun bukan dengan kerelaan hati. Alhamdulillah kerana Allah membantu kita untuk melepaskan diri. Oleh sebab itu, jangan sesekali kecewa apabila cinta diputuskan. Sebaliknya berbahagialah kerana Allah sayangkan kita. Dia bukan orang yang sebaik-baiknya untuk kita. Yang bakal menjadi waris kepada generasi kita. Bukan diciptakan untuk menjadi ayah kepada orang yang akan mendoakan kita apabila kita ke "sana" nanti.
Cinta manusia hanyalah pelengkap cinta padaNya. Carilah cinta kerana Allah, kerana hanya itu yang mampu mendekatkan diri kepada-Nya. Bukan cinta nafsu yang perlu ditagihkan. Andai cinta kerana Allah, sudah pasti ia bebas daripada sebarang kecelaan dan kerosakan. Carilah cinta Allah kerana dengan cinta Allah kita akan mendapat cinta manusia. Allahua'lam.
p/s : Teringin menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang mengabdikan diri kepada Allah, berbakti di jalan-Nya. Ya Allah, didiklah diriku dan dirinya untuk menjadi ibu dan ayah kepada generasi yang sentiasa mendahului-Mu di dalam segenap perjalanan hidupnya. Ameeeenn..
25 ulasan:
tandus idea tapi still bleh buat entry camni kira terer la kan.. :D
kuman "langkah.." Entry
Insya-Allah lady akan jadi ibu yang pandai mengajar anak.
Soalan cepumas: Lady ni dh kawin ke?
Kuman :
tandus idea tuk menulis berkaitan dengan kuman. Penjanaan idea tidak berlaku la kuman.. huhuhuhu.. disebabkan itu, supaya blog ni tak bersawang, terhasillah artikel ini. Semoga suka :D..
She's retarded :
Sukar kot nak didik anak.. tapi kalau Allah memberi rezeki tuk memiliki pewaris genetik, InsyaAllah lady akan berusaha jadi ibu yg terbaik :).. doakan lady yer..
p/s : Lady belum kawin lagi :) xpe, muda lagi :P doakan lady kawin cepat2 ek..nak ade anak ramai .. hihihi
da lme da miss lady xhapdet blog :)
dgr lagu ni tp rancak.. skali bace lirik dier..best jugak..
"Ingin dilepaskan tapi perasaan terikat dengan janji-janji yang telah dilafaz." ini yg terjadi skrg kt fell T_T
skrg dihantui dosa lalu..semoga Allah tidak mencampakku kesisi, tanpa harga diri..
Miss; suke lak fell bce nih..huhu
Fello :
a'ah.. dah lama x update.. kebusyan yg tahap xleh create idea.. tiada waktu sunyi :P
lagu ni kwn akak suh akak dgr td, tu yg akak ltk sini..tertarik dengan kata2nye.. :)..
:).. lupekan je yg lepas fell.. cube bina hidup baru, try jd yg lebih baik dr sebelum ni.. :) jgn diulang kesilapan yg sama..
sayang..lama tunggu ur update..tp setiap kali update mmg dihidangkan dengan entry yang menarik hati cik tom..suka giler entry ni..semuanye betul..mendalam lirik lagu yg kaler merah..jgn la kita mengperhambakan cinta pada manusia yg xtau ke mana hujungnya..cinta pd Allah tue plg hakiki..
semoga ladybird berjumpa ngn yusof..amin..
Tomato girl:
Betul2 ciktom, lady suke lirik yang lady kaler merah.. :).. cik tom mcm pernah rasa keterlukaan dan kebangkitan kembali itu.. hehehe.. kite same cik tom :)
sorry cik tom, memang X sempat nak update.. sob3x.. busy memanjang.. nk dekat cuti sekolah ni lagi byk keje..
salam...
sukenya baca entry nie walaupun ketandusan idea tapi still boleh buat entry menarik macam nie..
jemput ke sinar raudah ye
salam ziarah..
lady belum kawen? tapi dari gaya penulisan mmg matang...
Amy :
Wsalam Amy, :) trima kasih sebab sudi komen..
lady baru belajar nak menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan sains.. yg tidak berat..tp bila bc still nmpk berat.. huhuhuh..
tq sebab suka :)..
p/s : insyaAllah nanti kejap lady gi ke sinar raudhah :)
LadyAnaiz :
Salam Ladyanaiz :)
belum kahwin lagi.. matang sebab belajar daripada ujian hidup.. dan pengalaman kawan-kawan. :)..
tq lady sebab sudi komen di teratak ladybird. :)
cmni takde idea? isk2 ;p
menarik liriknya :)
maCy :
memang xde idea.. sebab tu letak lagu :P..
lagu lak kene je ngn jiwa :D..
idea itu milik Allah kan3??
doaKAN sy kak...
Bro M :
ye dik, idea itu milik Allah..
doakan tuk ape yer? supaya sentiasa kaya dengan idea?
ok :).. insyaAllah.. :).. supaya kaya dengan idea yang baik2 sahaja.. ameeenn..
morning..
amy datang bertandang pagi sambil mencari juadah baru, x update lagi erk...
morning Amy :
terima kasih sebab sudi berkunjung.. belum mampu mencoretkan sesuatu lagi di sini.. agak kebusyan.. dan kekeringan idea.. sob3x..
supaya saya sentiasa tenang
tidak terpesong jalan berada di alam blogger
supaya niat saya di awal blogging tetap sama
sebab satu hari nanti
tuhan saya akan tanya
setiap tulisan saya
Bro M :
InsyaAllah.. sentiasa betulkan niat.. ape jua yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di sana nanti, moga2 kita tidak terpesong daripada landasan. Ameeennn.. Semoga penulisan kita mampu membekalkan pahala yang berpanjangan apabila kita telah ke sana nanti.. InsyaAllah.. semoga Allah sentiasa memberi menunjukkan jalan-Nya kepada kita
salam, bercinta boleh, tapi jangan lebih daripada batas agama...sbb masa tgh hangat bercinta semua manis belaka...tapi dah kahwin mulalah episod pahid timbul...
wsalam en Abhamz..
bercinta boleh, tapi terlalu sukar untuk menjaga syariat.. terlalu banyak dugaan.. orang yang pada mulanya "islamic" boleh bertukar sifat gara2 percintaan.. terlalu banyak cubaan-cubaan ke arah perzinaan sebenar, bukan hanya sekadar berzina mata, dan hati..
isu menarik !!!teruskan
Putera :
tQ Putera Bulan.
Kehidupan tanpa cabaran, kekeciwaan , kegembiraan dan lain lain "ke"..akan kosong dari pengalaman dan payah untuk di mengertikan....
Catat Ulasan