Jumaat, 27 Januari 2012

Wanita Penghuni Syurga

♥..Assalamualaikum..♥
Warna Kedamaian

Tadi lady baru menghabiskan sebuah buku yang lady beli Mei 2011.. Buku bertajuk SMS Daripada Rasulullah SAW.  Dalam buku tersebut diselitkan beberapa kisah teladan terutamanya untuk wanita sebagai pedoman untuk menjadi muslimah sejati.. penyejuk hati ayahbonda, penyejuk mata suami, penenang jiwa anak2..

Buku ini sesuai untuk motivasi diri dalam melalui dugaan hidup.. dalam melengkapkan perjalanan sebuah pengembaraan menuju ke destinasi abadi.. ♥ Insya-Allah..

Lady sebenarnya sedang mencari-cari sesuatu yang boleh membelai jiwa.. membawa lady ke suatu suasana yang tenang dan damai.. kerana walaupun di rumah lady ni damai.. tenang tetapi hati lady tidak setenang, sedamai dan sesunyi yang terzahir..

Lady cuba menyelongkar dari suatu blog ke suatu blog untuk mencari sesuatu yang lady tak pasti.. tetapi tidak jua ketemu.. maka, lady rasa suatu tempat yang boleh membawa lady tenang adalah di teratak LadyBird's Life ni ♥ Walaupun tidaklah setenang yang didambakan, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membawa lady menghampirinya.. Insya-Allah.. ♥

Dengan menulis, ia mampu membawa ketenangan pada lady.. ♥ Maka, disebabkan lady tak tahu ape yang lady nak tulis, maka lady nak kongsikan suatu kisah teladan.. sebab lady perlu menulis untuk mengelakkan lady lebih jauh menerawang.. (macam org ade mslh mental lak :P)

Lady ingin kongsikan sebuah kisah suatu kisah wanita pada zaman Rasulullah saw. yang menderita sakit.. 

Wanita ini merupakan seorang muslimah sejati.. Walaupun beliau sakit, sentiasa ditimpa ujian, tetapi beliau tidak pernah menjadikan ia suatu alasan untuk tidak beribadat kepada Allah.. beliau tetap menjaga dirinya daripada melakukan dosa walaupun dengan kesukaran..

Kisah ini diceritakan oleh Atha bin Rahah daripada Ibnu Abbas ra.

Nak dijadikan cerita.. suatu hari Rasulullullah saw. telah bersabda yang bermaksud :

"Mahukah aku tunjukkan kepadamu wanita dari kalangan penghuni Syurga?"

Aku menjawab : "Sudah tentu!"

Baginda menjawab yang bermaksud:

"Wanita berkulit hitam yang menghadapku sambil berkata, sesungguhnya penyakit ayan (pengsan) yang aku deritai ini selalu menyingkapkan auratku. Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Jika kamu mahu, lebih baik saja bersabar, dan bagimu adalah Syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar menyembuhkanmu."

Dia menjawab: "Aku memilih untuk bersabar. Namun auratku juga sering tersingkap tanpa kusedari. Berdoalah kepada Allah agar aku tidak demikian."

Lalu baginda pun berdoa.

Hidup Perlu Berjuang
Berdasarkan kisah ini, dapat dilihat betapa bertakwanya wanita tersebut. Walaupun dibebani dengan penyakit, tetapi beliau tetap berusaha untuk menutupi auratnya daripada pandangan anjabi. 

Begitu redhanya dia dengan ujian Allah yang diberikan kepadanya.. kerana dia yakin bahawa tidak ada sesuatu musibah atau kesukaran pun tanpa diberikan balasan baik oleh Allah..

Begitu hebatnya keyakinan beliau.. Subhanallah.. dan akhirnya beliau ditempatkan di Syurga.. Alhamdulillah.. ♥

Jadi, sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari daripada ujian Allah, tidak ada sebab untuk kita menjadikan ia suatu alasan sebagai asbab untuk kita dapat lari daripada menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Menjadikan ia alasan untuk semakin jauh daripada Allah..

Malah dengan ujian dan dugaan itu, boleh menjadi jambatan kepada-Nya andai kita redha dan tabah dengan ujian tersebut. Mungkin dengan ujian tersebut kita akan peroleh Syurga dari-Nya..

Tetapi ada juga kisah dengan ujian yang diberikan Allah kepadanya menjadikan dia semakin jauh dan jauh daripada Allah kerana tanda protes terhadap kesengsaraan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang semakin diuji semakin jauh dari Allah.. Ameeennn.. 

Bila difikirkan balik, Allah memberi lady masalah, tetapi dalam waktu yang sama Dia juga membantu lady menyelesaikannya.. Cuma lady kadang-kadang tidak sabar dengan ujian dari-Nya..

38 ulasan:

Tie HT berkata...

pernah terbaca kisah ni, masa mencari ketenangan dulu :)

menarik kan kisah wanita ni..tenang akan mendekat jika kita selalu dekat dengan Allah..mudah-mudahan lah kita sama2 :)

Unknown berkata...

wanita ni insan yang istimewa.
setuju. :)

Deru Ombak berkata...

Ramai wanita lebih kental, tabah Dan sabar...

Acik Erna berkata...

lady..insyallah..mudah2an lady akan beroleh ketenangan

insan marhaen berkata...

menjadi tidak sabar kerana kita tidak sabar untuk melihat menafaat dari kesabaran itu.

alangkah nikmatnya jika selepas sabar kita merasai hasilnya!

tehr berkata...

tindakan protes kepada allah
moga2 kita dijauhi oleh sikap begini

Aine Ainun berkata...

Suka Kata-Kata ni::

"Tetapi ada juga kisah dengan ujian yang diberikan Allah kepadanya menjadikan dia semakin jauh dan jauh daripada Allah kerana tanda protes terhadap kesengsaraan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang semakin diuji semakin jauh dari Allah.. Ameeennn.."

Amin(",)

Saya baru singgah sini::
Saya suka singgah sini::
nanti saya jenguk lagi=))

blog-tips-kurus berkata...

wanita memang gagah.. :-)

Hanis MY berkata...

Subhanallah... Itulah kdg tnpa kita sedari kt semcm tk sbr dgn dugaan insyaAllah moga terus tabah...

CIK TOM berkata...

Allah takkan menguji seseorang melebihi kemampuannya..setiap ujian itu menunjukkan betapa kasihnya Allah pada kita..

Hana Faza-same person berkata...

Subhanallah , moga2 ketakwaan wanita ini kita teladani.. Semoga Lady memperolehi ketenangan yg dicari2..

Unknown berkata...

SETIAP APA YG ALLAH UJI KE ATAS HAMBANYA SEMUANYA BERSEBAB..JADI KITA KENALAH REDHA DAN BERSABAR,INSYAALLAH NNT KESABARAN KITA PASTI MENDAPAT GANJARAN YG SETIMPAL...

Woofer Storm berkata...

maseh atas perkongsian ye..

akubiomed berkata...

Kaum wanita juga ramai yang menjadi penghuni Neraka. Jadi mudah untuk masuk Syurga dan Neraka kalau tidak menjaga batas-batas yang digariskan oleh agama.

Nizam berkata...

kadang2 kita ni lebih melihat pada masalah daripada penyelesaian kan akak?
itu kita rasa hidup ni susah je dan rasa tidak adil sedangkan Allah telah tentukan sesuatu dengan sebaik mungkin...

Unknown berkata...

Salam,
Moga kita semua menjadi penghuni syurga, insyaAllah ... kita kena bekerja keras mengikuti perintahNya.

Kak Mahh berkata...

Bukan senang nak jadi wanita solehah

Dinar berkata...

salam...moga kita dipermudahkan jalan ke syurga..

Shila berkata...

selalu mengeluh..

lepas tu mengungkit benda2 lepas..huhuhu..

uncle gedek berkata...

uncle tak boleh hidop tanpa awek... eh, maksod uncle wanita...

hehe

L berkata...

pernah bca,, huhu, bez sgt2...

jom hayati sebentar.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

semutsengal berkata...

umat terdahulu memang jauh dah beza dia, baik lelaki atau perempuan.


um.

sud@is berkata...

kalau kita diberi pilihan tentu saja pilih yg pertama
subhanallah kuatnya iman orang2 terdahulu

eiela berkata...

tak pernah baca lagi. moga dijauhkan daripada menyesal atas ujian Allah ini.

eiela berkata...

tak baca lagi. moga dijauhkan dari menyesal atas ujian Allah ini.

ieja amieja berkata...

yang pasti syurga milik semua yg kuat iman dan mentaati perintahNYA..moga kita sebagai wanita sama2 ambil pengajaran dari kisah tersebut..

Unknown berkata...

Semoga kito semuo semakin dekat dgn Allah

dwatyKNY berkata...

banyak lagi kisah2 zaman RASULULLAH SAW yag tak diketahui... thanks share...

LydSunshine berkata...

Penyabarnya wanita tu. Hampir sama mcm kisah nabi Ayub yg redha dengan penyakitnya. Tak minta pun kepada Allah untuk disembuhkan sehingga akhirnya hanya tinggal lidah dan hati je kat badan dia, baru baginda berdoa supaya sembuh sebab takut hati tidak dapat mengingati Allah dan lidah tidak dapat berzikir. Errm... dahsyat kan keimanan orang-orang dulu.

Miss Purple Ungu berkata...

anggaplah ujian dari Allah itu petanda Dia masih menyayangi kita ;)

si kiut lavender berkata...

sya suka buku yg penuh dgn kata2 semangat dan membuatkan kita berfikiran segar

tapi,,nak dapatkan buku2 tersebut di langkawi agak mustahil...:(

wahida berkata...

terima kasih berkongsi...

harap lady terus kuat yer...

teha berkata...

semoga kite semua trus sabar menghadapi ujianNya :)

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih lady atas perkongsian. Pernah juga saya dengar kisah ni dulu

Nizam Ijam berkata...

bersama2 lah kita berdoa..

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

moga ibu isteri kakak dan adik serta kawan2 wanita kita semuanya adalah ahli Syurga...amin

Asmaq berkata...

Pembetulan ayat..'pandangan ajnabi' la...bukan 'pandangan anjabi'..nasib baik bukan 'pandangan punjabi'

LadyBird berkata...

terima kasih yer asmak.. terlepas pandang.. terselit lak kesilapan ejaan di situ.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...