Tuesday, January 17, 2012

Khasiat Lobak Merah (Carrot)

Assalamualaikum semua.♥

Maaf yer sebab minggu ni jarang blogwalking.. tetapi jangan risau yer.. sebab insya-Allah sekali lady terjah blog korang lady akan baca dan komen entry yang belum lady baca dan komen.. Insya-Allah..

Pasti semua dah tahu tentang khasiat lobak merah ni.. tetapi lady nak tulis jugak memandangkan ia salah satu pemakanan ilmuwan Islam lampau..

Lady amat berminat untuk mengetengahkan kembali kegemilangan generasi Islam dahulu untuk dikembalikan pada zaman ini.. 

Salah satu cara adalah kembali mengamalkan tatacara hidup dan kaedah pemakanan Islam yang diamalkan oleh generasi Islam zaman Rasulullah saw. kerana amalan kita pada zaman sekarang insya-Allah sekurang2nya mampu merubah generasi anak-anak kita nanti.. Insya-Allah..

Lady teringin melihat Islam kembali tertegak di Bumi ini..

Maklumat ini lady ambil berdasarkan penulisan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.. 

Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.

Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :

♥ Amat baik untuk kesihatan gigi
♥ Mengatasi keletihan
♥ Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
♥ Menjaga sistem saraf
♥ Awet muda
♥ Mencerahkan mata
♥ Mencerdaskan akal
♥ Mencegah serangan barah
♥ Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

♥ Boleh makan mentah-mentah
♥ Minum segelas air lobak setiap hari
♥ Jka dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..

Lady perolehi maklumat ini daripada buku Rahsia Minda Hebat..

26 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak suka rasa lobak..hehe..tapi carrot susu awe minum, lobak dalam tomyam awe makan..hehe

sHeRrY said...

I love carrots but sadly I can't understand your post because it seems to be in Malay. Replied to http://www.sherrylicious7.co.cc/2012/01/hello-kitty.html

AmirFX said...

Baby carrot sedap.. Yummm2.

Ungu Violet said...

baru tau yg lobak boleh sbbkan budak2 over active..:)

telor power said...

menarik2... lepas nie nak amalkan makan lobak merah plak lah

si kiut lavender said...

skl mmang suka mkan sgala jenis sayuran
utk lobak merah ni slalunya dibuat sayur caampur...:)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

makan lobak yang di masak saja.yang mentah macam tak boleh nak telan.tapi khasiatnya sangat bagus.

delarocha said...

carrot susu tu kira ok la ye...

LydSunshine said...

Sama la Lady, saya pun nak sangat Islam ni akan gemilang macam dulu.

zeh, serius ke kalo terlebih mkn lobak boleh buatkan budak jadi over active.

Hanis MY said...

Br th mkn lebih pun ada side effect rupanya...

tehr said...

aku tak ada masalah nak makan lobak ni
sedap je rsa

Ayie Abas said...

ayie pernah juga buat jus lobak merah campur susu cair...ermmm memang sedap dan terasa khasiatnya. badan jadi cergas.

Woofer Storm said...

suka minum lobak susu..

#baik untuk orang rabun mcm sy ni.hheeee

Miss Purple Ungu said...

mmg suka sgt mkn carrot especially baby carrot yg comel tu :)

Nizam Ijam said...

lobak dengan susu x elok kan?

Nizam said...

suka dengan lobak merah ni..hehe..rasa manis2...

missSenget said...

suka makan mentah2..

buat air mcm tak best sgt..

hehehe..

Dinar said...

teringat carrot cake la plk lady...yummy

Hana Faza-same person said...

Hana likes carrot juice the most:)

Acik Erna said...

Lady..terima kasih..

Ardini Humaira said...

dni suka jus lobak :D

kiwi said...

kiwi suke makan lobak merah..cmpur susu..hihi..mkn cmtu pon ok..tp lagi suke juice ^_____^

Papa Mifz said...

lobak merah bagus untuk mata...:)

Suhami Ahmad said...

wah, atok nak start makan lobak lah kalau cenggitu...

Puan Kutu said...

lobak merh mmg favourate sy..tpaiman tak mkn carrot pun hyper active.camna?hehe..

Noridah said...

baby carrot tu apa bezanya ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...