Friday, January 6, 2012

GIGI - Kaitan Dengan Wanita Hamil

Assalamualaikum... sorry yer sahabat.. asyik nak tulis sal gigi jerk.. Kali ni lady nak tulis sal gigi jugak, tetapi kaitannye dengan wanita hamil..

Penting sangat untuk kita mengetahuinya.. Sebab lady rasa jarang sangat di kalangan kita ni yang tahu tentang bahaya sakit gigi di kalangan wanita hamil..

Sebenarnye lady sendiri baru tahu.. jadi lady mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama kalian di sini.. :D

Apabila wanita mengalami masalah gigi atau mulut ketika hamil, ia menyebabkan peningkatan hormon prostaglandin.

Peningkatan hormon itu menyebabkan rahim menjadi tegang dan berkontraksi. Jika ia berlaku brpanjangan, kontraksi ini boleh menekan janin yang memungkinkan berlaku kelahiran tidak cukup bulan.

Seperti yang kita tahu, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Bagaimana mungkin ibu hamil boleh memakan makanan berkhasiat jika mengalami masalah gigi sakit.

Jika masalah berkaitan gigi terjadi ketika hamil, ia sukar dirawat. Paling tidak ia memerlukan pertimbangan teliti, misalnya perlu mengambil kira ubat yang boleh dan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil untuk mengelakkan permasalahan timbul.

Manakala jika terdapat gigi yang rosak dan perlu untuk dicabut, proses itu tidak boleh dilakukan dalam fasa trimester pertama atau bergantung kepada kekuatan si ibu.

Sekiranya si ibu berasa takut, gigi tidak boleh dicabut kerana dikhuatiri si ibu mengalami tekanan yang boleh menyebabkan kontraksi.

Maka, sebelum hamil pastikan kesihatan fizikal, mental dan GIGI perlu diambil kira.. ramai yang memandang remeh perkara ini.

Kakak lady cakap, waktu hamil perlu makan ikan banyak-banyak tuk elakkan gigi rosak sebab bayi dalam kandungan akan mengambil kalsium ibu untuk proses pembentukan tulang bayi. Kalau xde ikan, perlu banyak minum susu atau pemakanan lain yang kaya dengan kalsium.... :D..

27 comments:

sedutzone said...

Gigi mu, gigiku jua,... ahakz...

Ungu Violet said...

memang perlu minum banyak susu...kalau tak nanti nmpak tua sebelum waktu...tulang pun cepat rapuh...huhu

tehr said...

ikan memang bagus
masalahnya, ibu hamil ni, kadang2 nak makan macam2
suka hati dia je
hehe

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ini perkongsian yang baik =)

AmirFX said...

Kalau dah sakit gigi tu tak kira lelaki pun boleh stress gak.. haha..

semutsengal said...

Err,

aku kena amik tau tak?



AHHAHAHAHAHAHA

Miss Purple Ungu said...

nice sharing lady...
bila miss purple dh kawen n pregnant nti akan mkn ikan plus minum susu tiap2 hari :)

Hana Faza-same person said...

Thanx for sharing;)

Ayie Abas said...

menarik entry ni...informatif byk manfaatnya....^__^

Nizam Ijam said...

xske minum susu..hehe

Tihara said...

thanks for sharing..nice info :)

Dalila Hamid said...

tq kongsi

atuk said...

Assalamualaikum Lady

bila sakit gigi ...panggil ibu...

sedutzone said...

xleh tinggal komen ek??
ermmm... tgh check ar ni... pelik... ermmmm...

Yastro said...

baru tau yg tak leh cabut gigi klau siibu takut nak cabut time ngandung...thanks LB

Dinar said...

sayangkan kalau hilang gigi...bukannya blh diganti. Gigi nikmat yg patut disyukuri...

kiwi said...

tq for sharing..x sangka gigi pon ade effect juga untuk wanita hamil..huhu..ilmu-ilmu

Bui Junaidi said...

KAK BUI DULU MASA PREGNANT TAK SUKA MINUM SUSU..AIR SOYA PUN BOLEH BUAT TEKAK LOYA..PATUTLAH ANAK2 KAK BUI GIGI DIA ORG CEPAT ROSAK..

Woofer Storm said...

bgus entry ni,sesuai untuk sy yang tengah mengandung^^

#ikan skrg tak fresh,makan ayam je mampu^^

L said...

kene nasihat kan is3 yg sarat kena mkan ikan bnyk2.. huhu

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

Suhami Ahmad said...

ilmu yang sangat bermanafaat =)

dwaty said...

saya menyesal sangat masa kecik2 tak jaga gg... sekarag ni belum tua gigi geraham dah banyak rongak... elemen pun dah lari... huhuhu

cemomoi said...

eee dah nam anak pon masih tak tau juga...

Kunang-Kunang said...

Selalunya kak ani kalau mengandung sebelum kandungan membesar memang pegi cek gigi dulu.

Bimbang masa dah mengandung besar, sakit gigi pulak. Jadi bimbang kalau-kalau ubat bius yang digunakan merbahaya kepada bayi dalam kandungan.

Terima kasih for the good info.

Nizam said...

betul2..kalau si ibu tidak jaga pemakanan silap2 habis tiada gigi kan kak... hihihi

CIK TOM said...

tips yg bgs..tp ciktom xsuka makan ikan..kl susu mmg fevret ciktom..huhu

Jujue Ahmad said...

salam perkenalan.. u sis lady masalahnya tipa kali jue pregnant je mesti ada masalah gigi. kali i sy minum susu byk, mkn pil kalsium tp still the same. Mungkin ini dipanggil alahan kot. Tapi susu tetap sy amik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...