Tuesday, January 24, 2012

Senyum itu Ubat Segala Keperitan

“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Andai kita tidak mampu membuat orang gembira.. sekurang-kurangnya janganlah membuat mereka sengsara.. Andai kita sengsara, derita.. janganlah sentiasa bermasam muka.. senyumlah walaupun terpaksa.. sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati sesama kita..
Ceria dan senyumlah kerana keceriaan itu ubat segala keperitan.

Kegembiraan, kebahagiaan yang terpancar di wajah itu mampu mengubati kesakitan dan kepedihan hati ibaratkan madu merawati luka.. sakit, pedih, tetapi ia merupakan rawatan paling mujarab.
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]


p/s : Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah..

29 comments:

Kunang-Kunang said...

Saya suka kalau orang senyum pada saya. Saya akan suka orang tu kerana menyenangkan hati saya.

Mr.Clive said...

betul.lagipun kalau kita senyum,lagi sikit otot kat muka yang kita perlu gunakan berbanding kalau kita wat muka masam. :)

chii said...

sedekah paling mudah...senyum

k.chii paling marah kalo g mana2 kedai makan..dia nya staff x reti nak senyum..grrr...

insan_marhaen said...

senyum tak perlu modal apa-apa. menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain.

Miss Purple Ungu said...

singgah jumpa kak lady dengan senyuman :)

MulutPayau said...

bukan susah nak senyum...tapi ada jugak orang yang mahal dgn senyuman....

Ungu Violet said...

kalau tengok org lain senyum kat kita...outomatik kita pun akan rasa seronok & positif.:)

aimaniman said...

yuuppp senyuman pengubat duka,.. tp akak kalau budak2 kat kelas asyik senyum jer, cikgu marah pon senyum,.. jenis muka spposen akak geram jugak..

ghost writer said...

lega bila ada orang yang mampu tersenyum walaupun dia dalam keadaan derita atau hati pedih,kecewa & etc.jarang ada yang termampu.kalau ada yang termampu pun,mungkin dia tak lah mengalami kesakitan yang teruk sangat.

Yastro said...

teringat lagu senyum tu..."senyum kpd semua, senyumanmu amatlah bermakna....."

Telor Power said...

senyum adalah penawar pada semua org.senyum adalah manis, senyum juga membuatkan aku terasa selesa. tapi kalu senyum tak ikhlas tak tengok pun takpe...hehehe

Eryati said...

huhuhu..sy paling menci bila saya senyum orang tu tarik muka ke arah lain..."SOMBONG"...pura2 tak nampak bila org sedekah senyum pada dia...padahal bukan minta beli pun senyum sy tu

Ckin Kembaq said...

Senyumlah,,senyumlah,,ahai cik mek molek.. ^_^

Kakzakie said...

Ada juga yg mampu tersenyum walau airmata masih bertakung di kelopak mata...

Tihara said...

apa salahnya kan kita lemparkan senyum harmoni suasanna :)

Dinar said...

senyuman itu sunnah...dibekalkan kepada kita, rupanya ada kelebihan besar manusia

tehr said...

hari ni dah beberapa kali senyum
selamat senyum semua

LydSunshine said...

Lady sedang bersedih ke ni? Semoga masalah Lady dapat diatasi. Lady pun kena la senyum ye.

S..U..D..@..I..S said...

selain satu sedekah senyum juga tidak perlu modal
jgn la senyum plastik sudaahhh

diana said...

melihat orang tersenyum hati kita pun rasa tenang.>:)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

senyum sembunyi rasa...

Papa Mifz said...

senyum2 la selalu yer..;)

teha said...

bnyk2 kan laa senyum lps nie... heheh

BlogS of Hariyanto said...

Allahumma aamiin, semoga ALLAH mengabulkan semua harapan dalam doa :-)
senyum itu sungguh menyejukkan jiwa menenangkan hati dan bernilai ibadah pula dalam pandangan ALLAH :-)

Bui Junaidi said...

SENYUM ITU SEDEKAH..KAK BUI ADA SEORANG KAWAN..DIA SANGAT SUKA SENYUM,SAMPAI KAMI PANGGIL DIA 'YUS SENYUM'..OTAK PUN GILA2..KALAU BERBUAL DGN DIA,MESTI TAK KERING GUSI DIBUATNYA..

eiela said...

bila kita senyum bleh awet muda.. ;)

Puan Kutu said...

senyum seindah suria yg membawa cahaya..kan ada lagu..senyuman tu memberi cahaya utk sekelian alam..

senyumlah..pahala percuma kan?

CIK TOM said...

senyum itu sedekah dan juga senaman yang terbaikk

Nizam said...

bila kita senyum, masalah kita kadang2 dapat dilupakan walaupun seketika...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...