Selasa, 28 Januari 2014

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird

Salam korang.. hehehe.. petang tadi lady masak Meehun rebus special.. Tak pernah buat pun sebelum ni, tapi alhamdulillah menjadik.. :D..

Nah ko, seperiuk hampir penuh.. hehehe, alang-alang buat biar tahan lama.. :P.. petang sampai pagi keesokan harinye baru habis :P.. hehehehe
Ta daa.. meehun rebus special sedia untuk dimakan.. :D.. sedap sampai menjilat sudu.. hehehehe.. yang paling sedap telur tu :D.. 

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird:

1. Meehun - direndam air panas dan ditoskan
2. Bawang merah dan bawang putih - dimayang nipis2..
3. Ayam yang ipotong kecil-kecil
4. Air
5. Lada Hitam
6. Sayur
5. Fish ball (kalau buat sendiri fish ball lagi sedap, gentel2 ikan yang ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam sup)
7. Telur
8. Garam/ Gula
8. Perasa yang dibenarkan
9. Secubit belacan

Cara-Cara

1. Panaskan minyak, masukkan secubit belacan dan digoreng sehingga belacan garing.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan ditumis sehingga naik bau.. kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula cair kemudian masukkan ayam dan tunggu seketika.

3. Masukkan air secukupnya, dan biarkan menggelegak. Apabila menggelegak, kecilkan api dan masukkan telur satu persatu sehingga telur masak. Bilangannya bergantung kepada berapa ramai yang nak dihidangkan.

4. Apabila yakin telur telah masak, masukkan semua perasa yang anda ingin masukkan, jangan banyak2 nanti terlebih rasa x sedap.

5. Masukkan sayur dan tutupkan api.. Sedia untuk dihidangkan. :D..

p/s: sejurus selepas masukkan sayur terus tutup api yer.. kalau x jadilah mcm tomato lady tu.. habis mati semua nutrien..

5 ulasan:

Bahrain berkata...

Alahai, sedapnya tengok gambar di atas.

nohas berkata...

mihun kalau ada lada hitam memang sedap..mcm mihun sup..menu sihat ni..

Tie HT berkata...

memang nampam sedap ni :)

tehr berkata...

banyak
berapa orang nak makan ni?

QasehnyaRania berkata...

jarang benor nk buat fish ball sendiir la LB..
yg simple lagi sedap & menyelerakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...