Thursday, January 9, 2014

Bayi Dikerat Dua


Assalamualaikum :D Kali ini lady nak bercerita kisah seorang bayi.. Begitu bernilainya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.. Kisah ini lady petik daripada sebuah buku yang berjudul Sirah dan Kisah Nabi Muhammad saw. Untuk Putera Puteri Muslim.

Di dalam buku ini terdapat  banyak kisah teladan pendek untuk tatapan puteri putera kecil. Sesuai dibacakan untuk anak-anak.. Harganya pula hanya RM10.00. 

Nabi Muhammad saw. bercerita, ada dua orang  wanita keluar membawa bayi mereka. Tiba-tiba seekor serigala menyerang dan memakan salah seorang dari bayi mereka. 

Kedua-dua wanita tersebut tersebut merebutkan si bayi yang masih hidup. Masing-masing mengaku bahawa bayi itu adalah anaknya. Lalu mereka membawa anak itu kpada nabi Daud as..

Baginda berkata, "Apa yang menyebabkan perselisihan di antara kamu?" Kedua-dua wanita tersebut menceritakan kisah yang mereka alami. Lalu Nabi Daud memutuskan bahawa si anak milik wanita yang lebih tua.

Merasa tidak puas hati, mereka membawa perkara tersebut kepada Nabi Sulaiman as.. Baginda berkata, "Berikan kepadaku sebilah pisau, aku akan membelah anak ini menjadi dua dan masing-masing akan mendapat separuh daripada anak itu.

Wanita yang lebih muda terkejut dan berkata, "Apakah tuanku hendak membelahnya menjadi dua, wahai Nabi Allah?"

Nabi Sulaiman menjawab, "Ya."

Wanita tersebut memohon, "Janganlah tuanku lakukan perkara tersebut.. Biarkan bahagianku kurelakan untuk saudaraku ini."

Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut adalah hak si wanita yang lebih muda. Baginda berkata, "Ambillah anak ini kerana dia adalah anak kamu.

Begitulah kasih ibu pada anaknya.

9 comments:

memmet lenggeng said...

kisah pengajaran untuk semua jangan curi hak orang

Umi Qi said...

Seronok baca kisah sebuah pengajaran....kasih ibu sebenarnya hingga ke syurga... :)

atuk said...

Assalamualaikum Lady

mengalah tak semistinya kalah
In Shaa Allah
Allah beri berlipat ganda lagi

LydSunshine said...

Ye la, hanya ibu kandung je yg tak sanggup tgk anak dia diperlakukan begitu.

akubiomed said...

Pernah terbaca kisah ini. Kasih sayang ibu dan anak tidak boleh dipisahkan.

sud@is said...

kisah yg menarik yg boleh dijadikn iktibar dlm kehhdupan, rasul itu hakim yg adil

Niesa said...

kasih ibu mmg tiada tandingannya... :') thanks share kisah ni kak..

Niesa tlg click taylor utk akak.. :)

Norhasniza Khalid said...

ada cerita disebalik kisah ini...

QasehnyaRania said...

sedeynya. ibu kandung j tak sanggup tgk anak nya diperlakukan sedemikian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...