Rabu, 15 Januari 2014

Tomato - Bagus Untuk Sistem Pencernaan


Kandungan zat besi yang terdapat di dalam buah tomato mudah dicernakan sehingga dapat diserap keseluruhan zatnya oleh sistem pencernaan kita. Manfaat jus tomato adalah terhadap pencernaan adalah di mana ia bertindak membersihkan perut dan usus, menyembuhkan sembelit, kembung perut dan buasir.

Tomato merupakan sumber vitamin C dan vitamin A. Di antara zat yang terdapat pada tomato ialah potasium, fosforus, dan magnesium. Jika ia dimakan mentah, tomato ini turut membekalkan sejumlah besar vitamin E.

Ia seeloknya disimpan dalam suhu bilik, agar buah tomato yang belum cukup masak itu, masak dalam keadaan semulajadi. Jika tidak menggunakannya dalam jangkamasa beberapa hari, simpanlah di dalam peti sejuk.

Tomato hanya mengandungi sedikit sahaja lemak dan merupakan buah yang serbaguna, baik dalkam penggunaan dalam masakan berlauk seperti kari atau juga sebagai pelengkap untuk salad, jus, dan sup. Amalkan meminum jus tomato setiap pagi sebanyak satu gelas.

Manfaat lain jus tomato terhadap kesihatan ialah :-

♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Mengurangkan risiko kanser prostat
♥ Mencegah penyumbatan usus
♥ Membantu membuang lemak
♥ Meningkatkan daya tahan tubuh

Tips Memilih Tomato

♥Pilihlah tomato yang segar, mempunyai bentuk yang elok (bulat), berkilat, bebas dari calar atau busuk dan berwarna merahm uda (tidak kusam).

♥ Disarankan membeli tomato yang masak secara semulajadi dan bukannya diperam.

9 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

khasiat tomato mmg banyak, tapi ramai yg tak mengetahuinya.

Dja@Sishaza berkata...

Salam ziarah...sumber dari alam ni Allah jadikan banyak manfaatnya. Cuma kita je yg tak sedar. Nak cantikkan kulit dengan cepat,makanlah tomato :)

Nedi Arwandi berkata...

Benar sekali, tomat termasuk buah yang menyehatkan

MulutPayau berkata...

Bnyaknya khasiat tomato...

Puan Kutu berkata...

buah yg terlalu byk khasiat..tp macam mana nak tahu buah tu peram ke masak semulajadi klu beli kt kedai?hehe

Tanpa Nama berkata...

sy suka mkn tomato begitu sj,kulit jd halus

QasehnyaRania berkata...

ciksu tak suka tomato yg masak ranum. suka kalau keras keras sikit. buat cicah sambal belcan. hihi

Lady, ciksu ok je guna bwg merah. kadang kdang utk sayur ciksu ketuk/tumbuk bwg putih je. sbb M. hihi

lagi satu ciksu ada bca kat blog Aisy Nasiha. menurutnya ada ustaz ckp x elok cmpurkan bwang merah +bwg putih. kalau lady nk bca cer klik nama aisy nasiha, entry tak ingat tajuk apa. tp ada gambar bihun. jemput la baca ye. :-)

memmetlenggeng berkata...

oh, akak pun suka makan tomato, paling best bila bakar campur parmesan cheese

Unknown berkata...

sos tomato atau apa2 makanan yg ada unsir tomato...sama x khasiat nya :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...