Jumaat, 10 Januari 2014

Resepi Kuah Asam Laksa Terengganu

Salam sahabat semua :D Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.. ameeeennn.. :D..
Hari ini hari Jumaat (time entry ni ditulis). Semua adik beradik ipar lady balik.. Kakak ipar lady masak tumis asam laksa.. 1st time lady dengar ade name masakan asam laksa.. :D.. 

Kami buatlah sesame.. hihihi~.. inilah rupenye asam laksa tu.. sepatutnya letak meehun tu.. tapi kami xletak, kalau letak nanti kuahnya sikit sebab diserap oleh laksa.. kuahnya sedap dan sangat2 sedap diratah tanpa makan dengan nasi.. :D..


Bahan-Bahan :

Bawang Merah, Bawang Putih, Lada Hitam <--- Ditumbuk lumat
Minyak (untuk menumis)
Sayur Sawi
Taugeh
Meehun (lady x letak)
Ikan segar + sedikit sagu diblend - dibentuk bulat2
Air
Perasa yang dibenarkan (ajinomoto, garam, gula)

Cara-Cara :

Tumis bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau..

Masukkan air secukupnya (padan-padan untuk dibuat kuah)

Biarkan air mendidih, kemudian masukkan fish ball tadi. Tunggu sehingga fish ball timbul.

Kemudian masukkan sawi dan taugeh.

Masukkan perasa, garam, gula.. dan sedia untuk dihidang. :D

Cara nak buat fish ball Terengganu  :

Ikan selayang dibuang tulang, dicampur dengan sedikit sagu supaya senang digentel. Kemudian diblend sampai hancus dan digentel2 untuk membentuk bulat bulat kecil seperti di bawah ni.


Selamat mencuba yer.. hehehehe~

15 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

wahhh.. nampak sedap.. tapi x reti masak n malas nk masak.. camna tu? hihi

nohas berkata...

macam bakso pun ada, tapi bakso guna bebola daging..

Nampak sedap, makanan sihat ni..mak akak pun masak laksa hari ni, asam laksa utara..

paridah berkata...

resepi simple tp sedap...fishball terengganu boleh try n xyah bli fishball kat pasar yg tahapa kandungannya ya...

sud@is berkata...

Lady dlm resepi ni xda asam dn laksa pun..hehe sup sayur bebola ikan fresh kot
tq lady dtg sini ada resepi best

Niesa berkata...

mcm sup je niesa tgk..hihi..mesti sedap nih kan..

munna berkata...

Macam bakso lah pulak.....

memmetlenggeng berkata...

ooooo...gini rupanya..nampak sedap betul...ala-ala bakso gitu

QasehnyaRania berkata...

morning.
menarik ni LB.
harus dicuba. in shaa Allah
thanks sharing resepi

LB, ciksu terharu k.. terima kasih byk byk. kalau LB izinkan, ciksu ok je. tima kasih byk byk. LB tinggalkan no hp di kotak komen ciksu, boleh?

Tie HT berkata...

alhamdulillah bestnya laksa,
masakan orang tganu sedap belaka..
masa kat Marang hari tu akak stay kat impiana chalet n che'wer chalet..makanan dia best especially nasi kerabu :)

Kakzakie Purvit berkata...

Makan padankan dgn nasi putih sedap!!

Fishball tu kalau buat panjang dah boleh jadi macam keropok lekor tu lady. Kakak suka...

miss yatie berkata...

lebih dikenali dgn calong hehe

cre8tone berkata...

Lazatnya!

Tanpa Nama berkata...

tak pernah mkn lagi asam laksa trengganu,pertama kali tgk...bebola ikan tu yg special sgt.suka mkn.

Unknown berkata...

mcm sedap je..nk try la nnt

umiadam berkata...

Terima kasib berkongsi resepi. Nak cubalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...