Rabu, 28 Mac 2012

Kau Dan Aku Tiada Beza

Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi? Lemahnya kitakan?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan...
Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama...
(kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)

Adakah kita setanding ikan di laut? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, Aku tak hensem, aku tak cantik, siapa nak pandang aku....

Tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek hidung depan orang ramai/mak mertua. Apa orang nak kata? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".

Di sini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku. 

Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik...
Kecantikan bukan pada pandangan wajah...



p/s : Lady ambil daripada facebook, di bawah artikel ini tertulis 'diberi keizinan untuk share'  tapi rasanye penulisnya asalnya di SINI.

31 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Pernah bertemu live depan mata kakak org begini Lady. Masa tu kakak baru balik dari Masjidilharam. Orgnya cacat meminta sedekah di tepi jalan. Kakak rasa beribu riyal dia dapat dari ikhsan org yg bersedekah sebab umat Islam waktu itu musim menunaikan haji...

Bersyukur kita sempurna tapi bukan utk berlagak...

Telor Power berkata...

terasa nak menanggis pun ada. tersentuh jiwa ni sis

~CAHAYA~ berkata...

btol tu cantiknya seseorg pd akhlaknya yg cantik,hatinya yg cantik...
kalu paras jer cantik tp asek menyakitkn hati dan menyakitkan mata tetap akn dibenci dan dipandang buruk...

akubiomed berkata...

Sebagai manusia kita perlu bersyukur ke atas kurniaan Ilahi.

guest berkata...

tulaa...yg penting redha...yg membezakan..iman kita...kan

Unknown berkata...

JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA
BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT DAN..BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA

(kata2 hikmah ni kak bui pegang sampai sekarang)

suri berkata...

jgn sesekali pinggirkan mereka

Unknown berkata...

Tiada beza kita sebenarnya, Dia melihat...apa dalam hati, iman dan taqwa, bukan dia lihat paras rupa...

Cik Aien berkata...

Kita takde beza dgn org lain..
Rmbut sama hitam..
Cuma yg membezakan adalah iman kita, amalan kita..
Kan bagus, bila kita bezakan amalan kita dgn org lain, dan mmbuatkan kita rase merendah diri..
Dari situ lah kita mula muhasabah diri..

Peace Lady :)

eiela berkata...

bila baca nih terasa byk kekurangan diri. sebab tu kita kena saling bantu membantu kan.

Aine Ainun berkata...

Kita semuanya sama...
Yg ada hanyalah kehidupan...

Teringat lgu ramli sarip

Yumida berkata...

indah kata2 tu sis...meresap ke sanubari...tersentuh hati ni bc...
syukur..ya...kengkdg rs syukur..then jap nnti...rs mcm2 kurang...hmmmm...

insan marhaen berkata...

kekadang terfikir, jadi begini lebih baik dari jadi begitu kerana begini lebih membuatkan aku selalu mengingati Tuhan!

RHI berkata...

betul tu lady..kita manusia tiasa beza..

Norasikin berkata...

Terasa bersyukur sangat sbb cukup sifat

Ujie Othman berkata...

pandangan dunia mungkin membezakan siapa kita..tapi pd pandangan Allah kita semua sama, kecuali iman & amal masing2.

Juliet_iRa~" berkata...

manusia mmg xsempurna..

byk cacat celanya kan..

bersyukur dgn apa y dimiliki...berdoa utk dpt y lebih baik n berusaha jugaa utk dptkannya..:)

Bidadari Syurga berkata...

thanks sebab entry ni. aku down sejak akhir2 ni. rasanya, ada yg lagi diuji dengan hebat berbanding aku,

adan berkata...

like entry ni.. sgt2..

kita hamba..kita mmg tak ada beza dari pandangan ALLAH.. cumanya taqwa..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Landasan ibadah itu kerendahan hati dan jauh dari sifat sombong. Dari kerendahan hati itu barulah lahirnya takwa, merasa takut, lemah dan berharap hanya kepada Allah...

Moga Allah beri bantu...

Unknown berkata...

besyukur dengan setiap pemberianNya...Alhamdulillah....

Azma Asis berkata...

Salam ukhuwah. First time jejak sini :)

Lady nak kawen nanti jangan lupa jemput yek hehe

LydSunshine berkata...

Tersentak jugak baca entry ni. Akak selalu je sedih bila org komen pasla akak gemuk. Terasa tau. Tapi husband akak selalu sekolah kan akak, dia cakap tak penting la pandangan manusia tu. tapi... masih jgk nak terasa. Memang degil kan?

tehr berkata...

siapa pun boleh menjadi cantik/kacak
asal saja tahu memilih cara yang benar

Jongotai berkata...

Namun ramai yang tidak perpendapat manusia semuanya sama .... itu hakikatnya ... :(

nohas berkata...

Akhlak yang baik dgn Allah SWT, dgn manusia dan alam sekitar,itulah Muslim sejati..didasari dengan iman dan dipraktikkan dgn amal..

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..

Tie HT berkata...

cantik pada amal dan taqwa..susah nak dapat kesempurnaan tu..hanya kasih sayang,redha dan rahmat Allah je harapannya atas segala yang kita usahakan..Insya Allah

semutsengal berkata...

Err,


nilai takwa tu ukuran utama =)

Miss Purple Ungu berkata...

kita tetap sama di sisi Tuhan :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

sayunya hati tengok picta tu....

iEdA berkata...

nice entry...terasa kerdilnya kita sbg hamba di bumi ni...bsyukur dgn apa yg ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...