Saturday, March 10, 2012

♥ Rahsia Surah Al-Kautsar ♥


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Sumber : Facebook

34 comments:

akubiomed said...

Ada ustaz berkongsi khasiat ayat ini ketika sambutan Maulidur Rasul di tempat kerja saya. Terima kasih berkongsi.

eiela said...

sebab tu ramai yang baca surah nih dalam solat supaya tenang dan khusyuk bila solat.

blog-tips-kurus said...

surah pilihan sebab pendek je.. :-)

kebetuan tengah hujan lebat ni..

etuza said...

Asalam.
Subahanallah..sungguh murni ilmu di sini, pcik link kan ya, sebagai sahabat terbaik blog maya PEWWK dari Sabah. Mohon sudi..

Telor Power said...

terima kasih kerana sharing....sebelum ni ada juga ustaz di tempat kerja tampal risalah di papan kenyataan. walau pun dah tahu....tak semestinya diri ini ingat, terima kasih lagi ingatkan kembali.....
moga2 aku dapat sentiasa mengamalkannya.AMIN

Yumida said...

byk kn kelebihan bc surah ni...

Ayie Abas said...

perkongsian yg baik lady.^__^

p/s : sebenarnya entry ni juga ada dlm draft blog PGGP...hehe3 juga dari sumber yg sama fb.^__^

lady dah mendahului ayie eh...haha3

naim said...

salam akak

terima kasih..

Akak. try akak mengkaji khasiat Surah Fatihah.. :)

**tajuk entri utk akak. haha, naim skang bz di dalam mengupdate entri yg panas2, hanya copy n paste sahaja.

terus menuju demi Ummah.Insha ALlah.

salam alaik. :L)(

tehr said...

Sama2 kita amalkan
Moga beroleh keberkatan

Zefa NorAsmara said...

Perkongsian yg baik Lady.. surahni walaupun pendek namun banyak kelebihannya..

Semoga kita istiqomah menjadikan bacaan al quran sebagai bacaan harian tanpa gagal..

lisa said...

Pernah baca di fb tapi lupa. hehe terima kasih ingatkan :)

Woofer Storm said...

terima kasih atas perkongsian..

#stiap ayat alquran ada khasiat,cuma dari diri kita je yang rajin ke tak nak cari tu semua..slmt mlm ye..

LydSunshine said...

Ha ah kan. Pendek je ayat ni. Boleh diamalkan setiap hari. Thanks.

Dinar said...

terima kasih lady, berkongsi ilmu yang tak ternilai ini..surah ni mmg jadi kesukaan saya..

Miss PIJAOSIX said...

Salam;

betol ape yang lady post nih. Akak dah praktik kan. Alhamdulillah. Keikhlasan dan keyakinan adalah senjata utama. InsyaAllah, akan dimakbulkan. :)

Bui Junaidi said...

TAK SANGKA AYAT YG BEGITU PENDEK BYK JUGAK KELEBIHANNYA..

THANKS LADY

Puan Kutu said...

setiap hari akk baca dlm solat,akk pun dah share dlm blog tempohari..:)

JR said...

Banyak ayat yg boleh dijadikan penawar dlm menghadapi penyakit kronok dan pelbagai kerenah hidup. Cuma kdg2 kita terlupa dgn keajaiban dan kesaktian al-Quran...

Yumida said...

sis...sy dh tuka ke pop up window...thanks sudi singgah...singgah la lg...hihihi

Tihara said...

nice nice nice sharing lady..Alhamdulillah dan Insya Allah akan selalu amalkannya..thanks :)

m.u.l.a.n said...

tqs for sharing...

Ad-Dien said...

insyaAllah, semua surah dalam al-Quran punya ganjarannya..yang thabit dan sahih adalah satu huruf 10 ganjaran..yang lain-lainnya dijelaskan pula dalam hadith-hadith fahdhail amal, dan status hadith nya pelbagai..

adalah lebih aula dan baik jika kita dapat menyenaraikan sumber siapa ulama' dan dalil bagi setiap hujahnya..sepanjang mulazamah saya bersama para marsyaikh..banyak ditemui hadith dhaif dan maudhu' berkaitan fadhail surah..wallahumusta'an

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

والله أعلمُ بالـصـواب

Kamsiah said...

salam
sesungguhnya AL QURAN adalah panduan hidup kita...Insya Allah hidup selamat dan berkat jika hidup berpandukannya

nohas said...

Suka baca surah ni, sebab suku kata akhir yang sama..byk fadhilatnya..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

surah yang pendek, tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri :)

Miss Purple Ungu said...

tima kasih lady atas pkongsian yg bguna ;)

S..U..D..@..I..S said...

dapat ilmu yg hebat disini
tq lady perkongsian ini

tiefazatie said...

tq 4 sharing dear..=)

Cik Aien said...

Terima kasih berkongsi :)
Alhamdulillah, pengetahuan baru..

ctpayong said...

alhamdulillah...TQ LB

Fid"s said...

bagus jugak info....
terima kasih..

chii said...

insya Allah..k.chii nak amalkan baca pas solat pasni..
syukran jazilan =)

suri said...

begitu byk manfaat surh ini tidka ternilai jika d bandingkan ubt2 dr klinik doktor tu heee

Suhami Ahmad said...

perkongsian yang sangat menarik...moga kita mendapat kebaikan dengan mengamalkannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...