Tuesday, March 13, 2012

Tanda-Tanda Awal Kanser

Tanda-Tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 Penyebab Utama Kanser

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

Teh Dan Kanser

Boleh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. 

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Diet Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil
Buah-Buahan Merupakan Makanan Pencegah Kanser

36 comments:

Pen Biru said...

tq 4 the info

Kakzakie said...

Bila sebut kanser memang takut tapi selalu lupa dgn cara pemakanan yg tak sihat...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kowaiiiii
moda di jauhkan kiter dari sebarang musibah inshaAllah

Aine Ainun said...

Kdg2 kita ni nmpak sihat je, tp dalaman, kita x tau...

Kan..

akubiomed said...

Klinik kerajaan seluruh Malaysia ada menawarkan ujian Pap Smear secara percuma untuk mengesan kanser diperingkat awal tetapi tidak ramai yang pergi mengambil ujian ini walaupun percuma.

Yatie Awang said...

tapikan kita kalau dah makan lupa pasal penyakit, yang penting perut kenyang...

inilah penyakit yg paling ditakuti kaum wanita...sama2lah kita hindari dan amalkan pemakanan sihat..


good info

Telor Power said...

nice info ladyBird...
mohon copy eh....nak share kat FB

tehr said...

Sama2 la kita jaga kesihatan
nampak macam kanser ni lebih menyerang kaum wanita

mie said...

kesimpulannya..
jagalah kesihatan dan pemakanan anda..
ehehehe

chii said...

tq untuk info..

tp kalau nak diikutkan..dlm diri setiap manusia..mmg da ada sel kanser..cuma dia aktif atau tidak je..selalunya persekitaran dan pemakanan yg membuatkan sesuatu sel tu aktif..

dan selain tu..faktor genetik pun sama gak..alhamdulillah..xde tanda2 tu dlm diri k.chii

Suhami Ahmad said...

penyakit kanser ni memang bahaya...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga Lady sihat hendaknya..

Cegah sebelum parah..

eiela said...

macam-macam kanser nih. nanti saya nak link dengan entri nih k. ada benda nak share.

Ckin Kembaq said...

mtk dijauhkanlah.... ^_^

suri said...

salam..

pernah makn evening primrose oil tapi dh lama tak ambil heee

suri said...

takut klu sakit jantung, buah pinggang , kanser payudara, pangkal rahim mmg bunyi menakutkan...

suri sllu dlm sebulan akan ambik brakoli bagus gak utk cegah kanser.buah2 dan sayuran lain byk bagus juga..sesekli perlu tukar menu hidangan asyik sayur kailan, kangkung..sawi jemulah heee

ctpayong said...

Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim

semoga kesihatan kita diberkati Allah swt.

najihah sahami said...

mintak dijauhkan drpada penyakit ni...huhuhuh...

etuza said...

Asalam..
Kebetulan minum secawan teh petang ni..sambil membaca infa anda..
terima kasih..moga kita dijauhkan.

Hhehe kurangkan makan yg pedas2 juga ya..susah tu kurang lawas.

Nieza said...

info yang menarik..tq sharing:)

Fatin Mraz said...

kanser pembunuh utama...
bab pemakanan nih mmg kne jaga betul2..

Yumida said...

info yg sgt berguna utk dikongsi bersama...

JR said...

Baru minggu lepas saya kehilangan ipar yg kena kanser. Doktor meramalkan dia ada masa setahun, tapi Allah menentukan dia pergi cuma dua bulan aje lepas disahkan kanser. Cepat sungguh dia pergi, sedih....

ILA HonEyBuNNy said...

kena jaga amalan pemakanan neh..

mencegah itu lbh baik kan...insyaAllah..

semutsengal said...

makanan mmg punca utamakan. Tulah bila hidup memang untuk makan je.

Mr.Clive said...

terima kasih LadyBird! :)

jebengotai said...

bgslah info ni.. :)

Ayie Abas said...

kanser antara penyakit yg dipandang serius oleh kebanyakkan dari kita.

tiefazatie said...

mencegah lebih baik drpd mengubati..=)

Bui Junaidi said...

SEBUT PASAL SAKIT KANSER,TERUS RASA TAKUT..NAUZUBILLAH

LydSunshine said...

Saya selalu paranoid dgn cancer. Bila sakit skit je rasa cam ada kanser. Bengong kan? Pastu bila doktor diagnose, doktor kata kalau berat badan makin naik tu, insyaAllah bukan kanser. Hahah.

sudipVSsenduk said...

pernah alami salah 1 tanda di atas, (terasa dunia gelap gelita) setelah menjalani biopsy & beberapa operation... Alhamdulillah, ianya bukan kanser.

AsNiza said...

anak buah akak now fight for cancer - sesi rawatan chemoteraphy selama 15 bulan.. baru je start beberapa minggu lepas... now selalu demam, ulser dalam mulut n tekak, susah nk makan, dalam masa sebulan berat kurang 6 kg..

takpelah yg itu.. yg penting, doa2kan dia selamat...

Cik Cyida said...

thanks for info!

nurul said...

ekstrak iji apricot 2 bagus utk kanser..berkesan..

Rosilawati Al-Ya'kubiyy said...

Sama2 kita berdoa semoga dijauhkan dr penyakit akhir zaman ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...