Isnin, 9 Januari 2012

Celik Dalam Gelap


Hambatan masa silam membuatkan dia takut untuk melangkah..

Kayuhan kehidupannya amat bercelaru..

Sekejap dia begitu.. dan sekejap dia amat jauh berbeza..

Kontranya begitu jelas sekali..
 

Dia begitu kuat mencuba.. Sehinggakan kadang-kadang dia kehilangan diri..

Roda dirinya beroleng ke hadapan dan kadang-kadang beroleng ke belakang..

Apabila dia maju ke hadapan.. mindanya positif..

Apabila termengundur ke belakang.. dia mula kehilangan arah..


Namun.. dia tetap mencuba..

Ketika termengundur.. dia cuba untuk pegun..

Mencari sebuah titik keseimbangan..

Dan apabila dia maju.. kayuhan langkah terus diatur satu demi satu..


Itulah kehidupannya kini..

Hambatan masa silam menjadikan dia seorang yang amat penakut dan pendendam..

Lambaian masa mendatang menjadikan dia kuat dan tabah..


Dirinya kuat dalam kelemahan..

Berusaha dalam keputus asaan..

Redha dalam kepasrahan..


Kekuatannya hanya satu..

Janji Tuhan 'neutral' suatu waktu..


Nukilan LadyBird's Life

29 ulasan:

dalila berkata...

adik pun penah merasa kehilangan?... sedih kan... hya org2 yg pernah hadapi situasi itu sahaja mengerti perasaan sedih tu camna kan?... salam takziah... Al-fatihah

tehr berkata...

payah juga aku nak faham
tapi yang pasti
gelap akan berganti terang
seperti malam berganti siang

Woofer Storm berkata...

samalah,nmpak sangat tinggi benar bahasa yang dipakai..

#tapi bunyi menarik,rasa nak menuntut ilmu je dari pemilik blog ni..eheee

kiwi berkata...

masa lalu tu la yang mengajar kita erti hidup :)

LydSunshine berkata...

Fuh... berpeluh otak nak fikir maksud kata2 awk ni lady. Sampai ke sudah saya tak faham. Puitis habis. Apapun... semoga berjaya menemui titik keseimbangan dalam hidup dan semoga sentiasa melangkah ke depan walaupun celik dalam gelap.

The Fakhirin berkata...

apa maksud disebaliknya?

Unknown berkata...

ape yang kite lakukan pasti ade pro n contra nyer..kadang2 kebawah, kadang ats..berusehe dan sentiase berusehe yang kekal terbaik !

terokai seni berkata...

memerah dalam diam... fikir, fikirrrr dengan mata ati

Mario berkata...

errr.tk faham sgt tp dr tajuk tu...bole agak..

Misty Melor berkata...

lady ...

celik dalam gelap .. walau sesukar mana sekalipun.. ianya jauh lebih baik ... dari celik dalam terang tetapi buta T_T.....


so, just let it flow...

Unknown berkata...

CELIK DALAM GELAP..?ADAKAH BERMAKSUD HATI YANG TERANG DAN PENUH ILMU

semutsengal berkata...

terus mencuba, kita perlu usaha utk masa depan buka berfikir mengenainya,


Cool tak ?

Nizam berkata...

jadi janganlah kita mundur dan berfikiran negatif...sentiasa melangkah kehadapan walaupun agak sukar kerana dalam kegelapan.Tetapi tidak mustahil dihadapan tersembunyinya cahaya yang akan mengubah segalanya... :)

Unknown berkata...

malam kerja...siang tidur..?

wahida berkata...

apesal aku lambat nak faham neh?

Ayie Abas berkata...

sesuatu yang gelap pasti kan terang jua akhirnya...bila sudah disuluhi dgn cahaya....walau cahaya yg terbit dari api yg kecil....sekecil api mancis.

Nizam Ijam berkata...

pikir maju kehadapan..

sud@is berkata...

payah juga nak faham.....
yg aku faham hidup perlu diteruskan dengan penuh ketabahan

Unknown berkata...

tinggi bahasanya itew....atok kurang paham...huhu

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga LB sihat hendaknya..

Permulaan kehidupan adalah peluang, pertengahannya ialah perjalanan dan kesudahannya adalah destinasi. Jangan biarkan perjalanan itu kosong tanpa ketaatan kerana ialah penyuluh jalan yang gelap.

ieja amieja berkata...

huhu..itu tandanye jiwa yg kacau..hehe

Redhzuan Indera berkata...

cuba gagah , padahal tak kuat .
sangat murni usaha dia .

salam perkenalan .

http://coretpujangga.blogspot.com

ajak berkata...

asalam ...salam kenal ... saya new bie ... saya dah jadik follower awak ... sudilah kiranyerr jadik follower saya plakk ..tq.

BlogS of Hariyanto berkata...

janji TUHAN selalu kan ada menghadirkan harapan yang selalu ditepati terpenuhi bagi setiap hamba ALLAH yang percaya bahwa sesudah gelap terbitlah terang ...salam :)

Unknown berkata...

selagi ada daya dan usaha..harus terus pandang ke depan...walaupun payah..tp harus diteruskan juga =) kena kuatkan ati dan semnagat...insya Allah...walau dlm terang atau gelap..pasti boleh hadapinya..

eiela berkata...

puitis sungguh nih kak. jauh dari hati. teruskan jugak berusaha.

Puan Kutu berkata...

puisi tulis sendiri ke nie?sgt puitis..kena mendalami baru faham maksudnya..:)

CIK TOM berkata...

yg ciktom faham tajuk celik dalam gelap..seperti orang buat yang nyata buta gelap tp celik hatinya oleh Allah..tp tgk nukilan ni cam lain maksudnya..sori kl slh tafsir..heee

sungguh puitis nukilan lady..ciktom rs lg best nukilan ni tajuk asal cam url..pelarian sebuah kehidupan..br kena dgn isi nukilan yg puitis..sekadar pndpt cik tom..

pe pun mmg best!

akubiomed berkata...

Orang kata orang hilang keupayaan penglihatan adalah celik hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...