Assalamualaikum... ♥ dan salam sejahtera ♥
Lady suka makan telur.. hampir tiap2 hari lady akan makan telur.. telur tu seolah-olah makanan rutin lady.. Tapi orang cakap makan telur banyak-banyak tak bagus..
Jadi lady korek info tentang telur ni daripada buku yang lady pinjam daripada perpustakaan tempat lady ni.. Rupa-rupanya terdapat hadis yang menyatakan kebaikan makan telur iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang bermaksud :
"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur." [Riwayat al-Baihaqi]
Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur merupakan makanan yang lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.
Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi, sulfur dan fosforus.
Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di samping mempunyai fungsi yang berbeza pula.
Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami isteri.
Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.
Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi
♥ Lemah daya ingatan
♥ Lemah daya tumpuan
♥ Tumpul minda
♥ Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.
♥ Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.
♥ Sering menguap
♥ Tidak minat bekerja
♥ Benci kepada kontradiksi (pertentangan)
♥ Tidak dapat mengawal amarah
♥ Lembab atau pasif
♥ Kanak-kanak degil
Cara Makan Kuning Telur
1. Campurkan kuning telur separuh masak dengan madu lebah
2. Tumbuk tujuh biji buah badam
3. Campurkan 1 dan 2
4. Makan setiap malam sebelum tidur
Lady ada seorang kawan... kawan lady ni ahli bina badan.. tiap2 hari dia akan mengambil sekurang-kurangnya lapan biji telur untuk membina otot-otot badannya.
Tetapi bagi orang biasa, pengambilan telur secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit. Setiap apepun makanan yang kita ambil perlulah berdasarkan tahap keperluan badan kita.. sederhana itu lebih baik.
29 ulasan:
ADA ORG KATA TELUR KUNING NI BANYAK KOLESTROL..DULU KAWAN KAK BUI KALAU DIA MAKAN TELUR KAN,TELUR KUNING TU DIA BAGI KAK BUI..DIA MAKAN TELUR PUTIH JER..
Salam, jemput ke blog saya untuk kongsi resipi di http://cooking-engineer.blogspot.com/ Thanks.
percayalah Telur mmg byk kelebihan dan ianya POWER!
As salam Lady,
Saya mkn telur ayam kampung. Telur ayam bandar pn mkn tp telur ayam kampung lbh organik dan sihat.
suka telur dadar...ngee..:)
sme ar.sy pon suke mkn tlur.blh dikatakn hri2 amek tlur spruh msk.huu
awe sangat suka telor..penambah selera makan :)
suka telur dadar je
campur bawang, cili kering dan sedikit garam
hehe
Suka dengan telur masak mata kerbau.. Yum2.. :D
lady..dirumah acik ni kalau 10 biji telur tu tak sampai 2 hari habis..
semuanya suka makan telur.
apik terlebih mkn telur haritu..sekarang muka dah bulat..huhu
saya cukup gemar telur..terutama telur rebus makan dengan kicap mmg best...telur mmg mempunyai nutrien yang lengkap utk kesihatan..kurniaan Alah yang unik utk manusia..Subhanallah
suka sgt mkn telur separuh msk dan telur mata kerbau :)
Assalamualaikum Lady
lepas ni saya nak makan telur hari2 la...he he
hehe nak kata hari2 tu takla, tp mmg lauk yg aku boleh makan ayam, telur n ikan bilis je... huhuu
Teringin nak makan telur dinosour, kalau makan mungkin badan jadi gagah mcm dinosour..
rupanya byk khasiatnya...alahai
telur rebus mmang tak boleh nak ngam sgtlah..
law telur dadar tu okey sentiasa..:)
yang bagusnya telur ayam kampung dicampur dengan madu lebah,,,nak lagi bagus guna telur ayam kampung yang mentah tapi pastikan madu lebah yang ori,,,
suka telor yang dapat dari rumah kenduri kawen..berebut dengan adik2 masa kecik2 dulu..
telor mata kerbau cicah kicap..memang sedap
Suko mkn roti telur ;-)
Assalamualaikum...
saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..
anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya. byk info menarik boleh dikongsi bersama.
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
kawan IM baru ni ada bagitau bila ditanya kenapa dia cukup fit walaupun terpaksa trekking dalam jarak jauh.
jawapnya: dia makan telur separuh masak campur madu sejak dari muda.
kalau makan dari muda, telur masak + madu, badan tak cepat letih dan selalu fit!
k.chii makan telur..buh kicap..sedap..
kadang2..telur rebus utk nasi lemak...amik satu..makan time panas2..mmg best..ehehe
ciktom suka telur dadar..
best!!
telur ni kadang2 nizam suka pecahkan dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap dan madu...kalau nak pedas sikit campurkan dengan serbuk lada hitam..hehehe
bagus.. informasi yang bernas..
betul tu.. atuk saya amalkan setiap pagi makan 2biji telur setengah masak.. tak ada kolestrol pun.. kadang orang bagi salah informasi.. kita terikur kesalahan tu...
Catat Ulasan