Rabu, 18 Januari 2012

6 Sifat Yang Perlu Kita Hindari [Wanita]

Pesanan Rasulullah :
6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini

Setiap orang menginginkan pasangan yang baik untuk menjadi pasangan hidup.. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. 

Untuk mendapat pasangan yang baik.. kita perlu menjadi baik.. Insya-Allah pasangan yang kita perolehi baik..

Kita tidak boleh mengganggap diri kita baik.. sebab baik ini terlalu luas konteksnya.. Namun begitu, kita tetap perlu berusaha ke arah menjadi baik..

Ini merupakan tabiat yang perlu kita elakkan kerana ciri-ciri wanita seperti ini tidak layak untuk dijadikan seorang isteri dan bukan ciri-ciri seorang wanita Islam.

1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Jom kita sama-sama elakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka.

30 ulasan:

Unknown berkata...

ALHAMDULILLAH,KAK BUI TAK TERGOLONG DLM GOLONGAN TU..MMG ADER KEBURUKAN TP YG SEDANG2 SAJA..HEHE

Dinar berkata...

salam lady, mungkin perkataan "nanah" yg kotor dan busuk tu dtg dari 3 sifat terburuk tsbt di atas kot...

Fiza Rahman berkata...

Good info. Smoga kita dpt elakkan diri dari menjadi permpuan seperti ini.

Kakzakie Purvit berkata...

Moga kita dijauhi dari 6 sifat yg ini...

Ayie Abas berkata...

semua hujungnya ada 'ah' yer? haha3
entry yg menarik..ermmm indahnya hidup jika dpt seorg wanita bernilai 'perhiasan dunia'.

Nizam berkata...

bagus untuk nizam cari calon wanita ni..thanks kak.. ;)

Ardini Humaira berkata...

semoga kita menjadi wanita yang solehah, amin..
:)

munna berkata...

semoga kita dijauhi dari sifat2 tersebut

Telor Power berkata...

memang patut dihindari. boleh pening kepala aku kalo berperangai begini.

Unknown berkata...

bagus entry nih utk mereko2 yg tengah cari bakal isteri...

m.a.r.i.n.a.r.i.z.u.a.n. berkata...

tq... dapat muhasabah diri nie... takut yg dilakukan setiap hari menjadi salah satu keburukan di atas yg kita sendiri x sedari...

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam akak

tq akak.. Ustaz kazim ada cerita pasal ini..

;)

Woofer Storm berkata...

moga2 tiada wanita sebegini..ermmmm

#lelaki pun,kalau nak pilih ppuan yang baik2 tu,baikan dulu diri anda.peringatan untuk sy^^

Rozie berkata...

thanks for info

suri berkata...

mencuba sadaya baik mungkin..moga dia menyenangi saya

Puan Kutu berkata...

semoga dijauhkan dengan semua sifat yg disenaraikan..

Ungu Violet berkata...

berusaha utk mnjadi yg lebih baik..:)

Shila berkata...

moga dapat memperbaiki diri ni..

huhuhu...

Unknown berkata...

paling tak suka wanita yg no 6 tu...klau dia dh dpt berckp, biasanya keluar mcm machinegun pun ada.....:)

akubiomed berkata...

Moga-moga wanita muslim diluar sana sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang baik.

najihah sahami berkata...

semoga dijauhkan semua sifat ni..aminn~

Unknown berkata...

ish....teruk klu jumpa orang cenggitu...

ieja amieja berkata...

Alhamdulillah..akk tak tergolong dlm tu..sama2 lah kita jauhkan dr keenam2 sifat tuh..

terokai seni berkata...

kata ustaz, 'kurrat a'yun/penyejuk mata' ialah dia buat apa yang disukai suaminya bukan takat solehah aje contohnya kalu suami suka bila balik isteri buat cekodok jadik hari-hari le buat cekodok

sud@is berkata...

moga terhindar dari 6 sifat yang buruk itu untuk mendapat redha Allah
tq lady

tehr berkata...

moga2 wnita kita sentiasa menjaga diri dan menghiasi peribadi

lelaki pun sama
hehe

LydSunshine berkata...

Mintak2 la saya takde sifat2 tu. Huhu..

Unknown berkata...

salam lady..golongan wanita niy semestinyer ade di luar sane..majoritinya !~ tapi, mahukan laki yg baik, ya betul kite perlu baik..jike kite rase kite baik, kiter mesti jd lagi baik..thanks for sharing lady..nice !~ =)

eiela berkata...

moga dijauhkan dari sifat2 nih, ade sikit tersangkut hope bleh perbaiki lg.

CIK TOM berkata...

smoga dijauhkan dr sifat tue semuaaaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...