Khamis, 17 November 2011

Pekerja Diperlukan Dengan Kadar Segera

Kekosongan jawatan sebagai Guru di Tadika dan Pembantu di Taska Haluan Insan, Bandar Baru Bangi.


Berikut adalah kriteria yang kami perlukan:

1) MEMPUNYAI MINAT YANG MENDALAM DALAM MELAKUKAN KERJA-KERJA ISLAM.
2) Niat bekerja bukan sekadar mengisi masa lapang, mencari pengalaman atau menunggu mana-mana panggilan. InsyaAllah pengalaman bermakna akan anda perolehi di sini.
3) Menutup aurat seperti yang disyariatkan.
4) Tidak dibenarkan berjumpa/membawa datang lelaki/ 'boyfriend'/tunang ke tadika atau berhampiran dengannya..
5) Sanggup mengikuti usrah setiap minggu atau setiap 2 minggu sekali.
6) Kelayakan minima adalah SPM sehingga diploma. Ijazah juga boleh memohon.
7) Boleh berkerja sekurang-kurangnya setahun.
8) Belum berkahwin.
9) Bersedia untuk tinggal di tadika.
10) Pengambilan November/Disember

Sekiranya BENAR2 berminat dengan jawatan ini dan SANGGUP memenuhi kriteria yang kami inginkan, anda sangat dialu-alukan untuk memohon dengan menghubungi 016-6559697 / 017-2734233. Tetapi sekiranya berada dalam keraguan antara boleh dengan tak boleh,anda dinasihatkan tidak memohon.

Kelebihan :-

1) Imbuhan yang sangat berpatutan.
2) Tempat tinggal, makan, minum dan keperluan asas disediakan.
3) Toleransi dan kesefahaman
4) Dan yang paling penting... kebajikan terjaga, insyaAllah.

♥Kepada sahabat-sahabat blogger semua.. kalau sudi.. sharekan di facebook kalian ek.. mungkin ada antara kita yang amat memerlukan pekerjaan sekarang..Terima Kasih ♥ Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. ♥

p/s : Maaf, sebenarnya lokasi taska ini adalah di Bandar Baru Bangi, bukan di Klang seperti yang tertulis sebelum ini.

14 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam akak

ini dekat mana>

Muhammad Naim Abdullah berkata...

huhu.. selangor kan..

ILA HonEyBuNNy berkata...

seronoknya..

kalau macam ila bulan 1 neh baru beh stdy..huwawwa..

xleh la nak apply..;)

sud@is berkata...

jauh sgt tu kalau tak mau juga mencuba..hehe

cik helena berkata...

seronok kalau jadi guru tadika ne yek :)

Unknown berkata...

wah, peluang kerja yang menarik tu

tehr berkata...

wanita sahaja atau lelaki juga boleh memohon?

Unknown berkata...

jauh sangat..

tp insyaallah akan ada yg berminat nnt..

Nizam Ijam berkata...

wah...best nyer :D

Unknown berkata...

Klang...tak jauh dah dari tompek kojo papa mifz...

ghost berkata...

yang dah keje gomen masih leh mohon tak?haha

sangat sesuai bagi mereka yang berkelulusan dalam bidang tuh.baik mohon dengan segera.

ILA HonEyBuNNy berkata...

sis...

nanti ila tanya kawan ila...dia ada dip pndikan kanak2...

mmg nak offer kat dia..ehheh

Unknown berkata...

bukan utk yas keje nih...hehehehe

Unknown berkata...

kalau k.chii x keje lgi..leh gak apply...lg plak dekat ngan umah..hurm..xpe2..nnt k.chii try tanya2 kan org ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...