Wednesday, November 9, 2011

Keistimewaan Ciptaan Allah

Kayu Kokka
Setiap ciptaan Allah swt. mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan-Nya itu disertakan khasiat yang tersendiri. 

Tiada suatupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah swt. memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. 

Dengan taufik dan hidayah-Nya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah swt. lalui menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Seperti yang kita maklum, platinum, emas, dan perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. 

Bagi wanita pula, emas sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam pembinaan pula adalah titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. 

Cincin Emas
Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, besi berani atau magnet adalah logam yang paling aneh dan unik. 

Dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati tongkat ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.

Kayu tas pula pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung seperti yang digunakan oleh pengendali pertunjukan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.

Manakala kayu kokka pula merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah digunakan sejak zaman nabi-nabi terdahulu seperti nabi Nuh as. yang membuat bahteranya menggunakan kayu kokka, tongkat nabi Musa as. dan nabi Syuaib as. sendiri diperbuat daripada kayu kokka.

Kesemua ciptaan Allah swt. hanyalah menjadi perantaraan semata. Allah swt. jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. Yakin dan berserah hanya kepada Alalh swt. selayaknya. Percayai dan terokailah akan ciptaan-Nya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Tulisan Bersumber Rujukan : Buku Darul Nu'man

20 comments:

Hanis MY said...

subhanallah...

Kakzakie said...

Maha kaya dan pengasihnya Allah ciptakan semua ini utk kegunaan hamba-hambaNya...

Suhami Ahmad said...

banyak ciptaan Allah yang berguna tapi kito tak sodar laie kan

Mario said...

tp mana nak dpt kayu kokka tu ek...

naim said...

maha suci Allah.

dwaty said...

subahanallah... apabila ALLAH menginginkan maka jadila ia...

Temuk said...

Bersyukurlah kita kepada Allah kerana mencipta kita, dan mengurniakan akal untuk kita memikirkan kegunaan segala kurniaan-Nya yang lain. Dan mengatasi segala-galanya, untuk kita mengetahui, mengakui, serta tunduk kepada kekuasaan-Nya.

ghost writer said...

kayu gaharu pulak sangat diperlukan dalam industri pembuatan minyak wangi dan sangat mahal harganya.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Allah telah menciptakan beragam ciptaan yang tak terhitung jumlahnya untuk direnungkan. Segala sesuatu yang kita saksikan dan rasakan di langit, di bumi dan segala sesuatu di antara keduanya adalah perwujudan dari kesempurnaan penciptaan oleh Allah, dan oleh kerananya menjadi bahan yang patut untuk direnungkan.

chii said...

chii setuju..setiap kejadian ada hikmah dan keistimewaan nya...

satu lagi..yg sgt bernilai..batu berlian =)

emas..eheh..memang menjadi igauan wnita..tp untuk lelaki..boleh dijual :p

S..U..D..@..I..S said...

kayu api sangat berguna pada waktu dulu untuk memasak2 kenduri kawin

munna said...

SUBHANAALLAH...SESUNGUHNYA ALLAH MAHA PENCIPTA

sudipVSsenduk said...

sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah...

tehr said...

tetiba je aku terkenangkan dapur kayu
dah pupus agaknya sekarang ni

Seri Bahasa said...

setiap sesuatu ciptaan itu ada keistimewaan tersendiri...terpulang dari kita untuk menfaatkannya.

Dea Bianglala said...

kayu kokka itu kayu apa ya , lady? apa sejenis dengan kayu jati (teakwood)?

apapun...setiap hal dimuka bumi ini pasti mempunyai keistimewaan... sedikit banyak... pasti ada manfaatnya... mahabesar Allah :)

Eza Zularyeza said...

xda apa yg Allah ciptakan tu dgn sia2

Nizam said...

SubhanaAllah..begitu indah ciptaan Allah kan sis...

missSenget said...

bersyukur dengan apa yg ada..

caliph shuriken said...

setiap ciptaan itu x sia2, ada kegunaannya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...