Saturday, November 5, 2011

Durian Belanda Anti Kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/ kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/ penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. 

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir di sini. Kenapa?

Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. 

Tetapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Maklumat diambil dari SINI.

22 comments:

Suhami Ahmad said...

hebatnya ciptaan Allah...setiap penyakit tu ada penawarnya

Temuk said...

Pengidap kanser memang menderita 2 kali. Mula-mula, derita kansernya. Kedua, kerana rawatan kimoterapinya. Jika benar efikasi durian belanda tinggi, saintis kita wajar memperhebatkan lagi penyelidikan mengenai pokok dan buah ini yang sememangnya mudah diperolehi di negara kita. Salam bahagia.

tehr said...

pernah makan buah ni masa kecil dulu
kat rumah mak ada sepohon
tapi sekarang dah tak ada lagi

dwaty said...

salam aidil adha...
dah lama tak makan durian...

chii said...

10 ribu kali kuat? besar tu...teruk tul dorang sembunyi kan perkara mcm ni..x patut kan...

x sangka..buah yang mcm ni..sangat besar manfaat nya ...

terliur rasanya bila teringtkan rasanya yang masam2 manis...

terima kasih ya lady..untuk info yang sngt berguna ni

insan_marhaen said...

kat rumah IM di kg dulu meang ada pokok buah ni.

selamat hari raya juga...teringat kg pulak eh!

LiFe KaMi said...

bagus ye buah durian belanda ni,
kami suka minum air jusnya,
ada byk jual kat kedai,
rasa masam2 manis,sedap..

zureen said...

setiap apa yang Allah cipta untuk kita tu mesti ada kelebihannya.. :)

nice info!

atuk said...

Salam Aidil Adha Lady

Alhamdulillah

dulu masa kat kampung buah ini tak berupa laku, melambak kat bawah pokok

Wassalam

Kak Imun said...

Salam, ladybird. Kak bersyukur krn membaca info ladybird ini dan sangat2 bersyukur juga krn mak ada tanam pokok durian belanda ni. Tak sabar tunggu ia berbuah......:)

gadisBunga said...

kalau cemtu mmg patut lah kita makan buah durian belanda ni selalu!

Niza Romli said...

berkhasiat dan sedap!! :)

sal said...

alhamdulillah..info berguna..

munna said...

KAK MUNNA MMG SUKA MAKAN BUAH NI....

apik pehe said...

laa..yer ke kak..durian tu mmg sedap..tapi susah la nk tanam pokok dia..

ieja amieja said...

alamak!! sayangnyer pokok durian belanda kat kg dah mati..sedapyer makan lps kuar dr peti ais..blend buat jus sendiri lg sedapkan,,,

blog-tips-kurus said...

mase kecik2 dulu tak layan pon buah ni. sekarang baru tau-pokoknye pon dah lamemati. huhu!

S..U..D..@..I..S said...

susah nak cari eh....nak beli pun tak do..kena pi jalan2 kat kampong

sudipVSsenduk said...

susah nak jumpa buah ni.. buat air pun sedap

salam ukhwah.

Yastro said...

antara buah yg yas suka gak nih...tp la ni cam jarang2 sangat nak jumpa dahhh...

Nor Atierah said...

assalamualaikum,,,sahabat2 blogger,,,
saye nk tye la,,,kat mane kite leh dapat an durian belande ni ye,,, sy duk area bangi,,,teringn nk makan,,bile nk susah nk jumpe,,,bile x nk ad je kt mane,,, kalu ad dapt info ap2 ,,, tolong emailkan ke,,,,
atierahfira@gmail.com
thanx,,,

Nor Atierah said...

assalamualaikum sahabat2 blogger,,,
sye duk area bangi,,,teringin sangt nk makan durian belande ni,,kalau kawan2 ade info kt mane boleh dapatkan buah ni,,,sila email kan ke
atierahfira@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...