Friday, November 25, 2011

Penggunaan Telefon Bimbit Dan Risiko Kanser Otak


Salam.. Kali ini lady nak kongsikan satu artikel berkaitan dengan risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna telefon bimbit. Majority daripada kita menggunakan telefon bimbit.. dan telefon bimbit merupakan suatu keperluan bagi sebahagian besar dari kita.

Artikel yang lady kongsikan di sini adalah berkaitan dengan kanser otak yang turut disumbangkan oleh kesan penggunaan telefon bimbit.

Lady juga turut menemui satu artikel yang menyangkal artikel ini.. tetapi oleh sebab lady lebih mempercayai kesan negatif maka lady kongsikan kesan negatif. 

Bagi lady, artikel ini jauh lebih telus daripada artikel yang menidakkannya.

Barangkali sebahagian besar daripada kita pernah membaca artikel ini.. Mungkin kali ini boleh baca sekali lagi dan cuba selami sendiri berdasarkan pengalaman peribadi.. kaitkan dengan pengetahuan asas kita berkaitan dengan gelombang dan radiasi.. adakah kita pernah rasa kelainan apabila menggunakan telefon bimbit dalam jangka masa yang lama..

Penyelidikan terbaru menunjukkan bukti yang semakin kukuh yang mengatakan pengunaan telefon bimbit melebihi 10 tahun boleh menyebabkan barah otak.

Penyelidikan itu juga berpendapat yang telefon bimbit mungkin boleh membunuh manusia lebih dari rokok.

Menurut saintis yang menerbitkan hasil penyelidikan itu dalam laman webnya, risiko untuk mendapat barah otak adalah 2-4 kali ganda dan terjadi pada otak pada belah kepala yang lebih kerap kegunaan telefonnya.

Terdapat bukti kuat yang kanser otak seperti acaustic neuroma dan astrocystoma berkaitan dengan penggunaan telefon yang berlebihan terutamanya pada bahagian dimana telefon lebih kerap digunakan.

Dia memberikan peringatan kepada orang ramai untuk mengelak dari mengunakan telefon bimbit dan menyeru industri telefon bimbit agar merekacipta telefon yang lebih selamat digunakan.

Baru-baru ini, Agensi persekitaran eropah (The European Environment Agency) menyarankan yang pengunaan telefon bimbit di kurangkan di negara Perancis dan German terutama dikalangan kanak-kanak.

Berita yang mengejutkan ini menjadi nyata apabila Professor Khuranam ( Pakar Bedah Otak) mengkaji lebih dari 100 penyelidikan tentang kesan yang terjadi akibat telefon bimbit dan memberi amaran yang ia akan terbukti 10 tahun akan datang.

Menegaskan yang kanser otak ini lebih kerap dijumpai dalam keadaan yang sudah teruk, dia berkata yang kita berhadapan dengan situasi yang membimbangkan, kecuali kerajaan mengambil langkah serta merta, kadar kejadian kanser otak dan kematian yang disebabkannya akan menjadi tinggi 10 tahun dari sekarang.

The MOA (Mobile Operators Association), walau bagaimanapun menolak penyelidikan Professor Khurana dengan mengatakan yang ia lebih kepada penyelidikan perseorangan dan ia tidak diimbangi oleh analisa saintifik dan bercanggah dengan kesimpulan yang didapati oleh lebih dari 30 analisa pakar santifik bebas yang lain.

36 comments:

Fatin Mraz said...

mengelak dari pakai telefon bimbit.. mmm..

camaner tuh yer..

Miss Purple Ungu said...

eee...takut plak nk bgayut kt hp lama2 huhuhu

Tirana said...

Nasib baik la kak tirana jarang guna mobile..:)) Kadang-kadang teknologi moden pun ada yang bawak keburukan dan kesan sampingan..

S..U..D..@..I..S said...

tq lady kongsi berita2 penting antara hidup dan mati

naim said...

salam akak

bagaimana perkara ini berlaku?

Acik Erna said...

Lady..tq sudi share..ada ada aje kesan sampingan kan..rasa macam semua benda dah tak selamat.

tehr said...

dalam kesibukan dunia sekarang ni
payah kalau tak guna telefon bimbit ni
cuma kalau boleh dikurangkan je

Ungu Violet said...

pasnih tak leh lah gayut lama2...

jimat sikit kredit...hihi

Rashid said...

Nampak gaya tak leh pakai handphone le ni .. adoii ..

Teringat masa budak-budak dulu. Guna 2 tin susu dengan tali penyambung antara tin disalut minyak gas .. hehe

Puan Kutu said...

dah terbiasa dengar tentang nie, tp org still guna hp..sbb kemudahan kot..

sy dah jarang guna hp,lainlah klu bercinta dulu.keke..

ILA HonEyBuNNy said...

tu la....memang ada kesan neh..

kena cuba jarang guna hp neh..eheheh

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Manusia hanya mampu berusaha mencari sebab dan punca. Sesungguhnya hanya dengan izin Allah perkara itu boleh berlaku atau tidak. Dia~lah menetapkannya dengan kudrat dan iradat~Nya...

Nizam said...

nizam guna handphone tapi mesej2 je banyak..hihihi...

delarocha said...

klu guna handfree ok kot

L said...

L antar surat kat posmen jek... hahhaa.. 3 hari baru sampai..


jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

Bui Junaidi said...

kol bila emergenci jer..

izfanora said...

teknologi buat manusia semakin mengabaikan kesihatan..

Hanis MY said...

setiap alat elektrik ada frekuensi dan gelombang tersendiri, bila lama2 terdedah memang mengundang bahaya, kalau handsfree pulak cemana eh?

CIK TOM said...

ciktom tiap2 malam kot suke bgayut..tp xde la lama..hp pun letak kt tepi katil je..ish kena elakkan pasni gn hp secara kerap..

KhaiRin said...

samada fakta ni benar or sebaliknya, kita harus berpada2..bkn hp je benda2 lain pon sama jg
tq 4 sharing

Ros said...

Salam ziarah,,

Baik info ni...apa pun kalau kita menggunakan berlebihan akan ada kesan sampingan dia...jadikan lah kita insan yang bijak..

@xiiinam said...

Salam Maal Hijrah.

***Terima kasih kerana menyokong entri ckLah yang lalu...

cik penyu said...

salam ukuwah..mis lady.die hanye seorg kwn..maklum la.pipit mane bole terbang dgn enggang walaupon hidup dibawah 1 langit yang sama.

MataHati @ MH said...

salam maal hijrah..

susah nak menyisihkan diri dari menggunakan telefon bimbit sbb ia menjadi satu keperluan dlm kehidupan seharian skrg..

Dinar said...

lady, tima kasih berkongsi info...tp dlm zaman sekarang hp dah jadi keperluan bukan lagi barangan mewah. Cuma kt mungkin blh buat cuba kurangkan...

Yastro said...

Jarang guna h/p ni kecuali terpaksa jerr..beli pun yg cikai2 jee...tp tuk elak mende2 kt atas, rasanya baik guna ear phone pas nih...

Wanzi said...

kena beringat dah lepas ni..... sebelum ni tak tau lagi tentang risikonya.... terima kasih atas info

blog-tips-kurus said...

orang dulu-dulu takde hp ok je kan..? :-)

Cik Aien said...

Info yang berguna Lady.. Haisshh takutnye.. xnak la call, nk sms je :D

nurkaloi said...

dulu slalu gayut
skrg dah tak
kekek

chii said...

k.chii prefer sms daripada call..seriusly..x leh nak fokus sgt apa yg org ckp dalam tepon..at least kalo sms..leh ingt..

sebab tu ada kata2 " saya dengar saya lupa..saya lihat sy ingat..."

Suhami Ahmad said...

tapi telepon bimbit tu dah jadi satu keperluan kan...bukan kehendak dah

cik helena said...

aah henpon bukan kehendak dah jadi 1 keperluan..nak tanak kene pakai jugak..tp maybe leh reduce sikit la penggunaan dr bergayut berjamjam2.hee

eiela said...

hu bahaya nih, kena kurangkan bercakap di telefon.

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

nordin omor said...

bahaya..bahaya..nih...tq for info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...