Sunday, November 13, 2011

Cinta Yang Ikhlas

Cinta Yang Ikhlas.... Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. 

Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda… cinta yang ikhlas… sangat ikhlas….

Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.

Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu.

Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.

Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.

Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.

Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.

Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.

Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.

Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.

Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata:

“Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata: "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”

Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah.

*Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu.. Sebenarnya lady terjumpa kisah ni dalam facebook.. kisah yang menarik.. lady suka.. tapi lady tak tahu milik siapa cerita ni..

Lady teringin nak berjumpa dengan jejaka seperti ini.. tapi kan.. andai lady di tempat jejaka itu.. mampukah lady untuk melaluinya? 

Kita seringkali mengharapkan apa yang berlaku itu terbaik untuk kita.. tetapi kita jarang tuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk orang lain jugak..*

29 comments:

Kakzakie said...

Kalau sudah jodoh pertemuan sesukar mana pun pasti akan bertemu juga. Keluhuran hati pun begitu juga kalau memang dia seorg yg luhur dia akan kotakan janjinya walau dlm hati terharu menyangka -ve disebaliknya ada sinar lebih cantik kan...

Bagus N3 LB... kakak pun suka

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

trime kasih kerana berkunjung dan komen di blog saya..

kunjungan sdri saya hargai...

semoga berkunjung semula..

salam perkenalan dari saya

HEROICzero said...

"Lady teringin nak berjumpa dengan jejaka seperti ini. hehehehe.. tapi kan.. andai lady di tempat jejaka itu.. mampukah lady untuk melaluinya? "

Aku suka kata2 ni . selalu nya perempuan yang sukakan kisah ini , dan akan ditambah dengan kata2 kekonon susah utk jumpa lelaki mcm ni .

tapi kamu ada juga letakkan diri kamu sebagai jejaka tu .

menarik . =)

missSenget said...

kite selalu mengharapkn yg terbaik kan..



tp kite selalu lupa..

adakah kite yg terbaik?

Y__Y

lady..best nye kalo jumpa lelaki mcm tu..!

Nizam Ijam said...

mencuba menjadi y terbaik.

budak kecik said...

wah jujurnya lelaki tu!!

naim said...

salam akak

:((

mampu naim seperti itu? :(

Papa Mifz said...

nak bercinto nih kono ikhlas...jgn kerano terpakso lak...

S..U..D..@..I..S said...

hebat lelaki tu lady..
kalu yg lain nmpak camtu lari jauh2

SheyPull said...

hehehe ayat yg digunakan sugguh sedap..:)


JOM singgah blog saya nak... Adoi!!! Boleh pulak ye berFB dalam SOlat?.

Ungu Violet said...

di alam realiti mungkin tidak...tidak kira lelaki atau perempuan..

semua orang berhak membuat pilihan...pilihan yang terbaik...

di sini kita juga boleh mempersoalkan kejujuran perempuan itu ...kenapa dia mesti berpura2 menyuruh orang lain menyamar sebagai dirinya...bukan ke menipu namanya tu...huhu

namun bertuahlah sesiapa yg bertemu manusia yang mempunyai hati sesuci lelaki itu..:)

Suhami Ahmad said...

tapi atok rasa mustahil jumpa lelaki macam tu sekarang....even perempuan....btw, nice story, tersentuh atok baca =)

aimaniman said...

realitinya susah nak cari jejaka seperti ni dik.. lelaki memang memandang pada rupa yg pertama yg lain2 jatuh no 2 dan seterusnya, kalaulah ada lagi mr right macam tu, aman dunia dr malapetaka lelaki hidung belang,...

tehr said...

orang tua2 kata
kalau kita beri yag baik dan elok
sudahnya nanti kita akan dapat yang elok dan baik juga

kalau bukan di dunia ini, pasti di akhirat nanti

Fatin Mraz said...

mencari yang terbaik..perlu jadi yang terbaik...

mencari yg jujur.. perlu menjadi jujur..

=)

nice entry!

Abd Razak said...

Assalamualaikum Lady...

Cintailah Allah dengan sepenuh hati, nescaya kamu akan perolehi cinta yang ikhlas kepada insan yang disayangi..

adwafarahin said...

ssh nk cr lelaki ikhlas skrng tp maseh ada insyaAkkah

abgreds said...

Assalamualaikum wbt LB...
Tidak mustahil bagi Allah mengurniakan kesempurnaan sedemikian terhadap hamba-Nya. Cumanya kesempurnaan yang sempurna itu adalah milik Allah. Kesempurnaan bagi makhluk-Nya adalah 'Tidak Sempurna'
Maaf lama tak berkongsi rasa di sini... :(

Bui Junaidi said...

wah..terharu dgn keihlasan hati lelaki tu..masih ada kah lelaki mcm tu dlm dunia ni..

zureen said...

lady, semoga apa yang awak harapkan tu, awak akan jumpa satu hari nanti.. :)

Hanis MY said...

Terharunya suka entri ni...

wahida said...

mencari yg terbaik kita juga harus memberi yg terbaik...

Yastro said...

Ramai jejaka akan lari pada zaman skg bila ternampak teman wanitanya sebegitu rupa...yas kompom 99%!!!:)

Kasut Rabok said...

wah...terharu rasanya hati nie....

qemaishak said...

Hebat lelaki tu tapi susah nak jumpa sekarang ni..itulah namanya ikhlas & jujur.

cemomoi said...

dari sudut kaunseling, ramai manusia yang bersifat menyamar pada awal pertemuan.. sebab itu bila dah lama kawin sifat sebenar akan terserlah

Nizam said...

mungkin ada tapi x ramai kot kak...
maklumlah orang zaman sekarang lebih memilih rupa paras daripada hati...
asal cantek terus jalan...

chii said...

beruntungnya dapat jumpa jejaka macam tu kan lady...tp skrg ni susah nak jumpa lelaki yang benar2 jujur dan ikhlas dengan wanita..ramai yg memandang rupa paras dahulu sebelum hati budi...

Tirana said...

unconditional love!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...