Thursday, November 24, 2011

Jenis Wanita Yang Dibenci Lelaki

Assalamualaikum.. kali ni lady nak buat sambungan tentang intipati dalam buku yang lady beli tuh.. dulu lady tulis sal Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki, dan sekarang kesinambungan daripadanya iaitu Jenis Wanita Yang Dibenci Lelaki.. Tajuknya hanyalah berbeza melalui perkataan Tidak Disukai dan Dibenci..

Sebagai seorang wanita dan gadis.. sudah pasti kita nak jadikan yang terbaik untuk suami atau bakal suami kita.. tetapi perlu diingat.. kita berubah menjadi baik bukan semata-mata niatnya kerana lelaki.. tetapi niatlah kerana Allah.. Pasti usaha itu lebih diberkati dan diberi jalan oleh-Nya. 

Bukankah tanpa redha suami, kita mustahil untuk mendapat Syurga Allah, maka jom kite same2 koreksi diri adakah terdapat sifat2 kita ini termasuk dalam senarai yang disebut di bawah :


Jenis Yang Membenci Lelaki

Terdapat sebahagian dari kalangan wanita yang amat membenci lelaki.. mungkin disebabkan faktor keluarga, persekitaran, ataupun pernah kecewa dan terluka kerana seorang lelaki.. Mungkin dalam perjalanan hidupnya.. dia hanya menemui lelaki yang tidak patut dihormati.. Rentetan itu, mereka jadikan suami sebagai musuh ketat mereka.. 

Untuk mengubah persepsi mereka terhadap lelaki perlu kesabaran yang jitu daripada sang suami.. andai tidak sabar, sudah pasti akan berakhir dengan penceraian.. Tidak mudah untuk menemui seorang lelaki yang sanggup sabar menerima tentangan demi tentangan daripada isteri sepanjang hidupnya.

Jenis Yang Suka Mengongkong

Lady rasa ramai yang memiliki sifat sedemikian.. samada sedikit atau banyak.. Mereka amat-amat mencintai sang suami sehinggakan dianggap sang suami milik mutlak mereka.. Mereka memberi kasih sayang tanpa berbelah bahagi sehinggakan takut kehilangan sang suami.. 

Disebabkan itu, mereka mengongkong kebebasan sang suami sehinggakan sang suami boleh diibaratkan seperti lembu dicucuk hidung.. terpaksa menurut kemahuan si isteri.. Nak pergi makan dengan teman-teman pun terpaksa minta izin si isteri.. Seolah-olah bertukar karektor.. Perangai yang seperti ini amat dibenci oleh lelaki.. malah dalam Islam sendiri melarang isteri berlagak menjadi boss kepada suami..

Jenis Yang Suka Bergantung

Jika semuanya masih pada tahap wajar, si suami akan menganggap dirinya sebagai pahlawan dan pelindung dalam hidup isteri.. Dengan sendirinya dia selalu setia mendukung anda ketika dalam kesusahan.. Tetapi jika berlebih-lebihan sehinggakan masalah rambut luruh pun menjadi masalah besar dan memeningkan sang suami untuk mencari jalan penyelesaiannya.. sudah tentu hal ini menyeksa dan membingungkan sang suami..

Jenis Anak Patung

Jenis macam ni memang sangat-sangat cantik.. persis bidadari kecantikannya.. pakaiannya berdandan elok.. kemas.. rapi.. mempunyai susuk tubuh yang menggiurkan suami.. TETAPI ia hanyalah sebagai pameran.. untuk dilihat.. bukan untuk dimiliki dan disentuh kerana bimbang kecantikan yang ada padanya terobek.. nilai sahamnya akan jatuh merudum.. 

Ini antara jenis-jenis perempuan yang dibenci lelaki.. Dalam keempat-empat ciri tu kan.. yang paling menjengkelkan lady adalah persis anak patung tu.. ade jugak ek jenis wanita seperti itu.. kalau dah nak jadi seperti anak patung, kenapa perlu berkahwin..baik xyah kahwin.. menyusahkan si suami jerk.. kesian si suami tu.. huhuhuhu

22 comments:

Yatie Awang said...

rasanya akak tak termasuklah...

Fatin Mraz said...

untuk jadi idaman atau disukai ini adalah satu proses.. yang mana oke boleh ditambahbaikan.. yang tak elok diperbaiki..
dlu fm pun suke kontrol.. huhuu..
slow berubah dan sesuaikan diri..

Fatin Mraz said...

nway, dah like ur page! ;)

Aretikz said...

Gulp ~ semoga dijauhkan.. hehe..

Cik Rose Cute said...

Alhamdulillah....Cik Rose tak la...mengongkong suami....tak kisah suami nak buat apa...Tapi jangan terlebih sudah hihihi

cik panadol said...

insya-Allah mintak di jauhkan dari perangai mcm tu...

naim said...

salam akak

semoga Naim tak tergolong di atas..

mohon do'a dan sokongan

SheyPull said...

betul semua tuh sy sokong sgt :)


JOM singgah blog saya nak...Cara untunk menghargai pasangan anda bile tak berduit

S..U..D..@..I..S said...

spesis anak patung kalau patah ja trus buang ...

tehr said...

aku setuju
lelaki perlu banyak sabar
kalau kena caranya, jenis anak patung pun boleh cair
insya-allah

Bui Junaidi said...

alhamdulillah kak bui tak tersenarai dlm golongan diatas..*_*

sahromnasrudin said...

smoga kita semua beada didalam lindungan NYA..amin...

Mario said...

no 1 tu klu benc1 apsal kawin?
g lain2 tu...ntahla...lelaki pun sama kot...

Miss Purple Ungu said...

semoga miss purple dijauhkan dr sifat2 kt atas :)

iszieylyanziy said...

setuju2,,tapi kadang2,,kite sbg perempuan tak perasan apa yang kita buat,,so,,xsalah kalau lelaki menegur kan,,

HEROICzero said...

hehehe amboi kemaiin dia memahami suami . =)

IntaNBerliaN said...

harap kita semua tak tergolong..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ditakdirkan Allah, seorang lelaki dijodohkan dengan wanita yang bersifat begitu, ujian kepada si lelaki itu amat berat dan terpulanglah kepadanya untuk membentuknya menjadi wanita yang sempurna sifatnya.

Andaikata dia berjaya mendidiknya dengan sempurna, Allah akan angkat kedua suami isteri ke satu derajat yang sangat tinggi di sisi~Nya.

Allahu Akhbar, mampukah kita (lelaki) berbuat begitu..???

Ungu Violet said...

selalunya lelaki paling pantang kalau pompuan kongkong dia...huhu

CIK TOM said...

mintak jauh la semua tue..minta perangai yg elok2 je..amin..

KhaiRin said...

i'm not perfect honestly but i'm trying to be the best..insya allah

nice info ;-)

chii said...

jenis anak patung? yg xmo ada anak ya? ruginya..masa muda boleh la...tp sampai satu tahap..dia akan rasa menyesal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...