Saturday, November 12, 2011

Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki

Salam... Lady baru membeli sebuah buku sebenarnya.. Buku yang bertajuk Ajaibnya Wanita.. Kandungannya sangat menarik.. Merangkumi semua kisah penghidupan perjalanan seorang wanita..

Daripada kehidupan bergelar gadis sehinggalah kepada kehidupan berkeluarga..

Buku ini juga turut membincangkan tentang penyakit wanita, cara menjaga organ dalaman wanita serta perjalanan seorang wanita dalam menempuhi usia emas.

Terdapat banyak isi kandungannya yang amat sesuai untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat maya lady.. Mungkin boleh dijadikan pedoman bersama..

Kali ini lady berminat untuk berkongsi ciri-ciri wanita yang tidak disukai lelaki.

Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka. Siapakah wanita itu?

Apakah kita tergolong dalam golongan wanita seperti ini?

Jom kita selongkar satu persatu.. Mungkin kita sebahagian daripadanya.. atau hampir-hampir.. andai terkena pada kita.. jom sama-sama berubah ya..

Jenis tuan puteri

Gayanya seperti tuan puteri. Wanita seperti ini sangat manja, ego, suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang. Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah. Jika suami jenis lelaki yang suka bekerja keras sebaiknya jangan mengambil wanita jenis seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup anda. Boleh hancur rumah tangga.

Jenis Paranoid

Wanita seperti ini sentiasa mencurigai.. Telefon bimbit suami akan selalu diperiksa, dompet suami akan dibongkar, selalu cemburu dan mungkin juga si suami akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri.

Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan hanya dia sahaja yang memiliki suaminya. Oleh itu berhati-hatilah kerana jenis wanita seperti ini mudah menimbulkan peperangan. Hasilnya rumah tangga akan menjadi perang salib.

Jenis Pengeluh

Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahu-mahunya. Apalagi jika si suami membentaknya, pasti dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang jika si suami menyelesaikan semua masalahnya.

Jenis Penyampai Radio

Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah. Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat suami mengeleng-ngelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain. Spesis mami jarumlah ni.. pergi sana cucuk sini, datang sini cucuk sana..

Jenis Gunung Ais

Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya. Sukarnya andai terpaksa menghadapi isteri jenis ini sepanjang hayat.. Si suami terpaksa menahan sabar.. mungkin tidak lekat duk di rumah.. asyik merayap je ke luar..

Itulah sebahagian daripada ciri-ciri wanita yang tidak disukai lelaki.. Jom kita koreksi diri.. adakah kita termasuk dalam senarai yang disebut di atas..

Andai ada.. kita cuba kurangkan sedikit perangai-perangai itu sedikit demi sedikit sebelum kita berumah tangga kelak.. Andai dah berumah tangga.. cuba-cubalah berubah ya.. suami kita juga berhak untuk hidup bahagia.. andai dia bahagia.. kita pun bahagia..

Marilah kita sama-sama elakkan diri daripada bersifat dengan sifat seperti ini.. Kasihan kepada jejaka yang menjadi pasangan kita..

Lady rasa lady mungkin jenis paranoid kot.. tp agak2 jerk.. x pernah lalui.. cuma kalau difikirkan secara logik.. nanti kalau x dicheck.. mesti akan ada sesuatu di sebaliknya.. hehehe.. lady ni spesis berfikiran negatif kot.. :P..  bahaya2.. lepas ni nak berubah.. tukar mindset menjadi lebih positif.. insya-Allah..
 

Diedit dan diolah daripada buku Ajaibnya Wanita karangan Muhammad Jaya oleh LadyBird's Life

27 comments:

naim said...

salam

akak di dalam kategori mana?

missSenget said...

cik lady..kite kategori suka mengeluh..tapi susah menangis..

huhuhu..

HEROICzero said...

hehehehe boleh kata , rimas tak ?

=D

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Simpati dengan wanita yang punya sifat yang disebut. Namun, usaha untuk membentuk mereka menjadi baik mengikut apa yang disyariatkan perlu digandakan agar mereka kembali ke jalan yang diredhai Allah Taala dan disayangi Allah serta seluruh makhluk.

tehr said...

paling teruk lagi kalau jenis yang tak sedar diri

sampai bila2 pun tak berubah
huhu

Suhami Ahmad said...

yang jenis mami jarum tu paling atok tak suka

Nizam said...

betul semua yang akak cakap di atas dan memang lelaki tak suka... :)
akak ada tak tersenarai dalam kategori di atas? hihihi.. hope takdela kan... hik3

blog-tips-kurus said...

ok, mari kita improve.. :-)

kiwi said...

best juga buku tu..hihi..byk jenis rupanya wanita ni..kena byk perbaiki dri lg ^^

Yastro said...

Wanita kene baca buku ni...mmg betul apa yg tertulis tu...hrp kaum lelaki pun sesama dpt improve bukan wanita jee...

ieja amieja said...

kadang2 suka mengeluh jgk bila penat wat keje..yg lain2..alhamdulillah..sy x tergolang dlm semua kategori tu..

Puan Kutu said...

Minta dijauhkan dari sifat2 yg disebutkan..:)

tp sebagai manusia biasa,kadang2 sifat itu yg tersenarai ada serba sedikit.keke

tiefazatie said...

wah..tq 4 sharing..=)

ILA HonEyBuNNy said...

terkedu baca entry neh...

kena banyak baiki diri neh..

;-)thanks sor sharing..;)

Ungu Violet said...

setiap individu mesti ada kekurangan dan kelebihan masing2..

jangankan perempuan lelaki pun sama..

sebab tuh lelaki dan perempuan mmg ditakdirkan utk saling lengkap- melengkapi dan saling ingat -mengingati..:)

Kak Imun said...

Salam, ladybird. Kesian jg klu jenis puteri. Bukan semua suami mampu dari segi wang dan kepimpinan. Klu ada sifat begini, wanita kena belajar kuatkan semangat, barulah ada sifat 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.....:)

aimaniman said...

akak tau.. akak jenis pengeluh.. sikit2 nangis.. sikit2 mengeluh.. tp bila fikir2 besar juga masalah problem akak tp bila fikir2 lagi alaa ramai lagi susah.. ntahlah bila akak nak matang dlm hal2 remeh (ye ke) macam tu..

Persada said...

hehehe pedomam untuk kaum wanita dan rujukan buat kaum lelaki

Hanis MY said...

Wanita kena kuat...

zureen said...

sangat bagus kandungan entri ni.. thanks sebab share.. suka baca! :)

Dinar said...

lady, mmg sukar untuk menjadi seorang yg sempurna...tetapi apa yang penting kita selalu muhasabah diri. Wallahuallam

Dinar said...

lady, mmg sukar untuk menjadi seorang yg sempurna...tetapi apa yang penting kita selalu muhasabah diri. Wallahuallam

nurkaloi said...

kite yg kawan dgn org jnis camni pun daa meluat ini kann nk berpsgn ye dakk
pape punn lau dah cinta tu memang tak leyh nak wat pe laa kann

dwaty said...

susah nak ckp jenis yang mana... biasalah manusiakan banyak kekurangan... mungkin bila dah rasai.. iaitu dah kawen batu tau kot jenis yang mana...
btw nice info ni..

munna said...

semoga kita semua tak tergolong dlm semua kategori tu...

Bui Junaidi said...

nice info lady..semoga siapa2 yg tergolong dlm golongan diatas cepat2 berubah..

Mr. Z dan Mis N said...

nice sharing terutama buat gurl2 diluar sana


Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR

IPAD 2 FREE untuk ANDA

Jom cashout duit korang dengan

PRASEKOLAH FREE UNTUK ANAK ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...