Salam kepada semua yang tersayang.. Semalam lady berkenalan dengan seseorang.. penerbit Salam Insani.. Kak Lin.. Beliau seorang yang sangat baik hati.. Penuh kelembutan seorang wanita..
Beliau createkan puisi tuk lady.. Puisi Cinta.. hehehe.. bukanlah.. Puisi Jiwa.. :P.. mane2pun bolehlah.. Cinta dan jiwa perlu bersatu dalam satu rasa.. :D..
Kat bawah ni puisinya.. :D.. Lady suka Puisinya.. Terasa terus ke hati.. Khas untuk puteri-puteri persis semalu.. Lady tujukan puisi ini khas untuk sahabat2 lady semua.. ♥ ♥ ♥
Gadisku Semalu Yang Pemalu
Gadisku,
Si merah jambu,
Yang pemalu bagai semalu,
Jika semalu itu pemalu,
Kau lebih malu dari semalu,
Malumu itu adalah keayuanmu.
Dan..
Hanya yang tahu,
Akan ketahuan,
Indahnya ayumu,
Bukan tampak di mata,
Tapi dilihat jiwa..
Gadisku si merah jambu yang pemalu,
Kekallah di lamanmu,
Yang terhias dengan semalu,
Kerna akan ada semilir syurga,
Yang memayungimu,
Hingga sampai waktu....
Pinggiran Tasik Aman, PJ
20.11.11
25 ulasan:
salam akak
menarik puisi ini
indah dan malu2...hihi..:)
saya nak like bebanyak takde button like seribu kali pulak XD
malu tu salah satu cabang iman.. malu dengan Allah, malu dgn kehinaan dosa diri sendiri.. bg wanita malu tu pendinding diri, pembalut hati, pembelenggu nafsu, pelindung iman.. baru takde kes 'u bg cinta, i bg body'.... Na'uzubillah..
k.chii da like..
gadis ibarat pohon semalu..
assalam eiza
spontan ke dia buat puisi tu. sangat kagum :D
mmg best la puisi ni
mendalam maksudnya tu :)
suka gadis pemalu :D
Assalamualaikum...
Seseorang akan merasa malu kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah~Nya serta tidak menjauhi larangan~Nya. Orang yang malu kepada Allah dengan sendirinya akan malu kepada diri sendiri. Ia juga akan malu untuk mengerjakan perbuatan salah sekalipun orang lain tidak melihat perbuatannya atau mendengar perkataannya. Penolakan terhadap perbuatan itu adalah datang dari dirinya sendiri. Ia akan mengawal hawa nafsunya dari keinginan yang baik-baik.
Salam, ladybird. Cantik puisinya. Sifat malu memang menyelamatkan iman kita.......:)
wanita sememangnya perlu jadi semalu
indah lembut
tersentuh je terus menutup diri
tapi jangan main kasar
kerana semalu juga berduri
assalam lady,,menarik puisinya..membayangkan betpa pemalunya lady..yang ayu..
bestnya ada org bagi puisi..
nak jugak..
sedap puisi ni..
suka..
cantik bunga semalu tu..secantik gadis pemalu..*_*
wah...untungna lad bule berkenalan dgn penerbit...ke sebab lady ada tulis buku? org yg berjiwa ni mmg spontan je kan....
menarik!
zureen suka!
wah... org buatkan puisi... heeeee.. selalunya bf bagi gf... ni kawan bg kawan... heeeeee ittew nak gak...
sy suka puisi...:)
akk pun pemalu macam semalu..sila percaya.hehe..
btw best puisi nie..like2..
pandai la akak buat
terima kasih untuk puisi neh..
baca dan hayati neh..;-)
malu itu perisai iman
ish,,nice lah,,nak like byk2 boley,,
Inilah salah satu contoh perwatakan yg lelaki mahukan...
malu-malu la pulak...
Salam ukhuwwah...terima kash kepada yang meminati puisi ini sememangnya secara spontan sebaik salam perkenalan dihulurkan kepada saya oleh yang empunya diri, Allah SWT terus mendatangkan ilham untuk menukilkan sebuah puisi untuk gadis-gadis sebaik Iza...saya juga pernah melalui detik-detik itu..Alhamdulillah :))
Catat Ulasan