Jumaat, 18 November 2011

Cinta Taruhan

Dunia percintaan amat indah.. lebih-lebih lagi saat pertama kali mengenal erti cinta..

Tiada apa yang paling didambakan lagi oleh sang pencinta selain daripada untuk bersama-sama yang tersayang..

Saat bersama si dia amat indah sekali.. sejam bagaikan sesaat bersama.. tiada langsung perasaan rimas mahupun tertekan..

Dalam hati.. kaulah akan menjadi bakal suamiku/ isteriku nanti.. akan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kita bersama..

Pelbagai kata-kata manis.. janji setia diungkapkan untuk menyatakan hasrat di hati..

"Abang... saya sayangkan abang sangat-sangat.. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi cinta saya pada abang.."

"Sayang.. tanpamu di sisi, hilang seri dunia abang.. Diri abang hanyalah milikmu sayang.. tidak akan sesekali cinta abang beralih arah walau apa pun yang berlaku.."

Saat bertemu.. terasa bagaikan ingin kuserahkan segalanya untukmu.. ingin sekali kukucup dahimu tanda ikatan cinta nan erat di hati..

Ingin kurangkul dirimu tanda aku tidak akan lepaskanmu walau apa pun yang terjadi..

Apabila teruna dan dara bertemu.. terasa indahnya dunia ini.. bagaikan hanya berdua sahaja di sini memadu asmara..

"Abang.. andai abang pergi merantau nanti.. abang akan tinggalkan saya tak?"

"Abang janji, abang takkan tinggalkan sayang walau apapun yang berlaku.. Kaki, tangan, hati.. malah seluruh jasad abang milikmu sayang.. Abang tidak merelakannya andai ada insan lain menggantikan tempatmu sayang."

Bagi si gadis, cukup hanya ungkapan keramat itu sebagai bukti cinta sang teruna sebelum meninggalkannya untuk mencari sesuap rezeki.

Hanya doa dan harapan mengiringi pemergian buah hati ke medan perjuangan sebuah kehidupan.

"Abang pergi hanya untuk seketika sayang, semua ini demi merealisasikan impian kita. Abang janji, selepas semuanya selesai kita akan kahwin."

"Abang, nanti kalau abang kahwin dengan orang lain, saya takkan maafkan abang sampai bila-bila.."

Saat perpisahan amatlah memilukan... kini.. telefon dan emel menjadi pengganti pertemuan..

Si jejaka tidak sabar-sabar untuk pulang dari bertugas semata-mata untuk menelefon si pujaan hati.. Walaupun jarak memisahkan.. tapi cinta tetap utuh..

Si gadis tetap menjadi penunggu setia si jantung hati.. Di hati, hanya dialah segala-galanya.. Walaupun kini tidak bersama, namun dia tetap satu-satunya.

Siang, malam, pagi.. tidak kira masa.. apabila dia diperlukan.. tetap dikorbankan jua.. sebagai persediaan menjadi isteri idaman..

Luka, perit si gadis.. diketepikan demi kasih dan cinta kepada sang teruna impian.

Teruna impian tidak seperti yang didambakan.. jarak masa menjadi taruhan.. Kini cinta tidak kesampaian..

"Awak, awak tidak boleh paksa saya menikahi awak, kita punya hidup masing-masing. Selama ini saya tidak tahu kenapa saya mencintai awak, entah-entah awak yang bomohkan saya.."

Setelah bertahun memintal angan-angan, akhirnya layu ditelan zaman. Si jejaka bertemu gadis lain yang jauh lebih cantik daripada yang di kampung halaman..

Inilah bayaran sebuah pengorbanan cinta.. Cinta yang kita tidak pernah tahu di mana berakhir episodnya.. Cinta yang kita tidak pernah tahu ia milik siapa..



p/s : Nizam, dah siap kisah cinta.. ok x? ♥ ♥ ♥

35 ulasan:

Nizam berkata...

ha... macam tu la...
sahut jugak cabaran yer... romantik jugak akak ni...
kak, tulis la novel satu... hehehe.. sure nizam beli.. tapi satu je la... :P

Muhammad Naim Abdullah berkata...

ehem2..

makin lama makin best.. :P

Iman Nur Aima berkata...

kaaannnn.....

masa suka...pelangi

masa da tak suka...kelam...

LadyBird berkata...

Nizam :P.. hancus nukilan akak kan? :( tp xpe.. cabaran punye pasal..

LadyBird berkata...

Naim :

ehem2.. asyik2 naim je tulis kisah cinta.. akak pun nak tulis jugak :P

LadyBird berkata...

Iman :

begitulah.. time kita diperlukan.. kita dipuja.. time kita tidak diperlukan.. kita dihina.. hakikat sebuah kehidupan..

ILA HonEyBuNNy berkata...

cinta naugerah terindah dari Allah..

ada macam2 tentang cinta....;-)

tehr berkata...

cita hanya perlu diberikan
tak perlu mengharap adanya balasan
kerana kadang2 hari panas pun boleh hujan

tiefazatie berkata...

mmg nie la realiti kan sis..=)

sud@is berkata...

oh dramatis nya LB pengalaman atau khayalan..
kenapa teruna zalim sgt sian dara pingitan...

Unknown berkata...

mmg sakit kn kalau terjadi mcm ni,,sebab tu dlm bercinta..dgn serahkan hati kita sepenuhnya pd si dia..cukup sekadar 20% je

Unknown berkata...

kak...pandai akak buat..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Cinta adalah Api. Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.

Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang zhahir.

Unknown berkata...

hehe...mmg ade yg macam tuh kan... sebab tuh taknak percaya sgt pada janji2 lelaki..

bak kata remaja-remaji "Dengar Boleh, percaya Jangan."

tunggu dh betul2 jadi suami yg sah baru nak caye betul2..

n jagalah diri/hati supaya tak hanyut dek perasaan jiwang

LadyBird berkata...

Ila HoneyBunny :

Cinta itu macam-macam.. hihihi <3

LadyBird berkata...

Cikgu Tehr :

Sedih kan? Cinta boleh diberikan.. tp tidak boleh mengharap.. :(..

LadyBird berkata...

Tiefa :

betull.. realiti.. pasti ramai yg pernah melaluinya kan..

LadyBird berkata...

SUDAIS :

pengalaman dalam dunia khayalan.. bila tersedar.. br th selama ini ia hanyalah mimpi..

LadyBird berkata...

chii :

sakit kot kak.. kesian kan? 5% jerk.. :P..

LadyBird berkata...

Apik :

x pandai.. just tuk sahut cabaran jerk :P..

LadyBird berkata...

Abd Razak :

Waalaikumusalam ustaz :D..

btl.. smg x menemui api yang membakar diri.. bukan pada tempatnya.. ameeenn..

LadyBird berkata...

Cik Jari :

jangan percaya sebelum kita dimiliki.. nanti merana kalau ditinggalkan.. sob3x..

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

ehem2...

hehhe folow awak yunk

http://cikwanielovela.blogspot.com/

ieja amieja berkata...

cinta terindah cinta pada penciptaNYA..cinta yg tiada noktah dan pasti..tp fitrah manusia kita x dpt lari dr menyintai & dicintai ..huhu

Unknown berkata...

bercinta la selepas bernikah...

Unknown berkata...

yer yer.. sya org teganu :)

jgn bercinta dgn org yg tak tahu menghargainya..
jgn bercinta dgn manusia seandainya cinta kpe Allah terlalu sedikit

Rashid berkata...

Saat bercinta bukan main lagi kan .. semuanya akan dilihat indah. Kena marahpun boleh senyum jeee .. hehe

insan marhaen berkata...

orang yang bercinta je yang boleh tulis macam ni.

Miss Purple Ungu berkata...

waa...ladybird ni mmg berbakat menulis
lps ni blh la cuba tulis 1 novel plak :)

Unknown berkata...

ATok setuju dengan Papa Mifz, bercintalah selepas bernikah...

nurkaloi berkata...

cinta lps nikah bak kata papa mifz

tp cmne nak nikah lau takde perasaan cinta ngeeeee
im curious heheh

Maya Mayana berkata...

bercinta sebelum nikah memang begitu risikonya..oleh itu berpada-padalah kelak memakan diri...

sorry lama tk singgah...busy sikit

Tanpa Nama berkata...

tu silap nya yg selalu kita terbabas..
kalau cinta yg kita letak tu bukan cinta yg disandarkan padaNya. kan syariat dah beri panduan.. cuma kkdg manusia kalau dh dpt apa yg diidamkan terus lupa, hanyut, sterusnya jadi hamba pd tuntutan nafsu. tak percaya pada qada' dan qadar Allah, ingat diri sendiri lebih bijak, akhirnya termakan dek kebodohan sendiri.. bukan kah rugi..

A retarded kitty berkata...

cinta tak pakai otak tapi pakai hati
(ni je den tahu)

Puan Kutu berkata...

cinta memerlukan kesetiaan dan pegorbanan..apa pun kena percaya pada jodoh.tak ada yg indah selain percaya pada qado qadar..eceh akk pun nak berfalsampah...

pandai lady bermadah..ayat syg abg tu pun kemain lg.hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...