Selasa, 8 November 2011

Berubat Dengan Madu

Assalamualaikum sahabat-sahabat LadyBird's Life.. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa di dalam redha Allah.. Insya-Allah.. Doa Lady sentiasa bersama kalian.. :D

Kali ini lady nak ceritakan ubat segala penyakit iaitu MADU.. pasti semua pernah tahu dan pernah makan madu.. kalau tak makan pun pasti tahu keistimewaan madu dalam perubatan Islam yang telah termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah baginda.

Dalam Islam, terdapat pelbagai makanan kesihatan yang telah diterangkan dan diamalkan oleh baginda Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda untuk merawat pelbagai penyakit, dan salah satunya adalah madu, yakni ubat bagi segala penyakit melainkan mati, tiada ubat baginya.

Setiap tempat mempunyai spesis lebah yang tersendiri yang mengambil pati-pati madu daripada bunga-bunga yang terpilih di kawasan tersebut. Kalau di tempat Lady, madu yang paling berkhasiat adalah Madu Tualang, yang dihasilkan oleh lebah liar yang dikenali sebagai Lebah Tualang yang hanya mengambil madu daripada pokok Akasia dan Gelam yang terdapat di Hutan Simpan Merchang dan Hutan Gelam.

Dari segi kualiti dan mutu madu, madu yang dihasilkan oleh lebah liar adalah jauh lebih baik daripada lebah yang diternak. Dan, andai kita tinggal di Malaysia, madu yang dihasilkan oleh lebah Malaysia paling sesuai untuk orang Malaysia, dan tak perlu membeli madu daripada Mesir atau Yamen, kerana madu yang dihasilkan oleh lebah sana adalah sesuai dengan persekitaran dan kehidupan masyarakat mereka. Allah begitu adil, Dia tidak akan membeza-bezakan makhluk ciptaan-Nya.

"Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu." [HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Madu mengandungi unsur-unsur makanan yang penting yang amat diperlukan dalam sistem keimunan badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik bahawa madu merupakan ubat bagi segala penyakit. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Abu Said al-Kudri. 

Terdapat seorang lelaki yang datang menemui baginda Nabi sambil berkata, "Sesungguhnya saudaraku mengalami sakit perut (memulas)."

Maka Rasulullah pun bersabda yang bermaksud, "Berilah minum madu."

Maka lelaki itupun memberi minuman madu kepadanya. Kemudian dia datang lagi lalu berkata, "Sesungguhnya saya telah memberi dia minum, tetapi dia makin memulas sakit."

Maka Rasulullah s.a.w bersabda lagi, "Berilah dia minum madu (lagi)."

Lelaki itu pulang dan memberi minum madu lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa berita yang sama sehingga Rasulullah s.a.w tetap juga bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Kemudian lelaki itu datang lagi pada kali keempat, maka Rasulullah s.a.w masih bersabda lagi, "Berilah dia minum lagi."

(Dia pulang dan datang lagi) maka dia berkata, "Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi ia semakin sakit memulas."

Mendengar demikian, Rasulullah lalu bersabda, "Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau."

Maka lelaki tadi pulang memberinya minum madu lagi, tiba-tiba (baru) dia sembuh."

[Hadis Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ahmad]


Sebenarnya, apa yang berlaku dalam riwayat di atas, penyakit masih belum pulih malah semakin teruk adalah disebabkan oleh tindakbalas madu terhadap badan pesakit. Ia merupakan salah satu proses pengubatan. Setelah itu, penyakit akan pulih.

Di sini lady sertakan khasiat-khasiat madu yang lady perolehi di sini :
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser.
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
Mari kita sama-sama amalkan pemakanan sunnah. Madu bukan sekadar hanya boleh dimakan ketika sakit, malah boleh dimakan sebagai suplemen untuk menjaga kesihatan secara keseluruhannya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jom sama-sama kita jaga kesihatan badan untuk pembentukan generasi pelapis yang kuat dan rentang kepada pelbagai penyakit. Insya-Allah.

Nukilan : LadyBird's Life

19 ulasan:

Unknown berkata...

madu yang asli...kalo digoncang..buih yng dihasilkan x banyak kan..pastu harganya memang mahal..boleh mencecah 60 inggit sebotol...

walaupun tau madu sgt elok.chii kurang suka sebab manis sgt

Shyrazrul berkata...

ngeeeee, tadi baru je kita buat guava ice blended campur madu..maaaaaanis sangat ^_^ sedaaap tau..kalau buat air, mesti tambah madu..habit kowt.. XD

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam akak

sekarang payah nak dapat madu yg original..

huhu

HEROICzero berkata...

niceee.

hehe jangan madu yang lagi satu tu , sudah lah . =D

ghost berkata...

*aku tetiba teringat pada iklan salah satu produk berasaskan madu lebah..

aku lebih suka merasa madu yang memang betul2 terhasil dari sarangnya.yang masih belum dibotolkan atau dipaternkan.

umiawadah berkata...

selalu kalau singgah di tempat rehat Genting Sempah ada penjual madu yang dalam botol tu....tak pasti asli ke tidak...

nahmy berkata...

dah lama nak jd amalkan makan madu ni..tp masih tak dpt2. kena buat azam utk tahun depan nampaknya nih..

Unknown berkata...

banyaknyo khasiat madu ni kan....atok nak dapatkan satu pasni... =)

Mario berkata...

betul...setiap rumah kena standby madu sebotol...bk kegunaan dan khasiat...

Unknown berkata...

madu mmg byk khasiat.. sya mmg amalkan mkn madu sejak dulu lagi..

untung kat sini masih ada madu original tapi kena rajin2 mencari

Unknown berkata...

betul tu lady..madu niy mmg byk khasiat..aritu ade penceramah dtg beri ceramah cerite pasal khasiat madu..sangat banyak..tapi kebanyakan yang jual jual di tepi jalan, tak semestinyer asli..

wahida berkata...

madu ni mmg byk khasiat..tapi aku sendiri kurang suka mkn madu...huhu...

Nizam Ijam berkata...

lama x makan madu..hee

dea bianglala berkata...

ada yg bilang bahwa bagi penderita hipertensi sebaiknya mengurangi mengkonsumsi madu sebab bisa meningkatkan tekanan darah. Dan memang betul salah satu cara untuk mengetahui ciri madu asli adalah menyimpannya dalam peti sejuk. Sebab madu yang asli jika disimpan dalam peti sejuk tidak akan membeku.. :)
salam

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kalau boleh gantikan gula kepada madu pada minuman kita lagi bagus...

olen berkata...

madu memang banyak khasiat!

terokai seni berkata...

baik untuk ubat batuk dan tentunya ia mencerdaskan akal kalau jadi amalan sejak kecil

nurkaloi berkata...

kaloi tak bape suka madu
sbb rase dye manis ngeee
so kaloi makan madu yg dah tmbah ngan lime perghh masam2 tu sdap ngee

Shila berkata...

teringin nak tgk org pnjat pokok nk aambik madi lebah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...