Khamis, 9 Disember 2010

Qasidah Burdah

Qasidah Burdah


Kali ini Lady nak ceritakan perihal Qasidah Burdah yang dihasilkan oleh Imam Muhammad bin Said al-Bushiri. Lady pasti kebanyakan daripada kita tidak pernah mendengar Qasidah Burdah dan apakah kebaikan di sebalik pengamalannya. 

Qasidah Burdah merupakan bait-bait puisi indah yang menyanjung Baginda Rasulullah saw. Mengikut riwayat yang lady baca, penulis qasidah ini pada mulanya merupakan seorang yang sempurna fizikalnya. Kemudian beliau mengalami penyakit lumpuh dan tidak mampu menggerakkan badannya. Disebabkan terlalu sedih, beliau menghasilkan sebuah puisi yang memuji-muji Baginda Rasulullah saw dengan penuh perasaan. Beliau mengimbaui sirah perjalanan perjuangan Nabi Muhammad saw yang banyak cubaan dan rintangan, melebihi dugaan yang beliau tanggung.

Beliau mengarang dengan titisan air mata, mengungkap kata-kata indah yang lahir dari sudut hati. Puisi itu terhasil dengan deraian air mata penginsafan dari seorang insan yang kerdil yang sentiasa menaruh pengharapan untuk sembuh daripada penyakit lumpuhnya. Sewaktu mengarang puisi ini, beliau mengharapkan syafaat daripada Baginda Rasulullah saw. untuk menyembuhkan penyakitnya itu. Setelah menangis dan meratap hiba sambil mengulang-ulang puisi tersebut, beliau tertidur. Di dalam tidurnya, dia bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. di mana Nabi mengusap wajah al-Bushiri, kemudian Nabi melepaskan jubahnya dan mengenakannya ke tubuh al-Bushiri, dan saat ia bangun dari mimpinya, seketika itu juga ia sembuh dari penyakitnya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberi penyakit dan menyembuhkannya. Tiada yang lebih berkuasa selain Dia.

Qasidah ini disarankan pengamalannya untuk merawat penyakit lumpuh dan untuk membebaskan diri daripada sebarang masalah. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk kepada link yg lady sertakan di bawah. Kemungkinan kita boleh mencuba mengamalkannya untuk melepaskan diri dari pelbagai masalah. Usaha itu merupakan kerja kita, berjaya atau tidak adalah kerja Allah. Kita wajib berusaha mencari jalan dan sentiasa bersangka baik kepada ketetapan Allah, selebihnya yang menyembuhkan hanyalah Allah yang Maha Kuasa. Allahua'lam.


Rujukan :

23 ulasan:

immukmin berkata...

suke2...dgn enteri ini..terima kasih kak lady dgn info ini...insyAllah..nak timba ilmu pasal qasidah nih..hohooh

LadyBird berkata...

immukmin:
sama2 dik.. :)..

Wardah alisya berkata...

t/kasih atas perkongsian..teruskan menulis :)

LadyBird berkata...

Alisya :
sama2 alisya..
terima kasih krn sudi membaca. :)

Fasihah Supian berkata...

suka baca,berjaya atau tidak kerja Allah kan :)

LadyBird berkata...

Fasihah :
betul kan? lady dpt kata2 tu dr kawan lady.. jadi gune tuk artikel ni..

Nizam berkata...

ini yang akak bg kat adik hari tu kan... best sgt kak... thanks tau.. :)

Rashid berkata...

Subhanallah .. kekuasaanya ..

DiNaZ berkata...

suka sangat entry nie...
mmg best! thanks!!

najihah sahami berkata...

kak...like sgt entry ni..ime kasih sebab share ek..kot2 ley wat gune ubat hati ke...kan2??

CIK TOM berkata...

1st time dgr..tp bagus perkongsian ilmu ni..esp quote kaler merah tue...best!

LadyBird berkata...

Snoop :
a'ah dik.. :P

LadyBird berkata...

Rasyid :
Subhanallah..

Fasihah :
betul3x :)

Dinaz :
Terima kasih kak dinaz..

LadyBird berkata...

Najihah :
Sama2 dik.. mungkin boleh cube amalkan :)

Cik Tom :
Tq cik tom :)

Tanpa Nama berkata...

Blog Baru (2010) Pilihan??? kalau berbesar hati untuk undi saya. UNDI N0.108. nak tahu lebih lanjut? tekan sini

http://miela-tahril.blogspot.com/2010/12/blog-baru-2010-pilihan-undi-no108.html

terima kasih kerana sudi meluangkan masa :)

LadyBird berkata...

Miela :
ok miela.. lady dah baca dah :D
suke blog miela :D
gud lak yer..

sud@is berkata...

Sedap burdah ni irama canggih...

Kat kampung masih ada lagi burdah tapi dalam irama klasik....

LadyBird berkata...

Sudais:
Irama klasik tu mcmn sudais?
ade tak kat youtube lady nak cari..

Unknown berkata...

subhanaAllah..

LadyBird berkata...

ShazlinaSaad:
Subhanallah..

AngahSayang2314 berkata...

lady lama angah tak singgah sini tengok dah layout baru la hehehe...

LadyBird berkata...

angah :
kawan blogger yg tlg lady tukar layout ni angah :)
lady x reti .. buta kayu :P

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

harap owner blog nih boley lihat link yang saya beri..

http://bahaya-sufi.blogspot.com/2012/10/hukum-qasidah-burdah-fatwa-lajnah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...