Friday, December 31, 2010

Mengundur Diri

Kehidupan yang banyak pancaroba menjadikan diri tidak sekuat dulu..
Pelbagai sudut dihujani dengan pelbagai masalah yang sukar untuk dimengertikan..
Kiri kanan depan belakang atas bawah.. tengah pun mahu ditunjal dengan masalah..
Tidak ada ruang lagi untuk diri merasa selesa dari dihujani kesakitan..


Setiap masalah perlu diluahkan..
Namun dalam pelbagai sudut, luahan bukan merungkaikan masalah..
Tetapi ia bakal membawa kepada suatu permasalahan yang baru.. 
Dan masalah tersebut akan merobek-robekkan sudut yang belum lagi diterokai..
Dan menambahkan luka yang sedia ada..


Inilah dinamakan kehidupan seorang "LadyBird",
LadyBird tidak mampu untuk menukar diri menjadi harimau dan membaham semua yang mengacau kehidupannya..
Tetapi.. LadyBird hanyalah seorang LadyBird yang kecil dan lemah..
Bila-bila masa sahaja ia boleh dihapuskan..
Samada dipenyet-penyet..
Ataupun disembur dengan racun rumpai..

Dengan ini,
LadyBird memohon diri untuk berhibernasi seketika..
Mencari kekuatan diri..
Menuntut ilmu kekebalan hati..
Supaya ia mampu melalui jalan yang beronak duri..


Sebelum mengundur diri,
Izinkan diri ini menyusun sepuluh jari..
Memohon jutaan keampunan di atas segala kesalahan dan kesulitan selama lady bergiat dalam dunia "Blogger" ini..
Mungkin terdapat komen2 yang tajam dan pedas dari lady..
Atau nukilan yang mengguris naluri hati..
Mohon dimaafkan semuanya sekali..


Assalamualaikum

18 comments:

biskut said...

cik ladybird jugak mau menhilangkan diri..berhibernasi?

mulakan langkah LB dengan langkah yang penuh azam dan kekuatan.moga bila kembali akan semakin kuat pada hati.

diterima dengan ikhlas.selamat maju jaya LB

wachak said...

Salam Eizza.
masuk ni dah tiga org teman wa mengundur diri dari berblogging.rasa sunyi, sayu dan sedih tapi apa boleh buatkan, masing2 ada masalah yg dihadapi. moga mendapat apa yg dihajati. semoga Allah permudahkan segala urusanmu. Dharap berjumpa lagi.

~ friends forever bebeh :)

YuSeNzE - KniGhT said...

Selamat berhibernasi.. tenang2kan jiwa yang lara.. don doo smtg stupid.. luv u akak.. ;)

maiyah said...

slmt thn bru.. moga tdk akan mngurangkan semangat utk trus berblog ;)

S..U..D..@..I..S said...

salam Lady
apa2 kah yang memberatkan anda kotak fikiran anda, sehingga tegar mau mengundur diri...

adakah ruang dan peluang lagi agar lady boleh berfikir lagi....

rindu coretan dan nukilan lady

immukmin said...

salam..kak kenapakah?? share2...

S..U..D..@..I..S said...

Salam Lady.
Napa ya mau undur...bz?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
DiNaZ said...

erm....
kenapa nak mengundur diri?
walaupon kita tak berupaya untuk senyum tapi kita terpaksa senyum..
keperitan yang dialami harus ditelah sendiri...
kerana itulah bila kita diam x bermakna kita kalah!!

bangkitlah melawan walaupon sebenarnya kita tak mampu melawan dan jangan biarkan diri kita jadi seperti pengalah tapi kita lawan walau ia sukar untuk dilawan...

Encik MamaT said...

salam lady... alahai... semoga berjaya lady... hmm....

Mario said...

sama jgk la...mohon maaf...

fiq said...

:(

ejai_ej said...

selamat berhibernisasi.. semoga cepat keluar hari hibernate mood. :D

zalizalu said...

kak lady nape tak tulis blog dah?

PReDicToR said...

moga sentiasa tabah..cekalkan hati ye

MissyNursy ♥ said...

salam..ala sis..jgn lame2 sgt ye..
we're gonna misshh you!! :)

:: Zanna :: said...

sayunya...ok la klu cik lady nak berundur untuk berhibernasi.. ^.^

nanti zanna rindu la dgn lady..huhu~~

t.care...

kakchik said...

assalamualaikum lady. kakchik baru ada kesempatan menjenguk lady tapi lady sdg berhibernasi rupanya. kakchik doakan diri lady dan hidup lagi akan lebih tenang dan bahagia selepas berehat dari blogging dan apa juga masalah yg ada, moga2 dapat ditangani dgn baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...