Thursday, December 23, 2010

Rahmat Allah


Anugerah Syurga bukanlah berdasarkan kepada betapa kuatnya kita beribadat,
Bukan pada tingginya ilmu di dada,
Dan bukan juga kerana status darjatnya.
Tetapi anugerah Syurga adalah kerana RAHMAT Allah semata.

Jika wanita penzina memasuki syurga disebabkan oleh seekor anjing liar, 
Seorang hartawan kerana sekeping roti kering, 
Bagaimanakah pula nasib kita nanti, 
Manusia akhir zaman yang terbatas pemikirannya dan banyak pancarobanya.
Adakah masih ada RAHMAT dari-Nya untuk kita, 
Ataukah Allah membutakan hati kita untuk menerimanya?

Ataupun kita menolak RAHMAT Allah tanpa disengajakan?

RAHMAT Allah diberi tanpa disangka-sangka..
Mungkin disebabkan hanya kerana kita mengalihkan ranting pokok di atas jalan raya,
Mungkin juga kerana seorang peminta sedekah,
Mungkin juga disebabkan kita membelanjakan kawan kita makan..
Dan mungkin juga RAHMAT itu disalurkan melalui anak-anak, isteri, suami, rakan-rakan,
Malah mungkin melalui orang yang tidak pernah dikenali..
Atau mungkinkah disebabkan seekor binatang..
Kita tidak pernah mampu memikirkan bagaimanakah RAHMAT Allah diberikan kepada kita.

Allah maha PENYAYANG dan PENGASIH,
Dia sentiasa menyayangi hamba-hambaNya,
Dia sentiasa memberikan kita peluang untuk menerima RAHMATNYA,
Tetapi hanya kita yang tidak pernah berfikir dan mengambil peluang untuk mendapatkannya..
Adakah kita sombong dengan Allah,
Ataukah kita diBUTAkan oleh-Nya sehinggakan kita tidak nampak di manakah letak RAHMATNYA.

- isyrak 2010

20 comments:

Encik MamaT said...

betapa kerdilnya kita... kadang2 dengan Allah kita selalu berkira2... padahal.. nikmat yang Allah bagi kat dunia ni pun dah tak terhitung... nak luangkan masa untuk beribadah pun berkira2...

NuSaNa NoSa 91 said...

betul.. Allah maha pemurah, pyyg, dan pengasihani.. hnya kita yg xpndai nk rebut peluang tuh.. jgn bongkak dan sombong~ huk3~
nice sharing.. suke~ ^_^

CIK TOM said...

yup Allah mmg Maha Pengasih dan lagi Penyayang...

immukmin said...

subahanAllah..indah nya Rahmat Allah kak lady...semoga kita semua akan peroleh rahmat Allah..nice entri.. tq =)

rizwan's sweetheart said...

moga kita semua selalu dalam redha Ilahi

S..U..D..@..I..S said...

itulah doa kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungannya

Pendekar Berkuda said...

Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya...hanya kita yang alpa daripada tanggungjawab...

maiyah said...

Allah beri kita akal.. dan gunalah dgn sebaiknya ye tak

Pendekar Berkuda said...

....lady.... yang ni URL ke entry cara nak buat macam kat blog pendekar tu...

http://pendekarberkuda.blogspot.com/2010/12/tutorial-blog-cara-buat-scroll-box-pada.html

...selamat mencuba ya...(^_^)...

choirul said...

semoga Allah mengampuni dosa kita

situsonline said...

smg Allah mengampuni dosa2 ku!

cik tom said...

jenguk lady sayang lg..huhu

p/s:sori br smpt bls knjgn sblm ni :)

n@jwamz said...

terharu baca entry nii....
moga kita sume sntiasa di dlm kasih sayangNya...

LadyBird said...

Betul tu en mamat.. Nikmat yang Allah bagi selalu kita x nampak.. yang Dia tak bagi tu la yang sellau diungkit2 oleh kita.. x pernah rs bersyukur.

LadyBird said...

Nusana :

Betul Nusana. tapi kebayakan dari kita ni sellau bongkak dan sombong, kdg2 tanpa pernah kita sedari kita bongkak dengan Allah. :(

LadyBird said...

Cik Tom :

Allah sellau tolong kita kan cik tom..

LadyBird said...

Im Mukmin :

InsyaAllah Immukmin, moga kite semua sentiasa dalam rahmatNya. Ameeenn..

LadyBird said...

Rizwan :

InsyaAllah..

Sudais :

ye sudais.. ameeeennnn tuk doa kita semua.. semoga sentiasa dalam rahmatNya.. Siapalah kita tanpa rahmatNya.

LadyBird said...

Pendekar :

betul3x.. :(.. Kite sellau sia2kan kasih sayang Allah..

Maiyah :

betul kak..

Pendekar :

ok pendekar, nanti kalau lady ade kesempatan, lady akak godek2.. insyaAllah..

LadyBird said...

choirul :

ameeeeennnn...

situsonline :

untuk dosa2 ku jua..ameeeennnn...

Cik Tom :

tQ cik tom :) maaf lady dh lama x masuk blog.. huhuhu

Najwa :

insyaALlah najwa.. :) sentiasa bersangka baik padaNya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...