Isnin, 6 Disember 2010

Wanita, Jangan Jadi Bimbo

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini. Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo? Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari. Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.


Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki. Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.
Wanita mudah lemah dengan pujian. Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina. Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.

"Ala, bukan semua wanita macam tu".

Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian. Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah. Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti. Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.

Kerana apa? Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki. Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.

Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu. Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.

Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita. Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik. Kenapa? Kerana mereka bimbo.

Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar. Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata. Kita selalu beranggapan pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki. Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki. Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).

Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain. Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.

Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian. Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.

Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik. Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita. Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.

Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan. Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda. Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian. Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.

Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih,  lemah seluruh sendi.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian. Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.

Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu. Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.

Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.

p/s : Ini merupakan artikel yang baru dipublish di iLuvIslam sebentar tadi oleh isyrak aka LadyBird. Di sini lady ingin mengalu-alukan kepada pembaca blog lady yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga iluvislam.com. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi krew iluvislam.com sila klik di SINI.

Kami mengalu-alukan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk berdakwah melalui penulisan. Semoga kita sama-sama menggunakan kemudahan internet ini untuk berdakwah di jalan-Nya. :D Moga-moga ia menjadi aset untuk kita apabila kita dipanggil olehNya nanti.

Artikel ini yang telah diterbitkan di iluvislam boleh didapati di sini : 
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1270-wanita-jangan-jadi-bimbo.html

34 ulasan:

Azian Nd berkata...

Assalamualaikum...singgah sini. Tkasih atas ingatan itu....

Afiq Din berkata...

hurm... bimbo ye...
tq for share...

sibutiz berkata...

yapz,saya juga setuju...
walaikum salamm WR.WB

cacing berkata...

laa... tu rupenya maksud bimbo... heee.... wanita sekarang perlu lebih berani n berdikari!! tapi jgn sampai terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Cik TeN10 berkata...

ohh i learn one more thing!..thanks awk!

kalau nk tau..dalam bahasa jepun, bimbo bermaksud miskin..(",)

Fello Ariza berkata...

tringt ngan kate2 dr Dr. HM Tuah Iskandar;

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran
namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

erkk...

tatulah ad kaitan ke x ayat nih..

huhu

Cik Anis berkata...

ooo..baru tau maksud bimbo tu ape..selalu sebelum ni pernah dengar je,,terima kasih lady..

Tanpa Nama berkata...

bimbo. first time dgr. thx sis :)

bdw, act macy da xjumpe kt mne na share artikel kt iluvislam. dekat setahun jgk xmsk sana~

immukmin berkata...

terbaik lah kak lady...hohho..suka2.. dgn artical inih..hohoho

mario berkata...

lbh baik jadi bomba kan...

Kay- berkata...

grr~

my besfren (lelaki) penah sebut ttg bimbo ni...

sib baek dia ckp i x bimbo

ngee~

akubiomed berkata...

Boleh samakan gadis Bimbo macam gadis blonde tapi dungu?

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih kerana menerbitkan artikel ini di iluvislam.

Alhamdulillah, ramai yang sedar ttg bimbo.

Moga saudari terus istiqamah menyebarkan ilmu di iluvislam dan di blog ini juga.

muny lily berkata...

thx ats ingtn...pmpoan yg cntk disulam dgn akhlak trpuji msti lg worldd punya lah :)

BJ berkata...

perkataan baru...

LadyBird berkata...

Azian :
Waalaikumusalam.. terima kasih sebab sudi singgah :D..
peringatan tuk diri lady jugak :)

LadyBird berkata...

AfiQ:
a'ah bimbo.. sama2 afiQ

LadyBird berkata...

sibutir :
terima kasih :)

cacing :
a'ah.. itulah maksud bimbo..
wanita memang kene berani dan berdikari, tetapi jangan bimbo..
kalau berani dan berdikari tapi tetap bimbo rsnye mcm xbagus jugak.
ek..

LadyBird berkata...

Fatin :
same2 awak..
oh ye ke.. terima kasih.. bimbo mean miskin :D

Fell :
best ayat dr hm tuah :D..
sangat2 berkaitan..
pujian boleh menyebabkan riak kepada pemilik.. huhuhuhu..

LadyBird berkata...

Cik Anis :
lady sebenanrnya baru jer dengar huhuhuhu..

maCy :
samala macy, akak pun kali pertama dengar.. oh ye ke.. macy tekan jer link yg akak letak kat artikel atas.. akan terus ke iluvislam :)insyaAllah..

LadyBird berkata...

immukmin :
terima kasih immukmin, artikel ni karangan Pena Cikgu tuk iluvislam.. akak just edit untuk diterbitkan di iluvislam. disebabkan artikel ini menarik, jadi akak paste di sini sekali dengan kebenaran pemilik artikel. :)

LadyBird berkata...

Mario :
a'ah.. bomba jauh lebih baik dr bimbo.. tapi lady xleh jadi bomba sebab badan lady kecik, nanti x pasal2 lady masuk ke dalam api tu sekali :P

Catherine :
hehehe.. alhamdulillah, mintak jauh kita daripada memiliki sifat ini. Tapi sebenarnya mmg mudah sgt tuk terperasan(bg lady). huhu

LadyBird berkata...

akubiomed :
xleh samakan.. jauh perbezaan maksud tu lady rs..

Al-Mu'allim :
sama2 :).. teruskan menulis dan menghantar yer encik Pena Cikgu. :)
InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan.

LadyBird berkata...

Cik Lola :
betul3x.. tapi susah kan nak jadi mcm tu :(

BJ :
lady x tahu perkataan baru or lama, tetapi lady baru je dengar.

p/s : BJ tu for Bukit Jambul ke?

CIK TOM berkata...

owh br tau apa tue bimbo..cik tom cuma rendah fizikal je..hihi

nurul rasya berkata...

owh, bukan bimbo=bodoh jugak ke?

DiNaZ berkata...

jika diperingatkan dengan cara begini dan boleh diterima masyarakat tentu istilah bimbo ini tak akan ada kan lady?? saya suka entry boleh saya berkongsi entry bimbo ini di blog sy?? kalu diizinkan nk kongsi bersama2 teman2 sy yg ciput tu...^-^
jangan risau kalau diizinkan sy akan menulis sendiri tentang bimbo ini cuma meminjan fakta saya...:P

Encik MamaT berkata...

cik isyrak.... eh... cik ladybird... tahniah2.... terima kasih... bagus artikel ni... tak sangka dapat kawan mcm awak... bagus2....

Wardah alisya berkata...

salam...artikel yg bagus..thanks 4 sharing..

LadyBird berkata...

Cik Tom :
Rendah fizikal xpe cik tom, rendah mental yang haru. huhuhu

LadyBird berkata...

bimbo ikut definisi yg sy terangkan tu bukan bodoh mcm bodoh tu... mereka cerdik, tetapi x mampu menaakul dengan baik.. sehingga menyebabkan mereka dipandang bodoh. :P hihhi..lebih kurang la kot.

LadyBird berkata...

En Mamat :
mane ade bgs la en mamat.. semua org bgs..

Alisya :
terima kasih en alisya..

Unknown berkata...

sayangi diri sendiri ...

Tanpa Nama berkata...

Jaga2 takut kata2 nya hanya pujian palsu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...