Jumaat, 3 Disember 2010

Kekejangan Bagi Pesakit Spinal

Kekejangan adalah keadaan di mana anda mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Ia kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ianya adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya.

Bagi pesakit spinal, kekejangan merupakan perkara biasa. Ia akan berlaku secara tiba-tiba dan sukar untuk dielakkan. Terutama sekali apabila ingin menggerakkan anggota badan yang mengalami masalah seperti kaki. Kebiasaannya, apabila pesakit ingin mengubah posisi kedudukan, kekejangan akan berlaku dan memakan masa untuk berkeadaan kembali normal. Kadang-kadang kaki pesakit akan menggigil untuk beberapa ketika. Kebiasaannya bagi pesakit spinal, doktor akan mengajar cara-cara untuk mengurangkan kekejangan dan mengawal kesakitan.

spinal stenosis

masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.

Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada otot, saraf, tisu lembut dan 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).
Spinal stenosis adalah masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, bagi orang muda, masalah itu boleh terjadi apabila mereka cedera pada tulang belakang. Selain itu mereka yang lahir dengan laluan tulang belakang yang sempit juga berisiko berhadapan dengan spinal stenosis.

Selalunya spinal stenosis terjadi di bahagian bawah tulang belakang (lumbar). Penyempitan memberi tekanan kepada tulang belakang atau saraf yang keluar secara bercabang daripada tulang belakang.
Spinal stenosis membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas, Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja atau banyak peringkat.

Secara umum, spinal stenosis menyebabkan kekejangan, sakit atau kebas pada kaki, belakang, tengkuk, bahu atau lengan. Kadangkala pada peringkat lebih serius ia boleh membawa masalah kepada pundi kencing atau pergerakan usus.

Punca spinal stenosis

Spinal stenosis dikategorikan sebagai 'primary' atau 'acquired'. Ia selalunya berlaku ketika lahir. Antaranya masalah yang tidak diketahui puncanya (idiophatic), dan masalah disebabkan kecacatan bentuk fizikal seperti orang yang dilahirkan kerdil (achondroplasia).

Bagi kategori 'acquired pula, ia selalunya berlaku disebabkan perubahan kemerosotan (degenerative) tulang belakang yang seiring dengan penuaan. Selain itu, ia boleh terjadi disebabkan faktor berikut:

• Diska teranjak;
• Perubahan ligamen;
• Tumor;
• Jangkitan seperti tibi;
Patah tulang belakang;
• Kelonggaran tulang belakang;
Kesan pembedahan tulang belakang pada masa lalu.

Gejala Spinal Stenosis
Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk simptom. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.

Rasa sakit atau kejang pada kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula apabila anda berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila anda membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila anda berdiri semula.

Rasa sakit pada belakang dan pinggul. Diska yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk bila anda duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Anda akan berasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit (tingling) pada kaki atau jari kaki.

Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.

Hilang kawalan pundi kencing (sindrom cauda equina). Dalam kes yang serius, saraf pundi kencing atau usus terjejas menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bahagian pundi kencing terjejas. Ia terjadi di kalangan tiga hingga empat peratus pesakit.

*bagi pesakit yang menghadapi masalah pada spinal yang disebabkan oleh kemalangan/ pembedahan, kejadian kekejangan (spsm) boleh menjadi signal kepada badan apabila badan menghadapi masalah. Contohnya apabila berlaku jangkitan pada pundi kencing, najis tidak dikeluarkan, dan sebagainya. Ia juga merupakan petanda bahawa pesakit masih mampu untuk pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kekejangan juga boleh membantu pesakit untuk berdiri (bg pesakit yang lumpuh) dan untuk membantu dalam perhubungan suami isteri (rujuk dr untuk mengetahui lebih detail).

Tambahan(tidak berkaitan dengan artikel di atas) :

Bagi pesakit yang menghadapi masalah spinal, sebahagian besar daripada mereka berfikir tidak boleh melakukan hubungan suami isteri. Anggapan ini sebenarnya SALAH. Pesakit dan pasangan masih boleh melakukan hubungan suami isteri dan masih berpeluang untuk mendapat zuriat. Apa yang perlu dilakukan, pesakit dan pasangan hendaklah merujuk kepada doktor masing-masing. Bagi pesakit di HSNZ, anda boleh merujuk kepada doktor anda, buku panduan telah disediakan bagi pasangan yang mengalami masalah ini karangan Dr. Taayah. Ketepikan perasaan malu kerana ia adalah penting dalam perhubungan anda. Jangan merumitkan sesuatu yang tidak rumit. Bertanya adalah jalan untuk menyelesaikan masalah. 

Rujukan dan sumber :
Sini

Bagi maklumah yang bertanda * dan tambahan, maklumat hanyalah berdasarkan bengkel yang telah Lady hadir. Andai terdapat kesilapan terhadap artikel ini, sila maklumkan pada lady balik, bagi pesakit yang menghadapi masalah tersebut, anda dialu-alukan untuk membuat penambahan maklumat. Nanti lady buat penambahan dalam artikel ini. Terima Kasih.

19 ulasan:

munna berkata...

kak munna masa pregnant hari ru selalu betis tiba2 kejang waktu tgh tido

LadyBird berkata...

kalau wanita hamil mmg selalu kejang.. tp bagi pesakit spinal, kekejangan mereka berbeza kak.. bukan setakat malam.. pagi ptg siang malam.. huhuhu.. ritu lady tengok salah sorg pesakit tu kejang time die baring.. sakit sgt nmpk..

Mario berkata...

thanks tuk maklumat...

LadyBird berkata...

Mario :
same2 mario..

CIK TOM berkata...

bgs info ni..sbb ramai lg xtau n amik mudah..

miss u dear!!

LadyBird berkata...

Tomato :
lady tulis supaya org tahu, nanti kalau berdepan kurang2 mereka tahu mcmn nak handle.. :D

miss u too sweety..

Fello Ariza berkata...

kalo sakit blakang bese2 je tuh kire punca utk spinal stenosis jgk ea?

huhu

LadyBird berkata...

Fell :
fell pernah kemalangan kan? kemungkinan besar ader.. berlaku penyempitan ruang antr tulang belakang, saraf terhimpit.. cube fell click link sumber yg akak sertakan.. di situ terdapat penerangan detail berkaitan dengannya..

emieysandra berkata...

bgus info ni ;)

LadyBird berkata...

emieysandra :
trima kasih awak :)

Apih El Nino berkata...

pernah kena macam ni masa main futsal hari tu. Agaknya lah. Hehehe...

LadyBird berkata...

apih :
biasanya kalau melakukan aktiviti fizikal mmg selalu kene.. lebih2 lagi yang jarang2 beriadah.. hihihihi.. hati2 yer kalau bermain, ade org meninggal disebabkan kekejangan..

Unknown berkata...

xsanggup bace='( terbyg..

LadyBird berkata...

syami :
artikel ni xde mende yg menakutkan pun :P

armouris berkata...

info tentang tulang sihat di SIHAT SELALU - Pemakanan Untuk Tulang Sihat

LadyBird berkata...

armouris :
terima kasih :D
nanti lady g tengok ek.. :)

POLYSTYRENE SUPPLIERS ROBOCON 2010 berkata...

salam..

last year saya disahkan slip disc oleh doktor pakar setlah melalui ujian mri. Ada alternatif perubatan atau senaman untuk menghilankan rasa sakit pinggang di kaki ini?

DiNaZ berkata...

lady inilah infu yang sy cari... thanks dear :)

nurshamsina berkata...

salam, bahagian cucuk di bahagian tulang belakang sewaktu proses ceaser kelahiran 1st baby sy mengalamai kebengkakkan, apa sebabnye ye??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...