Wednesday, December 15, 2010

Kanser Serviks - Pembunuh Senyap Wanita

Kebanyakan daripada kita fobia apabila mendengar perkataan kanser, tetapi sejauh mana daripada kita yang betul-betul memahami apakah erti sebenarnya kanser dan bagaimanakan kita boleh diserang kanser. Sebelum itu, kita perlu mengetahui bahawa dalam keadaan biasa, sel-sel kita sentiasa membiak untuk menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang mati. Pembahagian sel kebiasaannya akan terhenti apabila bilangan sel yang terhasil mencukupi berdasarkan aturan genetik asalnya.

Badan kita terbina daripada berjuta-juta sel yang setiap saat membahagi untuk tumbesaran badan serta untuk menggantikan sel-sel yang telah mati atau untuk memulihkan sel-sel yang cedera/ luka. Pembahagian itu akan terhenti dengan sendirinya apabila ia mencapai tahap tertentu. Kanser berlaku apabila pembahagian sel-sel ini tidak berhenti dan membiak berterusan tanpa dapat dikawal dan boleh mengakibatkan kemusnahan sel-sel yang berdekatan dan boleh menjangkiti organ-organ lain bergantung kepada jenis-jenis kanser.

Serviks atau turut dipanggil pangkal rahim pula merupakan organ reproduksi wanita. Ia terletak di bawah uterus (rahim) yang memanjang ke dalam vagina (rujuk gambar di bawah).

Terdapat suatu bukaan kecil di dalam serviks, kanal servikal yang melalui serviks memasuki bahagian utama uterus. Serviks mempunyai beberapa fungsi yang penting. Ia menghasilkan kelembapan yang membantu melincirkan vagina, menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke arah tiub-tiub fallopio, serta menyokong bayi yang sedang berkembang di dalam uterus semasa kehamilan. Semasa waktu bersalin, serviks akan terbuka untuk membolehkan bayi dilahirkan. Serviks dilitupi dua jenis sel iaitu sel skuamus yang meliputi bahagian luar manakala sel endoservikal meliputi bahagian dalam.

Kanser serviks terjadi apabila berlaku pembahagian sel yang tidak normal pada organ reproduksi ini. Kanser serviks merupakan kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua paling kerap berlaku selepas kanser payudara.Kanser serviks terdiri daripada beberapa jenis, boleh dirujuk di SINI. Punca terjadinya kanser serviks adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Virus ini menjangkiti wanita disebabkan oleh hubungan seksual. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalunya dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser.

Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan pra kanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan serviks dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan serviks dan seterusnya terjadi pembahagian sel-sel di luar kawalan.

Pada peringkat awal, kebiasaannya tidak mengalami sebarang tanda, tetapi apabila kanser pada peringkat serius, pesakit akan mengalami :
* Pendarahan semasa bersama
* Pendarahan di tengah bulan
* Pendarahan selepas menopos
* Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
* Sakit semasa melakukan hubungan seksual
* Keluar keputihan atau cairan dari vagina
Beberapa faktor penyebab kanser serviks adalah :
* Mulai melakukan hubungan seks pada usia muda
* Sering berganti-ganti pasangan seksual tanpa menggunakan kondom
* Sering menderita infeksi di daerah kelamin
* Melahirkan ramai anak
* Sistem keimunan badan lemah
* Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
* Sering mencuci vagina dengan  antiseptik
* Penggunaan hormon estrogen bagi wanita menopause yang tidak sesuai aturan.
* Kebiasan makanan yang banyak mengandung lemak
* Kebiasaan merokok (resikonya 2x lebih besar)
Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

   1. Ujian Pap Smear
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

   2. Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.

   3. Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.

   4. Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser serviks dengan mencegah jangkitan HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:

   1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
   2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
   3. Tidak merokok
   4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
   5. Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakkan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan.

(Secara peribadi, lady tidak menggalakkan pengambilan vaksin, sebaliknya kuatkan keimunan badan melalui pemakanan seimbang. Pengambilan vaksin tanpa kekuatan keimunan badan adalah sia-sia. Kepada sesiapa yang ingin mengambil vaksin, kenali apa itu vaksin sebelum mengambilnya.)


Maklumat Tambahan :

# HPV juga menjangkiti lelaki, tetapi lelaki lebih kepada pembawa. Boleh menyebabkan ketuat pada zakar  dan  kanser zakar tetapi jarang berlaku
# Lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya.

Rujukan :

http://www.cancer.org.my/bahasa/docs/cervix_malay_long_complete.pdf
http://mengobatisakit.wordpress.com/2010/06/26/mengobati-kanker-serviks/
http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&biw=1024&bih=578&q=kanser+serviks&aq=f&aqi=g2g-m7g-ms1&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=306289bf48cfe613
http://ismakedah.wordpress.com/2009/10/07/kanser-pangkal-rahim-dan-vaksin-hpv/
http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=172:kanser-serviks&catid=59:kesihatan&Itemid=92
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/13539-kanser-serviks-pangkal-rahim.html
http://www.papisma.org/nota/panduan/serviksca.pdf

32 comments:

eiela said...

bahaya kanser serviks nih. baik checks. thanks sharing ekh.

Latest Entri :
1) Asma Oh Asma
2) Pertandingan Pantun Paling Menarik

Entis Sutisna said...

Hppy b'dday....
wish u all the best..

sibutiz said...

thx 4 info...
nice post..

AngahSayang2314 said...

wah info yg bernas wooo
thanks kongsi2 kan yer lady

Snoop said...

info yang menarik kak.. tapi nizam nak tanya pasal "Mulai melakukan hubungan seks pada usia muda"...
ini merujuk pada umur berapa?kalau perempuan itu berumur 16 tapi melakukan hubungan tersebut mcm mana pula eak?

MIMIE AIZA said...

uhh takutnya.. kene suntik cepat2 ni

maCy said...

GAMBAR TU AMAT NGERI KAK..

LadyBird said...

eiela:
bahaya.. menakutkan..
die membunuh dalam diam..

LadyBird said...

Entis Sutisna:
tQ..

LadyBird said...

sibutiz:
tq..
semoga kita berhati2..
jaga kesihatan dan kuatkan keimunan badan.

LadyBird said...

AngahSayang:
Terima kasih angah..
Lady takut sal kanser ni..
huhuhu..
Angah hati2nyer..
lakukan ujian pap smear.

LadyBird said...

Snoop:
Maksudnye melakukan hubungan seks dengan lelaki pembawa HPV dan bertukar2 pasangan (berzina). Kalau start melakukan hubungan seks seawal usia 16 tahun, risiko untuk dijangkiti adalah tinggi dik.

LadyBird said...

Mimie Aiza:
bagi lady, lady x galakkan suntikan vaksin, sebaliknya rangsang sendiri kekebalan sistem tubuh. Tubuh kita mampu melawan HPV.

LadyBird said...

maCy:
a'ah dik..akak sengaja cari gambar ngeri,
sebab kaum kita kurang kesedaran.
Takut nak check sebab takut disahkan menghidapnya.
pelikkan?
terpaksa letak gambar "teruk".. supaya kita lebih ada perasaan "takut".

Cikbelog said...

sekarang dah ada iklan cegah kanser serviks ni.thx for sharing de info lady cun :D

DiNaZ said...

good info akak baru nak buat entry pasak kanser serviks nie....hiuhiu...

Pendekar said...

info yang menarik buat wanita....

...sebarkan sahaja apa yang baik...tiada salahnya...(^_^)


Pendekar Menyorok Di sini..(^_^)

LadyBird said...

CikBelog :
tapi masih ramai yg belum memahaminya cikbelog :(

LadyBird said...

Dinaz :
akak buatla jugak :)..
leh share pd org yg masih belum tahu :)

LadyBird said...

Pendekar :
terima kasih pendekar..
InsyaAllah..

omurice said...

perasaan tak masa awal2 kanser ni diperkenalkan..mangsa paling banyak adalah cina dan india. sebab mereka bersetubuh menggunakan semua lubang yg ade.bukan ker kotor tu, sbb tu Islam melarang guna lubang belakang.bukankah sudah lengkap islam.hurm..just bg pendapat..bukan nak kondem sape2.dan satu lagi nak kita patut kurang sex untuk menguatkan badan.sex melemahkan badan.

Cik Tom said...

skang ni ade percuma utk suntikan pertama kan...nice info dear..


tenkiu psl t-gas tue kan..cik tom dah join tp cik tom apply program best n insep..pastu aritu mmg cik tom dpt yg insep..program tue blaja+praktikal kat tati..tp bl cik tom pergi byk prob(cik tom pelajar tunggal perempuan)..cik tom tarik diri sebelum sempat belajar..so cik tom nk try blk nak mtk program under tesdec tue..tp xdpt dah..sob3..

Abun said...

Nice tios for women.Cek cepat2 la k,For ur future husband jugak,hehehe...n it oso can bring to death...Ops!..the pict litle bit sesord ma.

aibaks said...

baru2 ni pihak berkuasa de bagi injeksen utk masalah ni.. alhmdlh..

munna said...

bagus info ni... kaum wanita kena selalu ingat ni... kak munna baru je sekali buat ujian pap smear ..awal tahun depan kena buat lagilah

LadyBird said...

omurice :
lady setuju dengan pendapat omu..

LadyBird said...

Cik Tom:
program insep tu camne cik tom?
nak mintak camne?

LadyBird said...

Abun :
hanya org yg pernah melakukan hubungan intim jer perlu check en abun,
org2 mcm lady ni (anak dara) x perlu check lagi :P..
hihihi

LadyBird said...

aibaks :
tp kalau lady, lady x suke vaksin tu..
sebab ia sebenarnya byk buruk dr baik.. huhuhu

LadyBird said...

munna :
bagusnye kak munna..
ade kesedaran..
alhamdulillah..
moga2 terlindung drpnya..

eZad niMo said...

thanks for the info. nimo baru tau, slalu dgr je psl ni tp x amik tau. time blaja pn mcm dh lupa. huhu.

Jobless Girl said...

Disebabkan perbagai penyakit yang bahaya ini jadi tahunan medical checkup yearly memang penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...