Monday, November 29, 2010

Sistem Keimunan + HIV virus

Assalamualaikum..

Kali ini lady nak mengulas tentang hukuman hudud, iaitu undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh pihak yang berwajib untuk menjaga kententeraman dalam pelbagai konteks untuk sesebuah negara. Tuntutan perlaksanaan hukum ini telah disuruh dalam al-Quran kalamullah untuk kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kenapa lady tulis "dalam pelbagai konteks"? Undang-undang ketetapan Allah bukan sahaja untuk kesejahteraan kehidupan di akhirat, malah di dunia juga. Contoh yang lady nak huraikan dalam entry ini adalah berkaitan dengan hukuman sebat dan bunuh untuk penzina. Kenapa terdapat perbezaan hukuman kepada penzina yang belum berkahwin dengan yang telah berkahwin walaupun hakikatnya kesalahan yang dilakukan dalam kategori yang sama, iaitu dalam erti lain persetubuhan tanpa nikah.
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari kemudian."                                                                                        Surah an-Nur ayat 2
Bagi penzina yang telah berkahwin, hukumannya adalah rejam sampai mati.
Manakala hukuman bagi penzina yang belum berkahwin adalah sebat dengan 100 kali sebatan.

Adakah berbeza antara pasangan penzina yang telah bernikah dan yang belum bernikah?
Perbezaan yang kita boleh fikirkan adalah secara kasar adalah, pernah melakukan seks dan belum pernah melakukan seks. 

Adakah hanya perbezaan yang sedikit cuma ini menyebabkan hukumannya yang dikenakan amat berbeza sekali hukumannya. Sedangkan kesalahannya sama. Seolah-olah kejamnya hukuman yang telah Allah jatuhkan.

Kenapa terdapatnya perbezaan itu?

Kehebatan Daya Tubuh Badan Manusia dan AIDS

Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System).

B Limfosit dan T Limfost kedua-duanya dihasilkan di satu tempat di dalam badan manusia iaitu di bahagian belakang badan manusia, Sistem sum-sum Tulang Belakang/ Tulang Tunjang Belakang.

AIDS ialah satu virus yang makanan kegemarannya adalah sel darah putih, yang mana kegemarannya virus AIDS ini ialah sel darah putih  atau menghancurkan pertahanan manusia. Apabila pertahanan sel darah putih dihapuskan, maka dengan mudahnya manusia dihidapi pelbagai jenis penyakit. Sebab itu virus AIDS dikenali sebagai VIRUS KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome).

Jadi, bagaimanakah kita nak menghapuskan virus AIDS yang sudah pun memasuki badan manusia?

Untuk menghapuskan virus AIDS, kuantiti Sel Darah Putih mestilah melebihi jumlah virus AIDS yang telah memasuki badan dengan nisbah 400%-500%

Persoalannya, bagaimanakah untuk menghasilkan 400%-500% antibodi itu?
Allah telah sediakan jawapannya dengan hukuman yang telah digariskan. 

Kitar Hidup Virus HIV
Hukuman bagi penzina yang belum berkahwin adalah :

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia (air mani). Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2-5 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

Penzina yang telah berkahwin :

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Dan akhirnya, virus AIDS akan terkubur bersama pesalah tersebut, dan sekaligus menyelamatkan isteri dan anak-anak pesalah daripada dijangkiti AIDS.

Tambahan pula, mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang halal lagi baik, tapi mereka sanggup mencari wanita lain yang haram hubungannya lalu berzina. Manusia seperti mereka ini adalah akhlaknya sangat teruk, dan tidak sepatutnya hidup lagi di muka bumi Allah ni, dan perlu dibersihkan daripada berjangkit penyakit MORAL kepada masa depan.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah. Hanya kita yang masih ragu-ragu tentang arahan Tuhan pada kita, seolah-olah kitalah maha hebat dari Dia. Tahu kegala-galanya.. Suruhan Alalh kita perlekehkan, sebaliknya suruhan manusia yang tidak berpaksikan Islam kita junjung dan pandang tinggi.


rujukan di  SINI.

31 comments:

maCy said...

terima kasih ats perkongsian. macy takat tahu sebenarnya ada hkmah dan pasal aids ti tp xtahu detail. huhu

Snoop said...

sesungguhnya setiap hukuman dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri..

AngahSayang2314 said...

uiitt kalau penyakit nie yg takut nie...

Snoop said...

sesungguhnya hukuman yang ditentukan oleh Islam mempunyai bukti yang kukuh dan hikmahnya tersendiri...

LadyBird said...

MaCy :
akak terbaca dulu2.. dan skrg akak cr jumpe maklumatnya.. akak sharela kat sini.. kalau ikut ape yg akak belajar memang ade..cuma tidak terfikir untuk kaitkannya dengan hukuman rejam.. bagus betul yg buat research tentang ni. Moga dia mendapat keredhaan Allah. ameeenn..

LadyBird said...

Snoop :
betul tu snoop, stp yg Allah tentukan ade bukti kebaikannya.. cume akalkite masih belum mampu meneroka.. hanya segelintir sahaja setakat ini masih boleh disahihkan dgn kajian sains.. yg selebihnya kite belum terokai.. begitu besarnya Kuasa Allah.

LadyBird said...

Angah Sayang :
Sayang angah..dah lama x berblog, dah lama x jumpe angah.. hrp2 angah sihat :)..

semua org tkt penyakit ni angah.. huhuhu.. penyakit yg tiada ubatnya lagi..

Mario said...

thanks sharing bende ni....

LadyBird said...

Mario :
Terima kasih sebab suka :D

Catherine- said...

wow~!! baru i tahu!


:)


luv,
catherine-

LadyBird said...

Catherine :
terima kasih sebab sudi baca :)

maiyah said...

info yg baik..

Fello Ariza said...

lari tajuk plak pertanyaan nih...

btul ke cicak tu leh jadi pengubat HIV?

huhu

LadyBird said...

Maiyah :
terima kasih kak

Fello Ariza :
setakat ni virus HIV xde ubat lagi..
yang ada hanya membantu menguatkan sistem keimunan badan untuk mengurangkan kesan virus tu..

AngahSayang2314 said...

eh x ada new n3 ke??

LadyBird said...

angah :
ade.. hihihi.. nmpk sgt lady jrg update kan :( sob3x..

QaRaMi HasHim said...

info yg menarik...
:)

LadyBird said...

Qarami : tQ Qarami

PhotoGraphic said...

sy suke article camni..mksd sy..sahabat2 share info2 y mungkin org xtahu pasal bende ni semua...

LadyBird said...

PhotoGraphic :
Tq PG :D

Far8 budak baik said...

farid dah bace..
tak tahu nk ckp mcm ner..
makasih bha..=)

zalizalu said...

bagus entry ni.. berkongsi ilmu.... :)
nak kopi untuk bacaan sendiri.. :)

S..U..D..@..I..S said...

suka baca n3 ni tq 4 sharing

LadyBird said...

Farid :
sama2 bah :).. semoga mata kite terbuka dan menerima aturan Alalh dgn senang hati.. Ameeennn..

Zalizalu :
boleh je dik.. kopi dan tea sekali yer.. :D..

LadyBird said...

sudais :
terima kasih :)

Anonymous said...

Hola, Interesante, tidak ada va a continuar con este artнculo?

Tomato Gurl's Life said...

patut dilaksanakan hukum hudud di malaysia..br la jenayah+penyakit cam aids makin berkurang...

LadyBird said...

Tomato :
betul tu.. tp kene tunggu BN mengamalkan Islam sebenarnya lah.. doakan agar pemimpin kite bukak mata.. ameeennn

LadyBird said...

Anonymous :
Gracias. ¿cómo se puede entender el lenguaje de Malasia.

EmanCloud said...

entri yang bernas!

Anonymous said...

Terima kasih untuk ini post.Admiring indah waktu dan usaha yang Anda lakukan ke dalam blog Anda dan informasi rinci yang Anda tawarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...